23 Dis 2009

Ahli PAS Perlu Wala Kepada Siapa?

Di dalam Seminar Memperkasa PAS yang di adakan beberapa bulan lalu, ada ditimbulkan persoalan siapa yang lebih tinggi di dalam hirarki parti, diantara Mursyidul Am PAS atau Presiden parti kerana ia boleh mengelirukan ahli-ahli PAS, yang mana mahu diikuti, yang mana hendak diserahkan apa yang dikatakan "wala'".

GB tertunggu-tunggu penjelasan mana-mana pimpinan. Tetapi sehingga kini ianya tidak diberikan kupasan dan ulasan, sehingga perselisihan semakin tajam menyentuh pesoalan berkenaan.

Di sini izinkan GB salin dan tampal kembali komen dan komenbalas GB dengan seorang pengunjung blog ini menggunakan nickname "wirautama" yang mana di dalam perbincangan itu ada juga sedikit menyentuh soal wala' kepada kepimpinan yang banyak diperkatakan kini.

Ia perlu diberikan pencerahan untuk membetulkan mana yang tidak betul, meluruskan yang kusut serta menjernihkan yang keruh supaya kebenaran dan keadilan itu diletakkan di tempatnya yang lebih abadi. Yang perlu jelas ialah : wala adalah perlu kepada kedua-dua pemimpin ini tetapi wala yang utama, atau priroti wala kepada siapa. Itu pokoknya.

(Mana-mana ayat atau perkataan yang tidak menyentuh pokok perbincangan ditinggalkan)

Ia bermula dari satu komen dari wirautama terhadap satu tulisan saya bertajuk: "Betulkah PAS Tak Memusuhi UMNO?".

Mula.
wirautama said...
Aku pun hairan, kenapa pada hari TGNA berkata bahawa Najib sebagai Pemimpin Islam yg Berani tidak GB komen? Sekiranya selalu menerima pendapat TGNA apa salahnya TGAH dan Nasa berada dlm satu majlis dengan Pemimpin Islam yg Berani?

Kenapa tidak bersangka baik kenapa TGAH dan Nasa hadir pada majlis itu, yg sebelum ini mereka tidak pernah hadir? Adakah GB tidak mahu berfikir sapa yg dirai oleh TGAH dan Nasa pada majlis itu? Tak mahu berfikir kah bahawa Yusof Qardawi yg menerima anugerah tersebut itu siapa pada TGAH dan Nasa (walaupun mungkin bagi GB ialah org biasa, sama cam org UMNO jugak)?

Kemudian dlm masa yg sama GB tidak mahu org mengata GB sebagai berniat jahat? So sapa yg mengelirukan ummah, GB atau pemimpin? GB menghukum TGAH dan Nasa sebagai pemimpin yg mengelirukan ummah hanya kerana laporan akhbar Sinar Harian (baca Hairan) tetapi tidak menghukum pemimpin yg mengelirukan ummah pada TGNA?

Tidakkah berburuk sangka itu sebahagian dari dosa?


Anonymous said...
apa ler komen wirautama mcm tu?

TGNA sebut Najib berani... berani tak semestinya benar. Memang beranilah Najib pergi ke selatan Thailand sebab masa itu letupan bom pun sambut Najib. Tetapi ia tidak memberikan gambaran Najib itu pemimpin Islam yang memegang kepada kebenaran dan keadilan seperti yang dikehendaki oleh Islam.

Dan kenyataan TGNA lansung tak mengelirukan.

Tetapi kenyataan TGHH sungguh mengelirukan, PAS tak memusuhi UMNO.

Jadi selama ini yang TGHH asyik berceramah menentang UMNO, malah pada satu waktu dahulu mengkafir dan mentaghutkan UMNO tu apa?

Yang tu JELAS mengelirukan.

Tentang gambar duduk di majlis Maal Hijrah tu, saya tengok GB tak der pun komen apa-apa, malah tak kata salah pun, cuma puak pengampu ni jer yang terasa pedih mata sebab dipapar "kebenaran" yang TGHH dan Nasha bersama di pentas VIP apabila gambar itu dijadikan hiasan di satu artikel bi blog GB ni.

oh Tuhan....



wirautama said...
sebenarnya dua2 peristiwa itu tidak mengelirukan, yg mengelirukan adalah GB kerana nak jadi check and balance (konongnye) tapi selected, TGAH sahaja, UMNO tetap musuh, kenapa dlm mjlis itu tidak mahu melihat bagaimana seorg murid merai kan gurunya dgn hadir dlm majlis yg mana gurunya di raikan..

kenapa kita rasa terlebih baik sangka kepada alat2 musuh sedangkan sangat buruk sangka dengan pemimpin yg dipilih oleh jemaah, yg mana wakil2 jemaah yg mengundi bukan org yg bodoh2. Kita lupa tradisi kita, pemimpin juga guru kita, bagaimana ada berguru? adakah setiap yg ditimbulkan alat musuh dijadikan modal menghentam guru2 kita.

