MCA membidas kenyataan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mendesak kerajaan menghentikan pemberian projek atau tender istimewa kepada syarikat korporat Cina.
Menurut Pengerusi, Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA, Datuk Ti Lian Ker, kenyataan Perkasa berlandaskan ras dan berbau perkauman adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan sentimen prasangka perkauman yang semakin menebal.
“Kenyataan sedemikian akan menimbulkan ketidaktentraman bangsa Malaysia yang sedang diancam oleh ancaman luar dan dalaman di mana keharmonian negara buat pertama kalinya terancam oleh pelbagai isu nasional yang sengaja diwar-warkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda merosakkan ketenteraman negara,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Ti, kenyataan Ibrahim itu seharusnya merujuk kepada semua kaum berlandaskan prinsip-prinsip yang murni dan bukannya mendedahkan kehodohan muka perkauman
“Ibrahim yang berselindung di bawah pertubuhan Perkasa dengan agenda politik peribadi semata-mata. Minda zero sum game berlandaskan batasan kaum juga akan merugikan negara dan bangsa dalam kegawatan ekonomi yang sedang dihadapi oleh semua.
“Kenyataan Ibrahim (kanan, memegang mikrofon) yang melulu dan tidak berasas adalah satu strategi politik lampau yang tidak boleh lagi diguna pakai dalam era 1Malaysia yang mempromosikan keberkesanan dan sumbangan positif kepada pembangunan negara yamg dapat membawa keuntungan optimum kepada semua rakyat Malaysia,” bidas Ti lagi.
Katanya dengan menjadikan korporat Cina sebagai sasaran akan menghalang kemasukan pelabur-pelabur asing dan kepakaran apabila mereka mengubah haluan akibat ketidak selesaan terhadap dasar negara yang menjadikan mereka mangsa tuduhan dan tohmahan.
Beliau berkata kenyataan ahli parlimen bebas dari Pasir Mas itu bolehlah disifatkan sebagai dangkal dan tidak relevan dalam era globalisasi yang semakin mencabar dan terbuka.
“Pandangan negatif sedemikian rupa adalah bertentangan dengan segala usaha murni pihak kerajaan dalam meliberalisasikan ekonomi negara, ke arah menarik lebih ramai pelaburan dalaman dan dari luar ke arah pembangunan negara, yang akan membawa keuntungan melimpah kepada rakyat keseluruhannya,” kata Ti.
Menurut beliau seharusnya semua pihak sepatutnya memberikan tumpuan tuntas dan fokus kepada usaha meningkatkan tahap daya saing ekonomi negara yang kini sedang berhadapan dengan saingan dan peluang kebangkitan ekonomi dari negara-negara jiran.
“Ini bukan masanya untuk kita berdebat mengenai siapakah yang seharusnya menikmati pai ekonomi negara yang lebih banyak.
“Dalam keadaan daya saing ekonomi negara kita yang kini semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran, inilah masanya untuk semua pihak bersepakat duduk berbincang dan mencari jalan bagaimana untuk merencanakan kembali ekonomi negara tanpa menimbulkan isu-isu emosi berlandaskan politik semata-mata,” katanya lagi.
Menurut Ti, MCA berpandangan, mana-mana kontraktor yang mempamerkan sikap positif dan keupayaan terutamanya dari segi kesanggupannya, kemampuan dan keberkesanannya, harus dan perlu diberi peluang yang setimpal untuk bersaing supaya mereka kekal dan terus menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara.
“Polemik politik Ibrahim akan menjejaskan kepentingan dan kestabilan negara. Tindakan beliau dikhuatiri akan menakutkan pelabur dalam negara.
“Inilah masanya kita menunjukkan sikap mesra pelabur dan bukannya kehodohan perkauman,” katanya.
Beliau berkata tiada gunanya negara menampung kontraktor yang tidak berkesan dan kurang berprestasi yang pada akhirnya akan menggadaikan mutu pembinaan, selain mengancam keselamatan rakyat.
“Imej negara juga akan terjejas. Pengorbanan piawaian dan rasuah kuasa telah menyebabkan kerajaan dan rakyat mengalami kerugian atas keuntungan segelintir individu. Masalah ini juga telah mengancam kestabilan ekonomi dan keselamatan pengguna dan rakyat,” katanya lagi. -mk
Ulasan GB
ISA masih digunakan lagi, tetapi ia hanya untuk menahan demonstrasi yang dilakukan oleh peserta dari Pakatan Rakyat. Mengapa Ibrahim Ali dan para pemimpin UMNO yang kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasis dan yang berdemontrasi seperti di depan Kedutaan Australia tempohari tidak ditahan di bawah ISA? Atau setidak-tidaknya ditahan di bawah Akta Hasutan?

2 ulasan:
Betul tu. Sokong 100%. Tak adillah camnih bila dia boleh lepas je camtuh..menyalak sana sini, pok pek pok pek cakap pasal RACIST !!! Mcm mana mamat ni boleh lepas ? Sebabnya dia sokong umngok. Kalo org pembangkang/PR dah lama dah kena sumbat..
Nyata sekali yg be end umngok masih mimpi dan ingat yg rakyat ni masih bodoh sampai tak leh nak buat perbandingan. Rakyat sudah bijak menilai ketidakadilannya.
aku tak sokong kalau nak tangkap berahim ni guna ISA... sapa jugak, apa kesalahan pun... tak leh guna ISA...
guna la apa akta yang ada, yang buleh diguna untuk heret dia ke mahkamah... bukan nya main tangkap ikut suka...
Catat Ulasan