5 Jan 2010

Alhamdulillah, PAS Sokong Penggunaan Kalimat Allah

Gerakan Islam terbesar tanahair, Parti Islam Se-Malaysia hari ini menyatakan sokongan kepada penggunaan Allah oleh masyarakat Kristian Katolik.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dibacakan Ketua Penerangan Idris Ahmad lewat jam 11.45 malam tadi, Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata sokongan ini konsisten dengan prinsip Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan ini dicapai Lajnah Politik Pas selepas bermesyuarat hampir tiga jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur.

Biro pimpinan terkanan Pas menegaskan bahawa penggunaan nama Allah oleh penganut-penganut agama samawi - Islam, Krsitian dan Yahudi - boleh diterima.

Pendirian ini konsisten dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh Islam tanahair sebelum ini.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dinobatkan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.

Dalam nada tegas, Pas memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menyalahguna nama Allah demi politik atau untuk mengelirukan masyarakat.

"PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat,"

Kes 'Allah' ini menguja kembali sejarah konflik antara masyarakat majmuk di negara ini, yang pernah terjerumus dalam rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969.

Sebuah kumpulan pro-Melayu, Pribumi Perkasa, merancang untuk menganjurkan tunjuk perasaan pada Jumaat depan di masjid-masjid utama negara sebagai tanda bantahan.
Kerajaan Pusat turut berikrar untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh warta katolik, The Herald, minggu lalu.

Pas, selaku gerakan Islam terbesar negara, melalui presidennya Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa ia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghasut atau mengambil tindakan provokasi yang boleh membawa kepada ketegangan agama. -TVS


KENYATAAN MEDIA

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.


PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

"Allah For All * Islam For All"

"Islam Adil Untuk Semua"



Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan...


Ulasan GB

Alhamdulillah, akhirnya PAS mengambil pendirian yang betul dan tepat sepertimana yang dihujjahkan oleh GB sebelum ini bahawa "berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini."

Ulasan GB mengenai isu ini boleh dibaca di SINI, di SINI dan di SINI.

Sekalipun pada malam tadi GB tertanya-tanya mengenai kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS yang "mengkafirkan" mereka yang menyokong penggunaan Allah di kalangan non-Muslim dan kenyataan itu digunakan oleh sesetengah pihak untuk menghentam GB sepuasnya, namun apabila ianya diselesaikan dan dimuafakati oleh pimpinan jemaah, jelas penghukuman itu salah dan tidak wajar.

GB ingin menekankan semula, sepatutnya tiada mana-mana pimpinan pun mengeluarkan kenyataan sebelum adanya pertemuan dan perbincangan oleh pimpinan dan kenyataan-kenyataan seperti kenyataan Ustaz Nasharuddin, Ustaz Idris sendiri, kenyataan Tuan Ibrahim sehingga memberi amaran kepada Ahli Parlimen Shah Alam untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang kononnya bertentangan dengan dasar parti dan kenyataan Datuk Dr Haron Din sehingga mengkafirkan orang yang menyokong penggunaan kalimah Allah s.w.t.


“Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus”. Ali-Imran : 51


21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nama Allah dah terima, bila lagi nak terima kerasulan nabi Muhammad s.a.w?

Tanpa Nama berkata...

keputusan awal TGNA dan GB adalah tepat, bagaimana pula UMNO yang menolak hukum allah??

hussin berkata...

alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

yang best tu GB, perkataan di bawah kenyataan media:

"Allah For All * Islam For All"

Tanpa Nama berkata...

maaf GB anda silap sekali lagi, nasihat saya baca dan amat-amati kenyataan PAS yg sebenar. Kenyataan PAS sama dengan kenyataan TGNA yg saya cuba terangkan kepada awak semalam. PAS tidak menyatakan sedikit pun perkataan sokong, PAS hanya menyatakan kedudukan asal hukum dlm Islam. Saling tak tumpah seperti kenyataan TGNA

Unknown berkata...

anon 8.51

anda masih nak mengelirukan orang lain. Kenyataan media PAS itu terang, jelas dan nyata.

