6 Mac 2010

Zulkifli Noordin Dipecat Dari PKR

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.

Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu.

Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah. -malaysiakini

Ulasan GB

Tahniah PKR!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasanya dia tak akan merayu tapi akan berpakat dengan Ibrahim Ali lalu menubuhkan parti baru Alkatak.

Jebon berkata...

TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! TAHNIAH!!!

Tanpa Nama berkata...

CANTIK..
PROSES PEMBERSIHAN..
TAHNIAH..
TAHNIAH PKR..

AKHIRNYA PKR PUN DIBERSIHKAN DI ALAM MELAYU.
TAHNIAH..
TAHNIAH..

Martoiriat berkata...

Tindakan memecat YB Zul adalah satu keputusan yg tepat.Beliau harus terima hakikat ini memandangkan kenyataan2nya yg lalu boleh merosakan imej parti. Malah beliau sering menimbulkan berbagai2masaalah kpd parti dan meningkari dasar2 parti yg boleh merosakan perhubongan diantara kmponen2 dalam PR.Saya sokong 100% tindakan yg diambil keatasnya..