22 Feb 2010

Ramalan GB Tepat Lagi - Petronas Methanol Labuan Pula Meletup

Ramalan GB berlaku lagi dengan tepat. Bernama melaporkan satu letupan besar berlaku di cerowong pembuangan gas terkawal (S1001 Flare Tip) Petronas Methanol Labuan (PML) hari ini, memaksa operasi di tapak loji minyak bernilai RM511 juta itu dihentikan.

Seramai 82 pekerja kontrak dan 46 petugas Petronas Methanol Labuan sedang bekerja di situ ketika letupan berlaku pada pukul 11.37 pagi tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Duah buah jentera bomba masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan dan unit bomba penyelamat PML dikerah mengawal kebakaran akibat letupan tersebut, dan berjaya mengawal keadaan 30 minit kemudian.

Pada 13 Disember lalu, di bawah tajuk 1Petronas Akan Terbalik Dan Pecah Perut? GB menyatakan:


GB dapat merasakan bahawa berita "buruk" untuk Petronas akan terus terhidang di dada media selagi Petronas gagal menunaikan kewajipannya membayar royalti kepada pihak yang sepatutnya menerimanya.

1Petronas juga bakal terbalik dan pecah perut?


Di dalam kejadian hari ini, bercakap kepada satu sidang akhbar, ketua produksi PML Mohd Kamis Abdul Manap berkata siasatan terperinci akan dibuat bagi mengenal pasti punca letupan.

"Kita akan buat siasatan menyeluruh sebelum kerja-kerja dapat diteruskan di tapak loji ini. Ini adalah kejadian pertama berlaku di cerowong pembuangan gas asli terkawal ini. Kita akan mengenal pasti sama ada wujudnya kepincangan dalam aspek keselamatan," kata Mohd Kamis.

Petronas Methanol Labuan memiliki loji methanol yang dibina pada 1984 dan mampu menghasilkan 60,000 methanol setahun.

Pelanggan terbesar PML adalah loji propilena Methyl Tertiary Butyl Ether (MTBE) di Kuantan, Pahang dengan keperluan tahunan sebanyak 110,000 tan.

Pasaran lain termasuklah Jepun, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Korea, Taiwan dan China.

Pada tahun 2007, dua pekerja sub-kontrak Petronas cedera parah terbakar dalam satu letupan ketika melaksanakan kerja pengimpalan di plant PML di Rancha-Rancha.

Ulasan GB

Peristiwa letupan ini berlaku sebaik sahaja Datuk Mustapha Mohammad mengiklankan apa yang dikatakan "penjelasan" terhadap isu royalti secara besar-besaran di akhbar media arus perdana.

Ada lagi yang bakal meletup jika royalti Kelantan masih tidak mahu diindahkan.

Kita tunggu dan lihat.


7 ulasan:

Unknown berkata...

Salam GB,Mungkin itu adalah berkat doa orang yang terinaya,Rakyat Kelantan sudah lama di nafikan hak mereka.memang betul kata GB perut mereka adalah petronas.Kini perut najib benar-benar pecah.

Siswa berkata...

Petrol price expected to increase by 10sen
http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=43611

gb, sila baca akhbar inggeris juga. jgn baca berita melayu sahaja. ada berita tak keluar di berita melayu, tp keluar di berita inggeris.

harap maklum

Tanpa Nama berkata...

sedikit demi sedikit Allah tlh menunjukkan kemurkaan atas kezaliman yg berlaku di m'sia. itu cerita petronas, cerita di perak pulak, Tesco dikampar dibanjiri oleh banjir lumpur, cuaca di ipoh pula teramatlah panasnya. apakah ini amaran yg telah ditunjukkan oleh Allah kpd mereka yg berlaku zalim.... apa pulak lah yg bakal berlaku ya... mohon ampun dari Allah dan mohon agar Allah menjauhi balanya dari kita ....

sb dehlawi berkata...

kita tunggu dan lihat

Tanpa Nama berkata...

Telah diketahui bahawa doa orang yang teraniaya itu makbul. Akan berlaku lagi peristiwa yang tak dijangka. Itu pun para juak UMNO tak sedar lagi!

Tanpa Nama berkata...

janji Allah pasti benar, walaupun Allah memberi kemenangan kpd yg melakukan kezaliman, tetapi tunggulah akan ada balasan utk kezaliman yg mereka lakukan. Allah suroh hambanya yg ikut perintahNya agar sentiasa mendekatkan diri kepadaNya. Jadi kita kena bermunajat, mohon restu Allah agar kemenangan tetap akan diberikan kepada org yang berjuang untok menegakkan Agama Allah.

Tanpa Nama berkata...

Untuk info semua, dalam PETRONAS ada dua puak.. pro BN dan pro PR. Semasa di bawah Presiden Hassan Merican, PETRONAS di kawal oleh pro PR. Puak yang pro PR telah sedaya upaya untuk menyelamatkan duit rakyat. Mereka sedaya upaya untuk membayar zakat tapi tahu aje leh.. PETRONAS dikawal oleh kerajaan. Tapi secara senyap, mereka telah menggunakan cara lain yang tidak diketahui oleh pro BN/kerajaan.. contoh memberi bantuan/sumbangan kepada rakyat secara terus dan banyak lagi aktiviti lain.

Jadi, jangan buruk sangka sangat terhadap PETRONAS. Kalau PETRONAS ikut telunjuk kerajaan, dah lama PETRONAS bangkrup disapu kroni UMNO/BN.