diperkuatkan dengan motto di bawah kenyataan itu

"Allah For All * Islam For All"

Tanpa Nama berkata...

anda yg keliru GB lihat kenyataan ini
Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

itu menunjukkan benda yg harus diambil kira tentang penggunaan nya.. Jelasnya PAS hanya menyatakan pendirian dari segi hukum asal dlm Islam, pengunaan dlm keadaan di Malaysia dan keadaan setempat perlu kepada pembincangan yg lebih terperinci

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

itu hukum asal, sama juga dgn kenyataan TGNA. sebab itu PAS & TGNA sedia untuk menghadari dan membincangkan masalah ini dgn lebih mendalam lagi, lihat saja kenyataan TGNA yg sedia untuk menghadari apa2 pembincangan yg akan diadakan.

saya rasa moto Allah for All Islam for All bermaksud lain dari yg anda faham.

tiada pun dlm statment PAS menyatakan sokong ianya digunakan oleh Akhbar mingguan tersebut.

Namun bergitu saya tidak kata kenyataan PAS itu salah, itu adalah kenyataan yg paling tepat dlm isu ini.

Unknown berkata...

anon 9.28

katalah apa pun, GB keliru ker, GB kafir ker macam yang dinyatakan oleh Harun Din, GB tak ikut jemaah ker.

Yang nyata kebenaran itu telah terpapar. Bahawa penggunaaan kalimah itu dibenarkan oleh Islam. Ia diakui oleh PAS. Bererti PAS sokong sesuatu yang Islam benarkan. Bererti juga PAS sokong penggunaan kalimah Allah.

Itu ilmu mantiq. Tak kan tak reti lagi.

ayat ini pula ditujukan kpd anda:

Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini

Tanpa Nama berkata...

kenapa pulok sampai kapir2.. hukum islam kita tak boleh rela org kata kita gitu, sama hukumnya kita redha, tanya lah ustaz2. dan saya pun tak kata awak sesat, atau kapir, kenapa perlu emosi bila berbincang.

Saya juga tidak kata penggunaan LAFZUL JALALAH itu tidak dibenarkan oleh org bukan Islam. Ke ada ayat saya bergitu? Kalau ada saya mengaku tersilap taip. Tapi klu ada tunjuk. kemudian bila masa pulok saya melakukan tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini

Saya cuma mitak awak berhati2 untuk memahami kenyataan akhbar PAS agar awak tidak tersalah tafsir.

Tidak sedikit pun PAS menyatakan setuju LAFZUL JALALAH digunakan dlm akhbar mingguan Herald itu dan tidak juga membangkang, malah tidak disentuh pun ttg penggunaan oleh akhbar itu dlm kenyataannya.

Maknanya masalah ini memerlukan banyak lagi pembincangan dan penelitian dan kajian dari berbagai sudut sebelum hukum dikeluarkan berdasarkan keadaan setempat dan semasa.

itu je saya cuba jelaskan, tapi kenapa emosi tak tentu pasal... klu rasa tak boleh terima pandangan, nyatakan saya stop, no prob.

hussin berkata...

persoalan pokok adalah 'adakah penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan islam, boleh atau tidak? jawabnya jelas, "bukan islam boleh guna perkataan 'Allah'" - pas.

tgna pun kata gitu, dr asri pun kata gitu, nasarudin tantawi pun kata gitu.

yang menjadi polemik kini ialah 'kebimbangan' yang menyusuri penggunaan kalimah 'Allah'. itu konsensus.

nak harapkan umno, memang tak boleh. 52 tahun umno berkuasa islam makin tercabar. mereka marah dengan keputusan mahkamah kerana membenarkan bukan islam menggunakan kalimah 'Allah'. Allah tidak pernah melarang, siapa pula kita yang gila meraban nak melarangnya?

ini memerlukan kebijaksanaan pas, keberanian pas, komitmen pas, untuk memastikan islam tidak terpinggir dan dipinggir. dengan pas beriltizam manggantikan umno sesuai dengan 'dasar pas islam'. "melayu-islam" bukan terasnya.

wallahulah

Org Kampung berkata...

