9 Feb 2010

Isu Keputusan Mahkamah : Apa Pandangan Pimpinan PAS?

Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak – Nik Aziz

tu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.

“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti.

Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.

“Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya.

Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.

Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka.

Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.

“Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya. - harakahdily

Keputusan Mahkamah Persekutuan Bukan Noktah

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berputus asa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sebaliknya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PR akan bekerja keras untuk menawan Perak pada pilihan raya umum yang akan datang.

"Kita sudah jangka keputusan mahkamah tidak akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sejak dari awal lagi.

"Berdasarkan rekod kes-kes besar sebelum ini, keputusan mahkamah memang tidak memihak kepada PR. Sebab itu kita tidak kecewa dengan keputusan hari ini,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersetuju sebulat suara bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan.

Mahkamah memutuskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah bertindak menggunakan bidang kuasa yang ada untuk melantik Zambry bagi menggantikan Nizar setelah berpuas hati bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, apa yang berlaku di Perak akan menguatkan lagi sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang.

"Rakyat akan bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada Nizar. PR perlu terus berusaha dan kekalkan sokongan yang sedia ada bagi memastikan kemenangan mutlak mereka di Perak pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata rakyat Perak amat kecewa dengan keputusan mahkamah itu.

"Ramai yang kecewa dengan keputusan hari ini. Mereka berharap sistem perundangan di negara ini dapat memberi keputusan yang sebaliknya kerana kes ini tertangguh agak lama," katanya.

Oleh itu, beliau berkata pihak polis wajar membenarkan rakyat mengadakan perarakan secara aman sebagai tanda protes mereka.

"Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini adalah dengan membubarkan DUN Perak. Biar rakyat buat keputusan dan pilih siapa pemimpin yang layak menjadi pemerintah," ujarnya. -MSTAR

Ulasan GB

Hanya dua orang pimpinan PAS yang ada membuat ulasan. Hmmm... Yang seorang lagi pulak, adui. Stail ulasan dia sama macam UMNO. Cuba baca:

"Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua pihak menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak."

Patutlah ramai orang kata Kedah akan jatuh ke tangn BN tak lama lagi.

15 ulasan:

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Hari ini saya sungguh sedih dengan kenyataan TG Nik Aziz , yg mempertikaikan keputusan Hakim yg berpihak kepada Zamry.
Adakah TG Nik Aziz tidak reda dengan keputusan Allah SWT (Zamry dan juak juak nya bersolat hajat memohon kepada Illahi memberi kemenangan kepada Zamry untuk kekal menjadi Khalifah di bumi Perak).Sepatutnya TG Nik Aziz akur dengan kehendak Allah SWT yg memberi hidayah kepada Hakim Hakim Yg membuat keputusan yg berpihak kepada Zamry . Adakah TG Nik Aziz dah tak percaya dengan keputusan Allah SWT .
TG Nik Aziz pada ketika dahulu pun pernah memohon doa kepada Allah SWT agar PM 1 Malaysia perut buncit kerana menzalim rakyat Kelatan tapi Allah SWT tidak memperkenankan doa TG NIk Aziz.
So TG Nik Aziz wajib akur bahawasanya Allah SWT menentukan ala tuju kehidupan manusia di bumi Allah . So TG Nik Aziz dan DS NIzar tolonglah terima keputusan yang telah dipersetujui atau diperkenankan Allah SWT doa dalam sholat Hajat Zamry.

Unknown berkata...

Abu Jahal dan Abu Lahab juga pernah bermohon kepada Allah di depan Kaabah.

Dan apabila Allah menunaikan permintaannya itu bukan berarti Allah membuat keputusan bahawa Abu Lahab dan Abu Jahal itu berada dlm kebenaran dan RasulNya berada dalam kesalahan.

Malah akhinya Allah menyatakan
"tabbat yada abi lahabiu watab"

Binasalah kedua tangan Abu Labab"

melor45 berkata...

