Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada UMNO kerana ‘mengutip’ bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairuddin yang sudah tidak diperlukan lagi oleh parti itu.
Naib Pengerusi PKR negeri, Abdul Malik Abul Kassim (gambar) berkata, pihaknya sama sekali tidak terkesan oleh penyertaan Mohamad Fairus dalam UMNO malah berterima kasih kepada parti itu kerana “mereka telah membantu menyelesaikan masalah kami dengan menerima Fairus masuk parti itu.”
“PKR sudah tidak perlukan Fairus. Kami sebenarnya gembira apabila dia menyertai UMNO. Selama ini pun dia tidak berfungsi, hanya tidur saja. Tidur ketika mesyuarat, ketika berbincang, ketika orang beri penerangan. Jadi elok sangatlah dia masuk UMNO,” katanya di sini, semalam.
Kelmarin, Mohamad Fairus yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan ADUN Penanti pada 8 April 2009, mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO dalam satu perhimpunan persatuan silat gayung yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur.
Abdul Malik berkata, Mohamad Fairus sekadar hendak ‘bermain’ dengan situasi yang sedang bergolak dalam PKR sekarang.
“Selepas apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, saya lihat dia seolah-olah ambil kesempatan melakukan perkara yang sama untuk serang PKR.
“Ingin saya tegaskan bahawa tindakan beliau (keluar parti) sedikit tidak menjejaskan parti malah kami di PKR lebih gembira kerana beliau tidak berfungsi dalam parti, dia hanya tidur saja, tidur ketika mesyuarat, dalam sesi perbincangan dan penerangan. Oleh itu, biarlah dia pergi, tak rugi pun malah kami (PKR) bertambah untung,” katanya.
“Saya sangat berterima kasih kepada UMNO kerana ambil orang sepertinya (Fairus) yang tidak diperlukan oleh parti dan saya mengucapkan selamat maju jaya kepada UMNO untuk menguruskan orang seperti Fairus.
“Oleh itu, kepada UMNO, selepas ini jika ada lagi individu seperti ini yang tidak diperlukan, ambillah. PKR tidak memerlukan orang yang tidak berpegang kepada prinsip parti dan yang tidak kuat seperti mereka,” katanya.
Sambil mengakui beliau akan sentiasa setia dengan PKR walau apa pun terjadi, Abdul Malik mendakwa ada ‘dalang’ yang merancang semua yang berlaku dalam parti itu.
“Saya tidak menolak bahawa ada ‘dalang’ di sebalik apa yang terjadi dan saya percaya ini kerja orang sekeliling UMNO yang cuba merosakkan PKR, tapi biarlah. Mungkin Fairus rasa dia lebih bernilai dalam UMNO sebagai agen untuk serang PKR. Itu saja nilai dia. Dalam parti, dia tidak berfungsi pun sebab dia tidak boleh buat kerja, asyik tidur saja,” katanya. -SH

1 ulasan:
hampeh saja, keluar lebih baik dari disingkir
Catat Ulasan