Parti Keadilan Rkyat hari ini memutuskan untuk memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, wakil rakyat pertama parti itu dipecat atas masalah disiplin.
Keputusan diambil Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sehari selepas menerima syor daripad lembaga disiplin.
Kini Zulkifli adalah wakil Bebas, namun beliau berkemungkinan akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya kerana tidak mahu dikatakan menjadi katak melompat.
Sekalipun beliau sebelum ini adalah ahli PAS, dan akan cuba untuk menyertai PAS semula selepas dipecat dari PKR, PAS dipercayai tidak akan dapat menerimanya demi untuk menjaga keutuhan Pakatan Rakyat dengan menghormati keputusan rakan komponen PR yang telah memecatnya. Sekalipun ada segelintir ahli PAS terutama kumpulan yang tidak suka Khalid Samad dan mereka yang menyokong gagasan UG sebelum ini telah menunjukkan sokongan kepada tindakan Zulkifli namun, bilangan mereka tidak ramai.
Jalan terbuka bagi Zul kini ialah DAP atau UMNO yang mana sudah pasti tidak mungkin kerana kedua-duanya telah dihentamnya habis-habisan sebelum ini.
Demi menyelamatkan maruahnya yang telah tercalar teruk maka langkah terakhir ialah mengosongkan kerusinya.
Di dalam pilihanraya umum 2008 Zulkifli Noordin mengalahkan Dato Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 5583 undi. PKR mendapat 22255 manakal BN mendapat 16672.
Jika benar pilihanraya berlaku, maka ia menjadi kayuukur terhadap kedua-dua pihak, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional samada pengaruh masing-masing telah merosot atau sebaliknya ekora beberapa isu yang melanda parti-parti berkenaan.

4 ulasan:
aku soikong teramat sangat.... lawan tetap lawan... REFORMASI!!!
Alhamdulillah...doa rakyat Kulim BB d makbulkan yang esa....Dah tak tahan lagi dengan kerenah dan mehnah dari malaun ni.....Tak payah merayu la dan Lembaga Disiplin wajib menolak jika malaun ni merayu. Letak jawat segera....Rakyat dan tak maukan hang......
UMNO boleh terima beliau, dengan syarat beliau tidak mengosongkan kerusi Kulim BB. Tunggu lah samada beliau kosongkan kerusi atau tidak, tapi dari sejarah kedegilannya yang tahap tertinggi di kalangan manusia normal, rasanya beliau tidak akan kosongkan.
Mat ketiqak ni perasan baguih ....dia saja betul.....mesti jadi calon bebas mesra BN...........
Catat Ulasan