22 Feb 2010

Tindakan Khalid Samad Tidak Rayu Adalah Wajar

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau tidak akan merayu hukuman jawatankuasa disiplin PAS yang menggantung keahliannya selama enam bulan berkuatkuasa 29 Januari lalu.

Khalid dikenakan hukuman tersebut selepas didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Khalid turut digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Sebelum ini, jawatankuasa disiplin turut mendapati Hasan bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan. Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Saya tidak akan rayu kerana apa yang saya nak rayu itu tidak akan masuk dalam buku (tidak akan diambil kira). Setakat hendak kurangkan hukuman itu tidak termasuk dalam kategori rayuan," katanya.

Tambahnya, surat penghukumannya daripada jawatankuasa disiplin itu juga tidak menyatakan kesalahannya dengan khusus.

"Kalau hendak rayu, saya akan minta supaya PAS zahir kejujuran dan sikap setiakawan yang tinggi,” katanya dalam satu sidang akhbar dipejabatnya hari ini.

"Tindakan juga mesti diambil kepada pihak yang gugat kepentingan Pakatan Rakyat kerana orang akan nilai kita sebagai parti Islam kena pentingkan kejujuran dan keikhlasan biarpun dengan orang bukan Islam," katanya.

Menurut Khalid berkata, beliau juga berpendirian untuk tidak merayu keputusan tersebut kerana ia tidak menjejaskan kedudukannya di dalam PAS.

Jelasnya, jawatannya sebagai yang dipertua PAS Shah Alam dibuat melalui proses pemilihan dan bukannya satu jawatan lantikan. Jawatannya itu tidak terjejas kerana PAS pula tidak mengadakan sebarang pemilihan tahun ini, katanya.

"Tuan Ibrahim (Tuan Man) kata tidak ada masalah untuk saya turun sebagai rasmikan program seperti biasa. Saya masih boleh berfungsi sebagai ahli parlimen," katanya yang menambah beliau hanya tidak dibenarkan mempengerusikan mesyuarat parti.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid juga berkata beliau akan mengadakan satu pertemuan dengan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim esok bagi membincangkan penubuhan satu jawatankuasa khas berkaitan penggunan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Jawatankuasa itu juga, katanya akan mengkaji peruntukan enakmen undang-undang Majlis Agama Islam Selangor dalam isu pemberian tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Jelasnya, penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan pertemuannya dengan Sultan Selangor bulan lalu.

Khalid berkata beliau akan meminta supaya beliau diletakkan sebagai pengerusi dalam jawatankuasa tersebut, yang mungkin dibentuk di peringkat Selangor ataupun di peringkat parlimen. -malaysiakini

Ulasan GB

Tindakan YB Khalid Samad untuk tidak merayu diatas hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin adalah wajar.

Malah bagi GB, keseluruhan proses penghakiman dan pengadilan terhadap Khalid Samad dan Hassan Ali itu adalah katun, tidak adil dan tidak boleh dikuatkuasakan samasekali keputusannya.

GB telah mengulas kedudukan Jawatankuasa Disiplin PAS di SINI

Terang dan jelas bahawa Jawatankuasa Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man itu tidak mempunyai kredibiliti sebagai sebuah jawatankuasa disiplin.

Datuk Mustafa Ali sendiri menyokong cadangan supaya perlembagaan PAS dipinda bagi membolehkan jawatankuasa disiplinnya dipengerusikan oleh pihak yang benar-benar bebas dan tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.

GB telah mengkritik Jawatankuasa Disiplin Parti di dalam beberapa siri entri yang lalu yang tidak jelas siapa yang melantik mereka, atas kapasiti apa mereka dilantik, mekanisme apa yang digunakan didalam perlantikan itu dan setakat mana ilmu kehakiman yang mereka ada untuk menjadi seorang anggota yang mampu menjalankan keadilan di dalam parti.

Ramailah juak-juak UG bangkit menempelak GB lantarannya.

Kini, ternyata apa yang GB utarakan adalah benar bahawa Jawatankuasa Disiplin Parti perlu ditukar ahlinya, perlu dirombak, perlu diperkasakan supaya ianya tidak bias dan dapat melaksanakan tugas menegakkan kebenaran dan keadilan untuk semua.

Dan apabila diakui bahawa JK Disiplin parti perlu dibebaskan segera ini bererti keputusan JK Disiplin yang lalu terhadap kes Hassan Ali dan Khalid Samad adalah terbatal dan tidak boleh diakui sebagai adil dan saksama. Ia perlu dibicarakan semula "oleh sebuah Jawatankuasa Disiplin yang berkredibiliti".


GB yakin bahawa perlantikan Tuan Ibrahim Tuan Man dilakukan oleh Mustafa Ali sendiri berdasarkan kenyataan: Menjelaskan rasional pemilihan Tuan Ibrahim, Mustafa berkata, “beliau yang palik layak” memikul tanggungjawab tersebut. -malaysiakini

Tidak dinyatakan kenapa paling layak.

Dan Tuan Ibrahim memasukkan pula Ustaz Abdul Baqi Othman (bekas PJ Pahang) sebagai salah seorang ahli jawatankuasanya. Nama Abdul Mutalib Embong sepastinya juga cadangan dari Mustafa Ali. Bagitu kaedah mereka melantik Jawatan Disiplin PAS. Secara gitu-gitu. Perlantikan secara kedai kopi. Tiada mekanisma khusus. Tiada angkat sumpah kepada "hakim-hakim" ini untuk melaksanakan tugas untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Hentikanlah segala karut-marut ini.

8 ulasan:

MANSOR JUNUS berkata...

YB Khalid, dalam keadaan apa pun jangan bawa tempurung minta ikhsan TITM. Ini adalah satu kesilapan pengadilan paling ketara. Mereka itu semua adalah zombie2 yang bernyawa.

Mereka ini adalah balaci2 Ustaz Nasa, Mustaffa Ali dan geng2 T'ganu Kite. Saya sebelum ini pun sudah meluat dengan mereka.

Tanpa Nama berkata...

rayuan TGHH letak jawatan dan ganti nizar jadi presiden

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, bg Nizar peluang.. NIzar jd Presiden PAS. Kepimpinan ulama' jatuh ke? Takkan jatuh sbb Islam adalah teras perjuangan. Kepimpinan Islam akan sentiasa mencari ruang dan cara sesuai dlm menongkah arus politik semasa.

Tanpa Nama berkata...

klu Nizar jadi Presiden, aku risau nanti ada org kata Islam di Malaysia akan tumbang bila Hadi Awang tak jadi presiden PAS.

Tanpa Nama berkata...

Falsafah apa cmtu.. Islam bangkit di Malaysia bukan kerana Hadi Awang.. Islam bangkin kerana perjuangan umat. Bukan faktor individu tertentu dlm PAS.

Tanpa Nama berkata...

rasanya Hadi Awang nk undur tak?

Tanpa Nama berkata...

rasanya tak kot.. sbb mastermind msh kekal dlm PAS - Stopa Ali

Tanpa Nama berkata...

Tiada isu orang puak ni.. asyik nak memecahbelahkan PAS. Ini semua kerja ejen2 UMNO/BN yang bodoh tu. Jawatan presiden PAS adalah dilantik BUKAN pandai2 TGHH nak rebut jawatn tu(gila kuasa macam orang UMNO/BN)

Menjerit lah kamu di sini minta tukar presiden.. Kamu tak nak jadi presiden PAS?