8 Feb 2010

Ketegasan Ku LI Dipuji : UMNO Boleh Pecat Saya Jika Mahu

Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

“Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal),” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh (gambar) berkata, “siapa yang makan cili dialah rasa pedas.”

Pengasas dan bekas pengerusi Petronas berkata beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroelum sejak kebelakangan ini termasuk hak kepada kerajaan negeri Kelantan.

“Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat.

Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan.

Awal bulan ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan Umno boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.

“Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan,” katanya.

Beberapa pihak dalam Umno menggesa agar parti mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pula berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu. -MI Video-TVS



Ulasan GB

Setinggi penghargaan kepad YBM Tengku Razaleigh Hamzah kerana ketegasannya. Jadi apa tunggu lagi UMNO? Apa tunggu lagi Mustapha? Apa tunggu lagi Awang Adek Husin? Apa tunggu lagi Muhyiddin? Apa tunggu lagi Najib? Anda semua berani pecat Ku Li atau tidak?

Jika tak berani, then pay the royalty to the Kelantan government.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO kini dalam keadaan serba salah. Ditelan mati mak, diluah mati bapa. Pakat-pakat kulumlah.

Tanpa Nama berkata...

UMNO sekarang menjadi semakin pening...nak dibuang bermakna Kelantan 100% menjadi hijau dalam pru 13 nanti, tak ambil tindakan seumpama duri di dalam daging.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah...tak kulum pn kemam je ler sampai lembik...

Tanpa Nama berkata...

ini baru hero melayu. bukan macam ibrahim ali. duit untuk rakyat yang majoriti melayu negeri sendiri dia tolak dan kata kelantan tak layak dapat kerana tiada bukti. tapi dinegeri orang (diPenang) bukan main lagi. ini namanya kera dihutan disusukan anak sendiri mati kelaparan. UMNO sediri tau tentang keburukan IBrahim Ali ni, cuma mereka mahu menggunakannya saja, itu sebab mereka sokong Ibrahim Ali. bukankh ini merugikan melayu. ada hati dia kata kepimpinan TGNA tak betul. kita rasa Ibrahim Ali kalau jadi MB 10X hancur negeri dibuatnya.

Tanpa Nama berkata...

umno marah kepada orang yang bercakap benar.. kenapa?...lu pikir la sendiri!!

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.

pandangan Ku Li baru-baru ini di stadium sultan muhammad 1V baru-baru ini banyak mendapat reaksi daripada pelbagai pihak terutama di kalangan parti PAS dan pakatannya. tidak lupa juga pada UMNO yang marah terhadap penerangan Ku Li. sebagai pemimpin rakyat kelantan sememangnya wajar Ku Li memberi penerangan berkaitan dengan isu royalti minyak demi kebaikkan rakyat kelantan sendiri. tetapi kita hendaklah melihat kepada beberapa aspek mengapa Ku Li begitu bersungguh-sungguh untuk memberi penerangan walaupun YAB PM sering kali mengatakan bahawa kerajaan pusat akan membayar wang ehsan kepada kelantan sepertimana yang dikehendaki dalam perjanjian petroleum antara petronas dengan kelantan iaitu pembayaran sebanyak 5 peratus dapipada hasil carigali di negeri tersebut. cuma yang berbezanya ialah dari segi istilah sahaja PM tidak menggunakan istilah wang royalti tetapi sebaliknya menggunakan istilah wang ehsan tetapi nilainya tetap sama dengan wang royalti. perkara kedua ialah kerajaan pusat tidak menyalurkan wang itu terus kepada kerajaan negeri tetapi melalui agensi pusat yang dilantik iaitu JPP. Persoalannya mengapa Ku Li bersungguh sangat untuk membuat penerangan walhal beliau sendiri tahu hasrat kerajaan Pusat untuk membayar kepada kelantan. adakah beliau mempunyai agenda yang tersendiri yang semua orang tidak tahu. adakah beliau masih lagi berhasrat untuk menjadi PM walaupun sehari. adakah isu ini akan digunakan oleh beliau untuk dijadikan platform untuk mendapat tempat di hati rakyat bagi membolehkan beliau menjadi PM. Sekali lagi Ku Li menimbulkan persoalan selepas beliau membuat penjelasan apabila mengeluarkan kenyataan agar UMNO boleh mengambil tindakan terhadap beliau. kenyataan ini dilihat seperti meminta untuk diambil tindakan bagi menunjukkan UMNO sebuah parti yang zalim terhadap beliau padahal YAB PM tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan terhadap Ku Li hanya pemimpin UMNO diperingkat bawahan sahaja yang beria-ria supaya Ku Li diambil tindakan. jika hasrat Ku Li ikhlas semoga kejayaan menyebelahi Ku Li tetapi jika ada hasrat yang tersembunyi beliau sendiri mengetahuinya.