22 Feb 2010

Pakatan Rakyat Pasti Ke Putra Jaya (updated)

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua pemimpin Umno, termasuk di peringkat bahagian, membuang segala sengketa dan kembali mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata tempoh pilihan raya akan datang yang dijangka dua tahun lebih lagi bukanlah tempoh yang panjang untuk mengembalikan semula kekuatan Umno yang mengalami “tsunami politik” pada pilihan raya umum lepas.

“Kenapa tempat yang kita menang dulu tapi kalah pada pilihan raya umum 2008. Kita kalah sebab kita tidak ada perpaduan, kita berbalah, sengketa sesama kita.

Kita kena balik semula, berjuang untuk pertahankan agama dan bangsa,” katanya ketika berucap menutup Konvensyen Umno Pahang di sini hari ini.

Muhyiddin berkata pemimpin dan anggota Umno juga perlu kembali menilai diri, kelemahan diri dan membuat perubahan bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Umno.

“Selepas pilihan raya umum lepas, banyak ‘suara-suara’ disampaikan kepada kita, (antaranya) parti kita sudah lama berkuasa; kita sudah lupa; kita sombong; tak selesaikan masalah rakyat.

“Ini adalah persepsi, (namun), dalam politik, persepsi itulah yang mempengaruhi mereka (rakyat) untuk mengundi kita atau sebaliknya,” kata Muhyiddin.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang kerana terdapat peringkat Umno bahagian yang tidak lagi melakukan apa-apa program selepas pilihan raya umum lepas.

“Sebab itulah kita lancarkan program Juara Rakyat, kita mahu Umno kembali dekat di hati rakyat,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Muhyiddin berkata masalah dalaman Umno termasuk di peringkat bahagian bukanlah perkara luar biasa, namun apa yang penting semua pihak terbabit perlulah mencari jalan penyelesaian untuk mengukuhkan kembali parti.

Ditanya mengenai kemasukan pengundi baru pada pilihan raya umum akan datang dan kesannya kepada Umno, Muhyiddin berkata Umno perlu memahami aspirasi golongan muda dalam usaha menarik sokongan mereka.

“Kita perlu beri perhatian kepada mereka dan saya yakin mereka akan fahami prinsip perjuangan parti Umno,” katanya.

Mengulas mengenai konvensyen Umno Pahang, Muhyiddin berharap negeri-negeri lain turut mengadakan konvensyen yang sama bagi menilai semula keberkesanan gerak kerja parti.

Konvensyen tiga hari itu yang berakhir hari ini, dihadiri 1,400 peserta terdiri daripada anggota Umno bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri serta wakil-wakil Badan Bukan kerajaan. — Bernama


Dakwaan Umno Selangor pecah dua taktik pembangkang

SHAH ALAM, Feb 21 — Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini berkata tanggapan kononnya UMNO Selangor berpecah dua adalah tipu helah pembangkang.

Katanya, pembangkang mendakwa terdapat dua kem, satu diterajui beliau dan satu lagi oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Pembangkang sebenarnya mahu mengalihkan pandangan rakyat terhadap krisis dalaman PAS Selangor di mana sebenarnya wujud dua kem — kem Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, dan kem Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Di samping itu, wujud masalah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di cabangnya di Ijok, dakwa Noh.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shuhaimi Shafiei yang mendakwa UMNO Selangor berpecah kepada dua kem.

Bagi pembangkang, kalau mereka tidak dapat menyelesaikan satu masalah, mereka akan cipta satu lagi masalah, kata Noh dalam sidang media selepas mengadakan dialog dengan Persatuan Ibu Tunggal Selangor di sini.

Noh berkata, “Kita di Selangor di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kita bersatu”.

Beliau berkata, “Mereka tidak tahu sejarah saya dengan Dr Khir...adalah lama. Saya ialah salah seorang yang membawa Dr Khir ke dalam politik”.

Noh berkata beliau juga adalah salah seorang yang menyokong kuat supaya Dr Khir diberi peluang menjadi Menteri Besar.

Noh berkata beliau dan Dr Khir telah berikrar bekerjasama dalam politik kerana mereka berdua adalah sekampung sehingga Dr Khir berjaya menjadi Menteri Besar, dan beliau seorang Menteri.

Menteri itu berkata, kerjasama itu masih kekal di mana Dr Khir masih ADUN Sungai Panjang dan beliau (Noh) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor. — Bernama -


Ulasan GB

Dua-dua berita dari Bernama itu ada saling kait-mengait.

Yang pertama, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua pemimpin Umno, termasuk di peringkat bahagian, membuang segala sengketa dan kembali mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Jika tidak ada sengketa masakan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO mesti mengeluarkan kenyataan yang berupa "alert" sehingga beliau turut melahirkan rasa bimbang kerana terdapat peringkat Umno bahagian yang tidak lagi melakukan apa-apa program selepas pilihan raya umum lepas.

Beliau bercakap di Konvensyen UMNO Pahang. Tetapi yang meletup ialah di Selangor.

Tiba-tiba saja di Selangor Noh Omar membuat kenyataan menafikan wujudnya dua kem di dalam UMNO Selangor.

Walaupun menafikan, tetapi pada masa yang sama beliau yang mendedahkan bahawa “Mereka tidak tahu sejarah saya dengan Dr Khir... adalah lama. Saya ialah salah seorang yang membawa Dr Khir ke dalam politik”.

Kononnya beliau juga adalah salah seorang yang menyokong kuat supaya Dr Khir diberi peluang menjadi Menteri Besar.

Semua orang boleh membaca "between the lines" kenyataan Noh Omar itu.