Tak apa esok akan diadakan kenduri kesyukuran diBANGUNAN suk Jalan Pg.Bukit Gantang,80 ekor lembu akan disembelih untuk menjamu seluruh umat diNegara Kanggaro Perak.Chef Celebriti Khas didatangkan Dari Delhi dan Kalkotta.Semua dijemput hadir.Jamuan bermula jam 11.pagi.Bawa pinggan polistrin dan cawan sendiri.Duit negeri dah nak habis.Pelabur banyak dah lari.

Tanpa Nama berkata...

kalau begitu Hj jahil, perlakuan firaun dan iblis kita kena reda dan tak boleh pertikai???

Tanpa Nama berkata...

Kejahatan UMNO amat terserlah sekarang. kalau aku jadi zamry aku tak nak jadi MB Perak. kerana aku perlu fikir hamba-hamba allah yang lain. Tahu kah UMNO selain dia patut taat kepada Sultan dia juga patut taat kepada allah. maka dia patut taat kepada hamba-hamba ALAH. Sultan itu hanya 1 tetapi hamba-hamba Allah ini ramai. HJ jamaluddin insaflah, jangan kau derhaka kepada hamba-hamba ALLAH ini sebagaimana kamu takut menderhaka kepada Sultan. Pembabitan UMNO di Perak Bagi mejoriti Rakyat Perak adalah haram kerana jelas PRU 12, PR menewaskan BN. Jadi tolong jangan pertikaikan Undian hamba-hamba Allah ini. Yang perlu dipertikaikan ialah 3 hamba ALLAH yg bersekongkol dng UMNO dan juga UMNO itu sendiri yang membuat kacau. Mereka adalah pengkhianat yang dilaknati Allah kerana menganaya majoriti rakyat Perak yang telah memberi mandat kpd PR. dan harus diingatkan UMNO patut bertanggungjawap. majoriti rakyat yang tertindas ini adalah Islam dan mereka akan tuntut diakhirat ingat tu wahai Zambry, tanggung jawap itu amat berat wahai Zambry. Sebenar nya Nizarlah yang amat bertuah walaupun dia tewas didunia fana ini didepan mahkamah dunia. aku tidak langsung pertikaikan mahkamah, Aku ingin bertanya dari 10 hakim, yang ke neraka adalah berapa? jadi kalau 5 pula? pagi tadi di Astro Awani, penganalisis ada mengatakan kalau dilihat dari sudut perlembagaan Nizar akan menang namun kalau dilihat dari sudut politik masa kini maka Zambry akan menang. jadi kita boleh nampak siapa yang baik dan siapa yang buruk. Zambry kau akan menunjukkan muka kau yang buruk itu selama kau menjadi MB tak malu kah kau kepada hamba-hamba Allah yang lain. Kalau kau tak malu pada hamba-hamba Allah yang lain, malu lah pada Allah. Begitu juga pada melor45 dan HJ Jamaluddin malulah pada Allah kerana kita akan kembali pada nya.

Tanpa Nama berkata...

Marah ke suka ke pekara yang telah diramalkan tetap berlaku. Kita bersembayang hajat adalah cara kita bermohon kepada Allah. Dimakbulkan atau tidak permohonan itu adalah soal kedua.

Bila kita mengutuk cara pengadilan oleh mahkamah persekutuan itu sebagai tidak adil adalah kerana kita seorang manusia yang lemah. Kita memang mengharapkan pengadilan yang telus dan adil. Tapi malangnya perbicaraan dilakukan dalam mahkamah UMNO.

Selagi UMNO memerintah, hakim akan jadi tunggul kayu kerana mereka makan gaji dengan kerajaan UMNO.

Ahli UMNO patut berterima kasih pada Tun Mahathir kerana beliau yang bertanggongjawab menjadikan mahkamah Malaysia kepada mahkamah UMNO.

