4 Feb 2010

Sorotan Kes Liwat2 Anwar-Saiful

Sperti yang GB pernah katakan di sini, pihak pendakwaan akan menggunakan segala ruang di permulaaan perbicaraan untuk mengaibkan dan menghancurkan maruah dan integriti pembela.

Ia adalah satu kaedah yang cuba menanamkan di minda rakyat yang pertuduhan tersebut adalah benar dan supaya ia tersebar seluas mungkin sebelum fakta-fakta lain dikemukakan.

Ia dilakukan bagi mempastikan pihak pembela sudah dipandang serong sekalipun sebelum membawa apa-apa bukti.

Tindakan "menyerang" personaliti pembela dilakukan dengan segala cara, "at all cost" , semenjak di hari pertama lagi.

Kita lihat semalam, dimana Mahkamah Tinggi memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, digemparkan dengan dakwaan mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diajak oleh ketua pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful, 24 yang merupakan saksi pertama pendakwaan berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.


Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f*** you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri. Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.


Skrip ini tanpa memperdulikan samada sensitif, ataupun tidak, lucah atau pun tidak tapi diutarakan oleh pendakwa - dengan niat utama - hancurkan maruah pembela selagi ada ruang di permulaan perbicaraan.

Malah di dalam ucapan pembukaannya sebelum perbicaraan bermula, Mohd Yusof berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Anwar. Ia sesuatu kenyataan yang tidak perlu dinyatakan, sekurang-kurangnya diperingkat awal, kerana ia memang tugas pendakwa, tetapi dihebahkan untuk makluman orang ramai dan sebelum hakim di minta oleh pembela untuk melakukan perbicaraan secara tertutup.

Tanpa memperdulikan samada pertuduhan itu benar atau tidak, tanpa memperdulikan dapat dibuktikan atau pun tidak, tanpa memperdulikan cukup bahan bukti atau pun tidak, tindakan offensif menjatuhkan maruah pembela perlu dilakukan secepat mungkin sebelum mahkamah melakukan perbicaraan secara tertutup. Dan mereka berjaya.

Sepatutnya peguam pembela telah bersedia terlebih awal, iaitu selepas Saiful memberikan keterangan mengenai dirinya dan sebelum soalan beralih kepada hal-hal yang boleh mengaibkan pembela dan keluarga pembela diutarakan, peguam sudah pun meminta supaya semua soal-jawab hendaklah dilakukan hanya secara berkamera. Peguam pembela nampaknya lalai dan tidak mempelajari taktik pendakwa di dalam kes-kes terdahulu.

Namun, Anwar masih yakin pasukan peguam belanya akan mampu menguruskan kes pertuduhan liwat yang dilemparkan oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan baik.

Anwar berkata, beliau tidak terkejut dengan apa yang didedahkan di mahkamah hari ini.

"Saya tidak terkejut, tapi tentunya tiada siapa mahu perkara seperti ini berlaku tetapi saya perlu berdepan dengannya.

"Saya percaya para peguam bela saya mampu menguruskannya," kata Anwar kepada pemberita selepas prosiding mahkamah pada hari pertama perbicaraan kes liwatnya berakhir.

Anwar diwakili tujuh peguam yang diketuai Karpal Singh.

Berikut adalah senarai mereka yang terlibat dalam prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi 3, Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur di sini, yang dijadual berlangsung selama 17 hari mulai hari ini.

Tertuduh:

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pertuduhan:

Beliau dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan iaitu dengan memasukkan zakarnya ke dubur Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Hakim:

Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah

Pembelaan:

Karpal Singh (Ketua)
Datuk Param Cumaraswamy
Datuk C.V. Prabhakaran
Marisa Fernando
Mohd Razlan Jalaluddin
S.N.Nair
Ramkarpal Singh Deo

Pendakwaan

Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden
Datuk Nordin Hassan
Mohamad Hanafiah Zakaria
Wong Chiang Kiat
Noorin Badaruddin
Farah Azlina Latif

Peguam Pemerhati:

Zambri Idrus (untuk Saiful Bukhari)
Rajpal Singh (untuk Majlis Peguam)
Andy Yong (untuk Majlis Peguam)

Hari ini hari kedua perbicaraan. Perbicaraan dilakukan secara tertutup bermula jam 9.30 am nanti. Apa-apa pun cuba nanti jengah di entri baru GB samada GB dapat melaporkannya secara lintaslansung. Teruskan bersama GB. Jom kita solat dhuha dulu. Masih banyak masa.

OK Dah siap

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya tidak ada orang percaya dengan keputusan kes 1998 dulu. Tapi masa tu media arus perdana sangat meluas pengaruhnya berbanding dengan media alternatif seperti yang ada kini. Sekarang dengan adanya blog, facebook, twiter dan macam-macam lagi maklumat lebih cepat tersebar ke mana-mana saja. Di Malaysia dan tidak mustahil di peringkat antarabangsa ramai yang berdoa semoga DSAI akan memperolehi kemenangan kerana berasa malu dengan sistem perundangan yang ada, tambahan pula bukan sedikit yang teraniaya! Bunga-bunganya telah terlihat pada PRU12 serta beberapa siri PRK di samping beberapa kes yang masih jadi misteri seperti skandal PKFZ, kehilangangan enjin pesawat, kes Yeoh Beng Hock, kes di Perak, keruntuhan stadium di Terengganu dan banyak lagi.