Sindrom penafian Noh Omar tidak dapat menutup apa yang sebenarnya berlaku sehingga Muhyiddin "secara terbuka" mengakui fakta wujudnya sengketa di dalam pimpinan UMNO.

Percaya atau tudak UMNO BN sudah rapuh. Jika dahulu pada PRU 10 dan PRU11 pembangkang gagal untuk mencapai sasaran menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen, namun di dalam PRU12 ia menjadi kenyataan.

Projek Tanjung gagal direalisasikan pada 3 PRU berturut-turut tetapi Pulau Pinang jatuh juga ke tangan DAP. Ustadz Fadzil Mohd Nor hampir menjadi MB Kedah selepas PRU 10, tetapi menjadi realiti apabila Ustadz Azizan mengetuai kerajaan Kedah selepas PRU12.

Angkatan Perpaduan Ummah gagal membentuk kerajaan di Selangor, tetapi Pakatan Rakyat menjadikan ia sebagai realiti. Dan UMNO BN jangan harap merampasnya semula.

Begitulah juga, seandainya dikatakan 16 September Pakatan Rakyat (PR) gagal untuk mencapai sasaran menawan kerajaan pusat, namun ia tidak mustahil di capai pada PRU13 atau paling jelas PRU14 nanti.

Yang masuk UMNO BN sekarang tak ramai berbanding secara relatifnya dengan yang dah masuk PR. Berhempas pulaslah UMNO BN cuba pertahankan kedudukannya di Putra Jaya, ia tidak akan berjaya sepertimana terbukti mereka tidak berjaya pertahan majoriti dua pertiga di parlimen.

Selagi hebat PR diserang, semakin kuat PR ditekan melalui segala agensi samada SPR, PDRM, SPRM, kehakiman dan sebagainya, ia lebih cepat menghantar PR ke Putra Jaya.

Itu evolusi politik dan pemerintahan negara. Itu sunnatullah.


Dan mana-mana ahli PAS, PKR atau DAP yang cuba nak tolong pertahankan UMNO BN dan dan menentang sunnatullah termasuk Presiden PAS sendiri, boleh cuba malah boleh belah dari PR sekarang. No objection.

Siapa pemimpin PR yang bakal menjadi PM dan TPM apabil a PR di Putra Jaya, let go and let God. Dan jangan terkejut beruk jika ditakdirkan GB jadi seorang menteri nanti.. :)

8 ulasan:

assalam berkata...

Dan jangan terkejut beruk jika ditakdirkan GB jadi seorang menteri nanti.. :)

hahah GB wat lawak, tapi mana ler tahu kalau begitu kehendak Allah, betul tak GB.

jangan lupakan daku nanti...

Tanpa Nama berkata...

yeah itu dia wa mahu dengar. Takbir 3 X

reformasi berkata...

walaupun saya dari parti keadilan, saya amat gemar membaca tulisan GB dan sering mendengar suara GB dari GB.fm. Saya amat kagum dan sedia untuk mencalonkan GB untuk jadi seorang menteri bila PR berkuasa. insyaAllah GB.

Tanpa Nama berkata...

"Siapa pemimpin PR yang bakal menjadi PM dan TPM apabil a PR di Putra Jaya, let go and let God. Dan jangan terkejut beruk jika ditakdirkan GB jadi seorang menteri nanti.. :)"

InsyaAllah....mana tau, kan?
So far, kita memang perlukan lebih ramai pemimpin dalam PR yang satu acuan minda, akhlak, halatuju macam KhalidSamad, HusamMusa, dll....:)

antifitna berkata...

tahniah atas keberanian gb.
1. mentadbir pejabat taksama dengan mentadbir pertubuhan.
di pejabat pekerja dibayar gaji. kalu tak mau buat boleh diberhentikan,kadang2 itupun susah. mentadbir parti atau jamaah munkin senang.kalu susah tentu pahang dah kalah.

antifitna berkata...

pahang

Ed berkata...

Sejak PRU lepas sebagai rakyat Malaysia apa yang saya lihat di Malaysia ialah:
1. Polis semakin ganas
2. Khairy dah makin tenggelam
3. Kerajaan tiada visi - 1 Malaysia hanya kain buruk yang cuba dicelup warna baru.
4. Parlimen bergaduh hari-hari
5. Mahkamah hilang kredibiliti di mata rakyat
6. Altantuya dituduh 'pelacur Mongolia'
7. Nama Saiful Bukhari ada 481,000 mentioned dalam Google, nama Khairy ada 272,000 .
8. LIWAT jadi agenda utama politik.
9. Ramai pegawai kerajaan di tuduh rasuah.
10. Parti politik banyak katak lompat-lompat.

Rakyat tak memangkah untuk ini semua. Rakyat memangkah untuk kemajuan dan pembangunan. Rakyat yang susah perlu mendapat perhatian yang sewajarnya. Ekonomi perlu dipulihkan. Parlimen perlu bersidang membincangkan hal rakyat - bukan berdebat nak tengok 'anu' siapa yang lebih besar.

Kalau BN tak boleh buat, PR tak boleh buat.....PRU lain kali saya koyakkan saja kertas undi baru puas hati.......

Aduhai Malaysia...sampai Bila?

Tanpa Nama berkata...

Memang sejak dulu lagi peristiwa gigit menggigit sama sendiri telah membudaya dalam UMNO. Kini perbuatan memfitnah pula telah jadi budaya baru yang menular di mana-mana pada hal gejala-gejala lain seperti rasuah, buang bayi, seks bebas dan berbagai-bagai gejala tidak sihat masih tidak dapat dibendung selagi penerapan nilai-nilai murni masih dihias dengan budaya tersebut.