Semuga Allah panjangkan umur Tun Mahathir sehingga 2021 agar beliau dapat melihat kesan dari pemerintahannya sebagai PM selama 22 tahun.

buuyaait berkata...

kena terima bahawa hakim2 pun tuhan yg letak kat situ,,,,

Unknown berkata...

syaitan yg ada dlm badan tu pun Allah letak kat situ.

Tapi apakah Tuhan suruh ikut?

hussin berkata...

solat hajat. kemenangan kepada zamri adalah ujian kepada umno. kekalahan kepada nizar adalah peringatan kepada pas. Allah tidak pernah confuse dengan keputusanNya sebagaimana confusenya manusia dengan keputusanNya. dalam pas menentang umno, pas juga turut mahu berpadu dengan umno. bukankah itu confuse namanya? dalam pas membuat keputusan "memperkasakan pakatan rakyat", pas juga memilih untuk memberi tali hayat kepada umno, tak confuse kah tu? dalam pas berbincang dengan dap di penang, berbincang dengan dap dan pkr di perak, pas memilih berbincang dengan umno di selangor bagi menubuhkan kerajaan di ketiga2 negeri berkenaan. bukan confusekah tu? di selangor tak ada dap dan pkr? pas confuse dan cuba pula confusekan rakyat. pas tak akan ke mana selagi berkepimpinkan mereka2 yang cofuse.

wallahu'alam

mtgbertam berkata...

Haji ni dah rosak minda sbb terlalu banyak baca utusan dan tengok tv3.

Haji tak melambangkan ilmu yg tepat. Ilmu dalam dada, bukan pada gelaran haji (kalau mcm hj di atas ni)

Khairi berkata...

UMNO akan buat apa saja utk kekal berkuasa. Disekat budget yang patut diberi kepada kerajaan negeri PR. Kemudian ditekan YB PR dengan ugutan SPRM, tak cukup dengan itu dicuba pula dengan beli & lompat, kemudian dijadikan Parti Cinta Malaysia sebagai tempat YB PR melompat, sekarang YB PR bertelingkah sesama sendiri, samada ini juga rancangan mereka atau tidak, apapun UMNO memang pandai ambil kesempatan ini utk timbulkan kesangsian agar rakyat tidak lagi percaya pada PR.Kini mahkamah dijadikan tempat untuk UMNO menjatuhkan PR, baik kes MB Perak & juga kes liwatII sekarang ini. Pokoknya, "damage has been done".

Wahai pemimpin PR, bangunlah dari lena anda dengan apa yang berlaku ini,kuatkan saf PR,ingat, jangan sekali-kali anda memberi ruang & peluru kepada UMNO untuk memerangkap & menembak anda,kecualilah anda semua dah tak berminat untuk memerintah Malaysia dengan keadilan untuk semua...

Tanpa Nama berkata...

insyaallah..kedah x jatuh ke tangan bn..rakyat kedah sayangkan pas..kami respect ust azizan..

budak mergong berkata...

woi anon 11.34 am
aku rasa macam ni lah biaq azizan jatuh pas jangan jatuh,itu lg baik,kita cari yang betul2 pas jadi pemimpin di kedah ,ni dak umno pas adek beghadek nih kapla otak punya pikiaq,mntang2 la adek beghadek dia banyak umno dia main kot tu pulak,awat ka buat kheja kat dia bagi dia menang hari tu,dia ni memang seotak ngan stopa ali,harun taib,bakaq chik.Apa dia buat kat kedah la ni?

Tanpa Nama berkata...

Budak mergong hang tak penah undi PAS pun.. cakap lebih, hang tau apa, hang tu besaq sangat ka..awat kalau nak apa-apa kena bagi tau hang dulu kat puitt.

Tanpa Nama berkata...

Budak mergong hang tak penah undi PAS pun.. cakap lebih, hang tau apa, hang tu besaq sangat ka..awat kalau nak apa-apa kena bagi tau hang dulu kat puitt.