8 Feb 2010

UMNO Perlu Berundur - The Australian

Setelah seminggu mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rumusan awal oleh dunia antarabangsa ialah mantan timbalan perdana menteri itu sekali lagi menjadi mangsa fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi.

Di Australia, parlimen menerima laporan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar negaranya bersabit isu Anwar.

Pengerusinya Michael Danby memaklumkan parlimen bahawa pihak tertentu dalam Umno sekali lagi di dapati memperalatkan sistem perundangan Malaysia untuk membunuh karier politik Anwar.

Danby memberitahu parlimen bahawa pengamal demokrasi di sekitar rantau ini terkejut dengan apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.

Ahli politik veteran mengenai hal ehwal Asia ini berkata untuk kali kedua, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan merekacipta bukti termasuk memalsukan dokumen manakala saksi dipaksa untuk memberi keterangan bagi mensabitkan Anwar.

Beliau berkata perbicaraan konspirasi kedua adalah mirip perbicaraan pertama yang dilalui oleh Anwar pada tahun 1999.

Menurut beliau kedua-dua siri perbicaraan berkenaan mencemar usaha Malaysia mencanang diri sebagai pendokong prinsip-prinsip demokrasi.

Danby menegaskan bahawa semua pihak di Malaysia dan pengamal undang-undang antarabangsa yakin Anwar tidak bersalah atas semua tuduhan ini.

Danby berkata pertuduhan fitnah liwat terhadap Anwar diulang kerana beliau adalah satu-satunya ahli politik berbangsa Melayu dalam pembangkang yang berupaya menggugat kedudukan Umno.

Dalam pada itu akhbar The Australian berpendapat perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia kini hanya menyerlahkan hakikat bahawa Umno perlu berundur setelah memegang kuasa lebih daripada lima dekad.

Di bawah Umno, Malaysia sudah pun jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang dahulunya lebih mundur daripadanya, menurut The Australian dengan merujuk kepada Indonesia sebagai contoh.

Untuk perbandingan, pertumbuhan ekonomi Indonesia mengatasi Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut, termasuk tahun ini.

Contohnya ketika ekonomi Malaysia mengucup negatif 2.8 peratus tahun lalu, Indonesia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah lama UMNO perintah malaysia, masih anggap rakyat bodoh macam tahun 60an

Tanpa Nama berkata...

bukan berundur, sepatutnya dibubarkan...

Tanpa Nama berkata...

UMNO tu makin memperbodohkan pengikutnya! Ciss!!!

Unknown berkata...

Sampai bila kita nak dijajah oleh orang kulit putih? Kalau orang kapir kulit putih ni bercakap hangpa semua percaya sahaja.

hussin berkata...

(1) ada melayu yang telan bulat2
apa yang melayu umno cakap. sanggup membiarkan diri dijajah oleh melayu umno tak jadi hal, ok.

(2) ada pemimpin parti yang memperjuangkan islam boleh terima apa yang melayu umno buat. sanggup menjadi alat untuk memastikan melayu umno terus menjajah, ada betul ke? orang kapir kulit putih boleh nampak dengan apa yantg berlaku, yang islam kulit langsat pejam celik, pejam celik.

(3) sekarang sudah merasakan diri terpinggir dalam keadaan diri dirasakan hebat, pelikkan? terpinggir atau meminggir? kalau kuat macam mana boleh 'terasa' terpinggir? meminggir menjurus kepada nak tinggal kawan (pakatan rakyat). kalau tak ada 'kawan' baru (oeroaduang) takkan nak pinggir kawan lama?

wallahu'alam

muktamarpas2011.wordpress.com