4 Feb 2010

Utusan Sudah Melampau, Label Pemandu Bas Express Sebagai Pelesit

Kira-kira 37 pemandu bas ekspres di sini hari ini menyuarakan rasa kesal dengan laporan berita sebuah akhbar tempatan yang merujuk pemandu bas ekspres dengan gelaran “pelesit”.

Wakil mereka, Meor Johari Meor Abu Bakar berkata penggunaan istilah pelesit dalam laporan akhbar berkenaan bulan lepas itu dilihat berniat jahat, melampau, dan menjatuhkan maruah pemandu-pemandu bas ekspres.

“Gelaran pelesit buat pemandu bas adalah kerterlaluan, seolah-olah pemandu bas mengabaikan keselamatan penumpang,” katanya dalam satu persidangan media di sini.

“Laporan itu mungkin bertujuan untuk menyedarkan tetapi istilah yang digunakan begitu berkesan bukan sahaja kepada kami pemandu-pemandu, malah turut melibatkan maruah kaum keluarga kami,” tambahnya.

Beliau berkata ekoran penyiaran artikel itu, para pemandu bas berasa malu dan bimbang masyarakat memandang serong serta beranggapan negatif terhadap mereka.

Menurutnya beliau bersama beberapa rakan pemandu bas ekspres sudah mengambil inisiatif mengumpul tandatangan 571 pemandu bas ekspres di seluruh semenanjung yang membantah penyiaran laporan berita itu. — Bernama



Ulasan GB

Akhbar Utusan Malaysia sememangnya sudah melampau. Orang yang tidak bersalah, yang mencari rezeki yang halal untuk keluarga seperti pemandu bas express tiba-tiba kini dilabelkan sebagai "pelesit".

Sikap buruk wartawan di Utusan ini sewajar dibantah bukan sahaja oleh pemandu-pemandu bas express, tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Apa kata jika wartawan-wartawan Utusan ini digelarkan pelesit? Apa perasaan anda dan anak isteri anda sedang anda tahu anda hanya mencari sesuap nasi untuk anda dan keluarga anda?

Nama akhbar Utusan Malaysia turut disebut di dalam mahkamah hari ini dimana nyaris sahaja tidak dikenakan perintah menghina mahkamah apabila membuat laporan tidak benar dan berniat jahat apabila melaporkan kes liwat Saiful. Sila rujuk SINI




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boikot saja akhbar tu. Aku dah setahun lebih tak beli akhbar tu.

Anak PR Selangor berkata...

Buat pengetahuan Anon 0833 aku sejak dari 1998 lagi.

Bencinya aku dengan akhbar tu tak dapat dikatakan. Bukan saja benci malah jijik.

Entah mcm manalah orang yang bekerja disitu. Bagi makan anak bini pulak tu...hish..