Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi membelakangkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta semalam.
Rata-rata wakil rakyat Pas, mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera terhadap penganjur yang didakwa mereka memalukan bukan saja kepada Nik Aziz tetapi kepada rakyat Kelantan keseluruhannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata beliau sudah menghantar mesej kepada Najib melalui laman sosial Facebook Perdana Menteri itu hari ini.
"Saya juga sudah mengutus surat secara rasmi kepada Perdana Menteri hari ini supaya sesuatu tindakan susulan diambil terhadap penganjur yang memalukan Menteri Besar (Nik Aziz) dan juga rakyat Kelantan," katanya pada sesi soal jawab persidangan DUN, di sini hari ini.
Semalam, nama Nik Aziz sebagai tetamu kehormat yang akan melepaskan peserta di hadapan Istana Balai Besar, digugurkan pada saat akhir tanpa dimaklumkan kepada kerajaan negeri.
Majlis pelepasan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia yang memulakan peringkat pertama dari sini ke Kuala Berang sejauh 174.5 kilometer (KM) itu disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Abdul Fatah berkata, yang lebih mengecewakan ialah Nik Aziz pada mulanya tidak dibenar menaiki pentas utama untuk bersama-sama Awang Adek membuat pelepasan itu tetapi selepas campur tangan pegawai, Menteri Besar itu dibenar naik ke pentas.
Mat Yusoff Abdul Ghani (BN-Nenggiri) bangun meminta penjelasan adakah benar Nik Aziz yang sepatutnya membuat pelepasan itu atau sebaliknya seperti yang diputus dalam mesyuarat jawatankuasa sambutan sebelum itu.
Abdul Fatah berkata, perkara itu tidak timbul kerana pemilihan Nik Aziz diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.
Ketika ditemui di luar Dewan, beliau berkata, kerajaan negeri akan menilai semula peranannya dalam memberikan kerjasama pada masa akan datang.
LTdL kali ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.
Perlumbaan membabitkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9 kilometer untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.
Sementara itu, Kelantan meminta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) melantik segera tiga wakil kerajaan negeri ke dalam lembaga pengarah agensi itu.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata pelantikan itu penting dalam menyelaraskan program pembangunan demi untuk rakyat di Kelantan Selatan terutama perkara yang membabitkan soal tanah.
Persidangan DUN ditangguh pada satu tarikh yang akan ditentukan. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan