
Prosiding dilakukan secara tertutup dan berkamera sahaja dengan tidak dibenarkan dari orang awam dan media masuk di dalam bilik mahkamah. Perbicaraan diteruskan dengan testimoni dari penuduh iaitu Saiful Bukhari Azlan.
Anwar telah tiba ke mahkamah ham 9.25am sementara Saiful tiba jam 9.15am.
Penyokong-penyokong Anwar telah menunggu di ruang premis mahkamah.
9.45 am : Belum ada sebarang signal dari Mahkamah Tinggi. Perbicaraan berjalan secara tertutup. Saiful menyambung keterangannya pagi ini mengenai kononnya ada "ajakan seks" dari Anwar.

Kedua, Laporan Perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Kuala Lumpur sebelum ini mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa Saiful diliwat! Laporan ini ditanda tangani oleh tiga pakar perubatan daripada hospital berkenaan. Laporan dari HKL ini sekaligus mengesahkan laporan pertama dari Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) yang turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda-tanda saiful diliwat.
Tetapi anehnya, semalam pihak pendakwaan menyatakan mereka akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan kesalahannya meliwat Mohd Saiful.
Peguam pembela sepatutnya boleh mempersoalkan mengenai kewujudan spesimen berkenaan di dubur Saiful sedangkan laporan hospital mengesahkan tidak diliwat. Apakah tidak mungkin spesimen itu boleh saja dimasukkan selepas Saiful menjalani pemeriksaan doktor?
.jpg)
10.30 am: Belum menerima sebarang signal. Malah media-media akhbar yang biasa membuat liputan pun tidak dapat mengemaskinikan sebarang laporan terbaru. Tritter malaysianinsider masih belum terisi pagi ini.
11.00 am: Perbicaraan telah ditangguhkan untuk lawatan ke kondominium.
11.49 am: Konvoi meninggalkan kompleks mahkamah Jalan Duta ke kondominium.
Konvoi sampai ke kondominium. Anwar, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Saiful tiba ke tempat tersebut beberapa minit kemudian.
12.15 am: Prosiding akan disambung semula pada pukul 2.30 petang
Ok tamat kemaskini. Lintas lansung sebelah petang adalah di dalam entri yang baru.
1 ulasan:
Kes 1998 dulu pun tak ada orang percaya sebenarnya. Waktu itu media alternatif terutama internet masih kecil bilangannya. Kini apa-apa juga peristiwa yang berlaku cepat tersebar menerusi internet ke seluruh dunia. Malunya rakyat Malaysia yang dikatakan terpandang di peringkat antarabangsa.
Catat Ulasan