9 Feb 2010

Detik Hitam Dalam Demokrasi Di Malaysia - Nizar

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan di sini hari ini sebulat suara memutuskan Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar Perak yang sah.

Ketika membuat keputusan ini jam 11.00 pagi, mahkamah tertinggi itu juga menolak permohonan Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dalam satu sidang media sejurus selepas keputusan itu, Nizar berkata keputusan ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah sistem kehakiman di negara ini.

Beliau berkata, "kemelut politik di Perak nampaknya masih belum dapat diselesaikan kerana demokrasi masih diikat dan tidak bebas.

Bagaimanapun beliau belum membuat keputusan sama ada untuk memfail semakan semula atau tidak.

"kita akan kaji secara terperinci penghakiman bertulis dan saya meminta para penyokong supaya bersabar, bertenang dan tidak bertindak di luar batas undang-undang," katanya.

Alauddin Mohd Sheriff mengetuai lima panel hakim dalam membuat keputusan ini. Empat hakim lain ialah Arifin Zakaria, Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

Arifin yang membaca penghakiman itu memutuskan bahawa tidak perlu kepada undi percaya dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sultan boleh menyingkir menteri besar. Oleh itu, Zambry mendapat sokongan 31 kerusi dalam DUN.

Kamar Peguam Negara diwakili oleh ketua bahagian pendakwaan, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Kamaluddin Md Said, ketua bahagian rayuan dan perbicaraan.

Para peguam Nizar terdiri daripada Philip Koh, Chan Kok Keong, Leong Cheok Keng, Edmund Bon, Mohd Hanifa Maidin, Ranjit Singh dan Razlan Hadri Zulkifli.

Para peguam Zambry ialah Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Zambry sendiri tidak hadir di mahkamah ketika keputusan itu dibuat. Mohd Hafarizam Harun dan M Reza Hassan bertindak sebagai pemerhati bagi Umno.



Ulasan GB

Kebatilan itu tidak akan kekal. Sesuatu kemenangan yang dicapai secara batil pasti hancur binasa akhirnya apabila kebenaran menjelma.


Janganlah kamu lemah, dan janganlah kamu berdukacita, kamu lebih tinggi jika kamu beriman.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum, satelah keputusan diumumkan, rata2nya saya perhatikan tidak setuju dgn keputusan mahkamah. Ini menunjukkan rakyat perak tidak mahu zambri memjadi mb.kalau lihat dimedia eletronik seolah2 dialah hero... Hanya yang ingin saya katakan kita kena terima ini sebagai sebahagian drpd ujian Allah kepada org2 yg beriman begitu juga ds Nizar ini bukan bermakna kita kalah... Perjuangan harus diteruskan. BANGUNLAH PENYOKONG PAKATAN RAKYAT jgn biarkan kezaliman berleluasa di bumi Perak ini. ALLAH MAHUKAN KITA SEBAGAI HAMBANYA SEMAKIN MENDEKATKAN DIRI KEPADA NYA, SELALULAH BERMUNAJAT DAN MOHON RESTU DAN PERTOLONGAN NYA.....

hj jamaludin berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
ADA 2 MANUSIA YANG MARAH KEPADA ALLAH SWT KERANA MEMENUHI ATAU MEMPERKENAN DOA DALAM SHOLAT HAJAT ZAMRY (ORANG ISLAM) DAN JUAK JUAK NYA UNTUK MENJADI KHALIFAH DI BUMI PERAK
1) TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT (ORANG ISLAM)
2) DATUK SERI NIZAR JAMALUDIN (ORANG ISLAM)

Allah SWT telah penuhi hajat MB Zambry dengan juak juaknya ,ini bermakna DS Nizar wajib hormati keputusan Mahkamah dunia.Saya ulangi Allah SWT telah kabulkan doa MB Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak .
DS Nizar tolong lah jangan buat perkara yang bodoh , DS Nizar wajib terima kehendak Allah SWT . Buat kerja yang di amanahkan oleh rakyat baik di ADUN mahu pun di Parlimen .DS Nizar hentikanlah impian untuk menjadi Menteri Besar Perak . Buat kerja menjadi wakil rakyat di ADUN dan Parlimen kawasan yang dimenangi DS Nizar .DS Nizar tolonglah buang jauh jauh impian untuk menjadi Menteri Besar Perak .Allah SWT telah pilih Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak . Jangan lawan keputusan Allah SWT . Allah SWT lah yang mencipta alam semesta dan seisinya . Jangan melawan kehendak Allah SWT . DS NIzar wajib terima hakikat ini . Jangan dok layan lagi kerenah atau batu api DAP . DS Nizar katakanlah kepada pihak DAP bahawasanya Allah SWT telah penuhi hajat Zambry menjadi Menteri Besar Perak . So DS Nizar turun padang dan buat kerja yang diamanahkan kawasan DS Nizar . Dan jangan lupa DS Nizar buat sholat taubat kalau boleh. Dan dambinglah isteri dan anak anak DS Nizar mulai sekarang , hentikanlah impian untuk Menjadi Menteri Besar Perak.