Tindakan Ahli Parlimen (MP) Nibong Tebal, Tan Tee Beng meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam, menerima reaksi segera bekas penyokongnya yang menuntut agar beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.
Ketua PKR Cabang Nibong Tebal, Maktar Shapee, berkata Tan perlu mengosongkan kerusi yang itu kerana kemenangannya adalah hasil sokongan rakyat yang memilihnya atas tiket PKR.
"Tanpa sokongan ahli PKR dan pengundi di kawasan ini yang mahu mereka diwakili individu daripada parti itu, beliau tidak akan menjadi wakil rakyat seperti sekarang ini.
"Selain itu, pilihan raya kecil juga perlu diadakan bagi membolehkan seorang wakil rakyat baru dipilih kerana sebagai Ahli Parlimen Bebas, Tan tidak mampu memberikan khidmat dengan baik," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Bakap.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika diminta mengulas tindakan Tan, beliau enggan memberikan ulasan lanjut sebaliknya hanya berkata:
"Biarlah rakyat tentukan kerana mereka sekarang bijak memikirkan sesuatu isu dan kami hanya meneruskan apa dirancang kerajaan negeri demi kepentingan semua orang tidak kira, bangsa, jantina dan agama." -erapakatan

1 ulasan:
tunggu PRU13, insyaallah rakyat beri kosong kerusi kepada UMNO
Catat Ulasan