5 Jan 2010

Isu Kufur Kerana Sokong Guna Kalimah Allah, Harun Din Patut Letak Jawatan

Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din - yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah 'Allah' boleh membawa kepada kekufuran - dipertikaikan.

Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.

"Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?

"Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?" kata bekas mufti Perlis.

Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.

“Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.


Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.

Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity). - malaysiakini

Ulasan GB

Saya baru mengulas mengenainya sewaktu memaparkan kenyataan media PAS mengenai isu pembenaran kalimat Allah. GB menyatakan:

"Sekalipun pada malam tadi GB tertanya-tanya mengenai kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS yang "mengkafirkan" mereka yang menyokong penggunaan Allah di kalangan non-Muslim dan kenyataan itu digunakan oleh sesetengah pihak untuk menghentam GB sepuasnya, namun apabila ianya diselesaikan dan dimuafakati oleh pimpinan jemaah, jelas penghukuman itu salah dan tidak wajar."

Jelas sikap Datuk Haron Din TIDAK SESUAI samaskali untuk beliau memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am. Kita bermohon agar Allah menyelamatkan parti/jemaah kita dari dipimpin oleh orang sebegini.

Beliau perlu meletakkan jawatan.

Malah:

"GB ingin menekankan semula, sepatutnya tiada mana-mana pimpinan pun mengeluarkan kenyataan sebelum adanya pertemuan dan perbincangan oleh pimpinan dan kenyataan-kenyataan seperti kenyataan Ustaz Nasharuddin, Ustaz Idris sendiri, kenyataan Tuan Ibrahim sehingga memberi amaran kepada Ahli Parlimen Shah Alam untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang kononnya bertentangan dengan dasar parti dan kenyataan Datuk Dr Haron Din sehingga mengkafirkan orang yang menyokong penggunaan kalimah Allah s.w.t."

Pada hemat GB, demi keutuhan parti dan jemaah, mereka itu (Ust Nasharuddin, Ust Idris dan Tn Ibrahim) perlu meletakkan jawatannya juga kerana telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memperoak-perandakan jemaah sebelum ini yang mana ia juga bertentangan dengan aspirasi munaqasyah yang meminta pemimpin-pemimpin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah diantara satu sama lain akibat tidak dapat mengelak diri dari teruja dengan mikrofon media.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum GB,
saye salah seorang dr peminat setia GB. Saya nampak ulasan Dr Haron Din dalam isu ni x jelas dan x menyeluruh. Harap GB tunggu lagi ulasan Dr Haron sebelum GB buat tuntutan drastik utk Dr Haron Din meletak jawatan. Harap GB berhati dengan menjadikan ulasan DR MAZA sebagai penguat hujah.Sejak kebelakangan ini, selepas diangkut menjadi 'juara' oleh PAS, UMNO dan NGO, saye dapati ada juga pandangan2 'tajdid' beliau yg x kena pada tempatnya. Harap GB muhasabah la byk2.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong GB sepenuhnya kerana pemimpin2 kanan parti yang disebutkan GB tu ada sindrom - sindrom mikrofon. nak cari glamour.

greenboc berkata...

anon 4.21

w'salam

Saya tidak kata saya menggunakan hujjah MAZA, tetapi bagaimana hujjah seorang ahli majlis syura PAS, Ustadz Ahmad Awang yang berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.

“Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.

Tanpa Nama berkata...

tidak salah pandangan Us Haron Din sekiranya dinilai dari pandangan TGNA iaitu nama allah yang disalahgunakan, akan menjadi kufur.

Tanpa Nama berkata...

keristian percaya kepada allah tetapi tak sepenuhnya, jika percaya, mereka akan terima kerasulan nabi muhammad s.a.w

Tanpa Nama berkata...

orang islam pun sekiranya menyalahgunakan nama allah akan menjadi kufur, seperti menyamakan allah dengan makhluk.

Tanpa Nama berkata...

anon 4.56

yg bnyak gunakan nama Allah tu biasanya bomoh-bomoh dan pengamal perubatan tradisional.

guna nama Allah dan ayat2Nya dibuatkan tangkal dan azimat macam GB kata.

baru skrg saya faham siapa yg GB maksudkan bila dia mula buka kisah itu... lambat sikit pick-up saya ni... huhu

FaridShah berkata...