Cuba selami hati keluarga mereka yang telah dimurtadkan.... apa yang korang boleh buat?

Tanpa Nama berkata...

anon 10.10

terpulang kpd awak nak kata apa pun
PAS dah buat keputusan, tak puas hati pergi berarak ke pejabat agung PAS.

emosi? anda yg emosional.

tersalah tafsir? kat mana?

saya kata PAS menyokong penggunaan kalimah Allah? Kena belajar lebih sedikit bab cakap ajuk dan cakap pindah.

Fahami slogan / motto "Allah For All" bererti PAS berteuju/menyokong penggunaan Allah untuk semua.

Unknown berkata...

orang kampung
"Cuba selami hati keluarga mereka yang telah dimurtadkan.... apa yang korang boleh buat?"

keluarga yg murtad salah siapa?

Hadith Nabi menyatakan yang mafhumnya "ibu bapa yang meyahudikan, menasranikan dan memajusikan anak-anak".

Tanpa Nama berkata...

awok lah emosi GB, yg sebut kapir2 tu sapa? GB ke saya.. UMNO2 pulak ni kenapa? lari dari topik.. guane gitu..

emosi ke org yg mtk awok berhati2 agar awak tidak tersalah tafsir. Sepertimana awak salah memahami kenyataan TGNA.

So maknanya sekarang PAS setuju ke penggunaan LAFZUL JALALAH yg akan digunakan dlm akhbar mingguan kristian? maknanya org kristian boleh tulis tiga tuhan itu satu jua ialah ALLAH, bla.. bla.. Gitu? Atau PAS hanya menyatakan tidak salah org bukan Islam menggunakan kalimah Allah secara umum? Tidak specifit kepada akhbar tersebut?

Unknown berkata...

yg sebut kafir tu kumpulan kamu lah, bapak kepada UG, Timbalan Mursyidul AM, Datuk Dr Hatun Din, senggup mengkafir sesama ahli.

sekarang bila PAS dah buat keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah, kita nak juga dengar komen kamu-kamu semua terhdp kenyataan Datuk Dr. harun Din tersebut.

Saya tersalah tafsir? atau kamu yang membelit?

TGNA jelas menyatakan bahawa penggunaan Allah itu tidak salah CUMA jangan ia disalahgunakan.

Apabila PAS telah mengizinkan secara umum ia termasuklah pengizinan kepada Majalah Kristian, Herald tersebut. Yang perlu ialah kawalan agar ianya tidak disalahgunakan untuk mengelirukan orang lain.

Lafaz Jalalah Alif Lam Lam Ha milik Allah, bukan milik kamu yang pandai-pandai nak mengurungkannya hanya untuk kelompok tertentu, apa tah lagi untuk kelompok Melayu UG.

Kalau lah keputusan PAS malam tadi tidak membenarkan penggunaan perkataan itu, agaknya penuh dah TKO dengan artikel membelasah mereka yang tak sehaluan.

Tanpa Nama berkata...

golongan Melayu UG masih tak berpuashati lah GB.

dia orang mana leh tengok janda mereka UMNO tu bersedih, mereka pun sedih sama.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Greenboc,

Saya tergolong dalam kumpulan orang2 yang sederhana ilmu agamanya. Jadi saya tidak tahu sangat hendak berhujah untuk menyebelahi mana2 pihak dalam isu ni. Setiap kali timbul apa2 isu, memang akan ada yang menyokong dan ada yang menentang, ini perkara biasa.

Tapi, saya sangat berminat untuk mendapatkan penjelasan saudara tentang isu bahawa Dato' Dr. Harun Din adalah penyokong kuat UG. Adakah ini sahih...? Saya merupakan individu yang sering mendengar kuliah beliau selama ini dan hingga setakat ini, saya masih belum pernah mendengar di dalam kuliahnya sebarang kenyataan yang menyokong UG.

Oleh itu, saya amat berharap agar saudara Greenboc dapat bagi sedikit penjelasan. Jika perkara ini benar, agak malanglah kerana ia berlaku kepada tokoh agama yang amat disayangi di Malaysia ni. Tapi jika perkara ini tak benar, Allah akan tentukan balasan yang sewajarnya untuk individu yang memulakan dan menyebarkan tuduhan serupa ini.

Moga Allah selamatkan Islam di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

yg sebut kafir tu kumpulan kamu lah, bapak kepada UG, Timbalan Mursyidul AM, Datuk Dr Hatun Din, senggup mengkafir sesama ahli.

hahaha nampak sangat tak boleh org kritik.. maaf lah, ada ke Harun Din mengkapir kan sapa? Ada dia sebut siapa? Jangan tuduh melulu, nanti terbalik ke diri sendiri mintak2 jauh.. dia hujjah dgn ilmu yg dia ada pulok tu masalah ni menjadi masalah kilaf, bukan soreh ada dalil yg membolehkan. Dok apa ah takdir kata dia salah dia dapat satu pahala klu betul dia dapat dua pahala. Tadok pun dosa, yg dosanya ko yg menghina dia, sedangkan dia lebih ilmunya dari ko.

kenapa pulak ug jadi kumpulan aku? hahaha nampak sangat guna nafsu. alih2 je sebut -:) org nok jadi daie dok leh nok guna nafsu, dan hina2 org lebih2 lagi org yg ada ilmu lebih daripada kita.

aku cuma nok ajor mu bila quote pendapat org kita kena fahami keseluruhan perkataan org, klu doh org akan hujjah kita, aku ajar ni sbb ko tu ngaku PAS, aku dok tahu ye ke dok (dua warga negara pun aku dok tahu) klu umno mapus gi ah, aku malas nok tegor.

Uslub kita org Islam nok ambik dalil dari kitab ke dari perkataan ulama ke, dok leh ambik sekerat2. Jenis wak ambik sekerat2 tu UMNO je di malaysia ni, klu ko nok ikut perangai dia.. apa boleh buat.

tak pernah aku kata org bukan Islam dok leh guna nama ALLAH, cina2 kat kampung aku biasa je sebut insyALLAH.. insyALLAH, biasa ah. Apa salahnya.. ko baca komen aku dari atas sampai bawah, ada ke aku bangkang kenyataan PAS? malah aku kata itulah kenyataan terbaik.

tak pe ah ko jenis tak boleh nak berhujjah.. aku silap org, peluru ko dah tabur merata2, TKO lah, UG lah Harun Din lah (yg ko hina dgn Hantu Din), nampaknya ko yg belasah org yg tak sehaluan.

hey tak tahu lah komen ni ko terima ke tak nanti, takut2 jadi cam komen semalam je, sesat tengah jalan

Unknown berkata...

orang yg menganal Allah dia kenal juga "ghairullah", insyaAllah.

iswara berkata...

Salam GB & slmt ptg.
terang lagi bersuluh INILAH angkara kesilapan penguasa menguasai ISLAM seluruhnya.Mengapa & kenapa perkara ini berlaku dan terus-terusan berlaku.Umno juga pernah mengHINA Hukum ALLAH serta Undang-Undangnya dan KENAPA hakim bukan Islam yg putuskan kes ini ,kan hakim2 yg Islam tu ramai.Yg Pasti sang penguasa cuba membina semula pengaruhnya yg telah teruk tercalar demi visinya utk terus berkuasa memerintah.MUNGKIN ini disengajakan oleh sang penguasa utk menguji akan pengaruhnya samada ianya teratas @ tercorot.

Harris berkata...

Dahlah tuu..Toksah gaduh2 lagi.Kan kepimpinan tertinggi pas dah wat keputusan yang bgtu jelas sekali.Luruskan saf mari kite tentang musuh kite yg sbenar2nye yg slama ni dok perosakkn malaysia tanahair tercinta ni.Kejadian ni bpunca dari pemerintah la yg dah 52 tahun memerintah.