Bagaimana pula kalau lawan Hukum Allah?
Jika orang melayu menolak syariat Islam, menentang hukum, undang2 ketetapan Allah, menolak serta menyindir Hudud..bagaimana pula ?

Jumayatara berkata...

Tahniah GB

Tuntutan supaya Dr Harun Din untuk letak jawatan agak keterlaluan, mungkin dia tersilap. Kita tunggu aje apa reaksi beliau samada mengaku akan kesilapan dan patuh dengan keputusan majlis tertinggi atau belia mempertahankan ego beliau atau belia akan memutar belitkan isu ni....sama-sama kita tunggu dan lihat peribadi Dr Harun Din.

Sebal berkata...

Salam, gue sokong pandangan PAS PUSAT and Dato Haron,,,semua betul ..yang MAZA tu..gue ingat mau cari publisity aje...

aljo berkata...

Bagi saya hujah Dr Mahathir ni ada kebenarannya, hujah TGNA ada kebenarannya, hujah Dr Haron Din ada kebenarannya, begitu juga hujah Khalid Samad, masing-masing ada hujah yang bernas serta boleh dipertimbangkan.

Saya cuma risau jika dibiarkan kegunaan nama Allah ini oleh agama kristian akan menjadi satu daya tarikan kepada orang Islam untuk menjadi kristian kerana bertuhankan Allah yang dianggap sama.

Cadangan saya ialah orang-orang yang berilmu perlu duduk berbincang tentang baik buruknya berkenaan dengan isu ini tanpa perlu berdemo tunjuk perasaan secara emosional.

Dan inilah masanya TGHH, Nasharudin Mat Isa, Hasan Ali serta Geng Perpaduang yang lain untuk membuktikan keilmuan mereka. Tapi janganlah berbisik-bisik dalam gelap.

Invite semua pakar-pakar agama termasuk di dalam PKR, UMNO, PAS atau mana-mana parti yang berkaitan. Jadi tidaklah akan timbul fitnah.

Marzuki berkata...

salam!
jelasnya jemaah PAS sekarang telah terperangkap dalam kandang yang dicipta oleh UMNO, cadangan yang dikemukakan oleh GB pada saya amat keterlaluan, adakah cadangan itu dapat menyelesaikan semua permasalahan yang dihadapi oleh PAS atau sebaliknya lebih menghancur PAS. asal tak sependapat je letak jawatan, tak sependapat je letak jawatan. ingatlah...semua kepimpinan PAS tidak lepas dari melakukan kesilapan (bukan maksum)

PAS4ALL berkata...

Haron Din menuduh org kufur tu tak keterlaluan ker?

Saya sokong kenyataan Ust Ahmad Awang: "Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat."

satu lagi pemimpin2 pas macam nasya, deris ahmad, tn ibrahim ... mereka bermunaqasyah, merekalah juga yg tidak mematuhi ketetapan munaqasyah...

Tanpa Nama berkata...

salam..SABAR GB!!SAYA RASA GB PN TAHU USTAZ HARUN DIN ADALAH ILMUAN ISLAM..MANA MUNGKIN BELIAU TIDAK TAHU DLM AL-QURAN SENDIRI TELAH MENYATAKAN PENGANUT AGAMA LAIN MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH..MUNGKIN ADA YG X KENA DGN PETIKAN KATA2 BELIAU DLM BERITA..ALMAKLUM WARTAWAN PUN BKN FHM SGT ISU NI..ANDAI BELIAU SILAP SEKALIPUN,TIDAKKAH BELIAU JUGA BUKAN MAKSUM??SO, DESAKAN LETAK JAWATAN TU RASANYA X BERAPA KENA PADA TEMPATNYA KALI NI..ANDAI SEMUA YG SILAP LETAK JAWATAN RASANYA XKN ADA LG ULAMAK DLM PAS..MOGA2 NIAT GB HANYA UTK MENYEGARKAN BLOG DGN TAJUK PANAS INI..WALLAHUA'LAM

weber berkata...

bagus la gini.. lagi banyak isu seperti ni lagi bagus..
lagi ramai ulama kuar PAS..