Bergitu juga dlm isu kenyataan TGAH mengenai penasihat2 TGNA, diolah seolah2 TGAH mempelekehkan TGNA, sedangkan yg dikata TGAH yg sebenarnya berlaku, TGNA kemudian membuat kenyataan yg sama mengenai itu, tapi tidak kedenaran suara2 meminta maaf atau menbetul balik apa yg difitnahkan. Sumber mereka sekali lagi alat2 musuh, Tapi bergitu lah sikap org yg bukan nak mencari kebenaran tapi hanya nama, malu nok mengaku salah.


greenboc said...

meraikan guru? tak perlulah sampai keluarkan kenyataan-kenyataan kata "kita tak memusuhi UMNO" walhal para blogger terlebih2 lagi blogger penyokong TGHH sekarang ini yang hentam UMNO. Kan nanti org kata depan lain belakang lain?

Buruk sangka kepada pemimpin yang dipilih oleh jemaah? itu semasa muktamar. Sehari sebelum muktamar 2 pemimpin ini menutup kes UG untuk dptkan sokongan perwakilan. Sejam selepas kemenangan, alih-alih kenyataan UG keluar semula.

Isu penasihat TGNA. Nik Aziz benar, penasihatnya pun benar. TGNA tak buat kesilapan di dalam perlantikan Ariffahmi, dan penasihatnya pun benar kerana tidak ada apa yang silap. Yang kata salah dan silap ialah UMNO dan ... (fill in the blank)


wirautama said...

mmg kita menentang UMNO, tapi bukan diri UMNO, yg kita tentang ialah apa yg dibawa oleh pemimpin UMNO yg terpesong dari Islam, tiada dlm pelembagaan UMNO itu ugama suku politik suku, tapi Pemimpin UMNO yg membawa idealogi bergitu yg kita tentang, apa2 yg dibuat oleh kerajaan BN yg tidak bercanggah dgn Islam kita sokong.

Sungguh.. lihatlah dgn penuh tanggungjawab apa yg kita nok kata mengenai satu2 isu.. kenapa kita perlu beri wala bilamana pimpinan memutuskan utk berkersama dgn DAP sedangkan karpal sing dgn jelas berkata langkah mayat dia dulu klu nak melaksanakan hukum Islam, adakah pimpinan ketia itu berbincang dgn DAP dlm 'terang', sudah tentu tidak, tapi hanya keputusan diumumkan. kita terima kerana kita percaya mereka membuat keputusan dgn penuh tanggungjawab terhadap Islam dgn ilmu yg mereka ada, bergitu juga dgn Anuar Ibrahim, bila masa Anuar Ibrahim menarik balik kata2 beliau yg menghentam dan menyesatkat kan PAS semasa dlm kerajaan? Tapi bila diumunkan pimpinan kita terima, ada mereka berbincang dgn ahli untuk bergabung? tidak.. tapi kita terima.. itulah sikoh kita pada pemimpin.

Dlm isu kerajaan pepaduan.. pernahkah GB mendengar penjelasan drpd TGAH apa maksud beliau mengenai kerajaan pepaduan? Secara peribadi saya tidak menyokong mana2 gabungan pun, tapi apabila mendengar sendiri penjelasan TGAH dlm ceramah beliau di Teganu maka saya faham apa yg beliau maksudkan dan alhamduliLLAH saya menerimanya.. tapi yg jelas bukan bergabung dgn UMNO.

mengenai isu penasihat TGNA, tak pernah saya kata TGNA silap, penasihatnya juga tidak silap, cuma kurang cermat dlm memberi nasihat antara yg baik dan yg terbaik. yg terbaik itu yg sebenar dlm isu ini. TGAH tidak mengata mereka salah tapi mereka tidak memberi nasihat yg sebenar apa implikasi keatas kerajaan negeri, diri TGNA dan PAS dgn pelantikan itu. itu saja sebenarnya sekiranya kita mahu melihat dgn ikhlas tanpa ada rasa syak wasangka.

tuhan saja Maha Mengetahui.



December 23, 2009 10:32 AM

greenboc said...

Soal wala tidak timbul kerana kefahaman wala itu sndiri yang perlu dipertingkatkan di kalangan ahli.

Soal Karpal Singh dan Anwar Ibrahim : Orang yang telah melakukan kesalahan dan kemudian akhirnya mengakui kesalahannya dan bersedia untuk bersama dengan kita semula (atau disebaliknya kita ingin bersama dengan mereka semula) sepertimana yang diputuskan oleh pimpinan kita akur dan terima. Bukan sahaja "kerana kita percaya mereka membuat keputusan dgn penuh tanggungjawab terhadap Islam dgn ilmu yg mereka ada" tetapi meletakkan "maslahah", iaitu kepentingan umum. Kaedah usul-fiqh "Ditanggung kemudharatan khas untuk menolak kemudharatan am" terpakai dalam hal ini.

Soal Kerajaan Perpaduan. TGHH telah mengutarakan idea dan gagasan itu selepas isu muzakharah PAS-UMNO terbongkar. Idea UG mungkin baik, tetapi ia menyentuh "dasar PAS". Sesuatu yang menyentuh dasar, perlukan pengesahan "Majlis Syurah Ulamak". Mengikut penjelasan Ust Abd Halim Abd Rahman, gagasan itu tidak pernah dibawa ke Majlis Syura Ulamak, oleh itu, ianya dianggap tidak perlu dipanjangkan atau dibincangkan. Hasilnya UG ditutup walaupun Presiden yang mengutarakannya.

Jawatan "Presiden" adalah jawatan tertinggi di dalam parti jika kita melihat PAS di dalam konteks organisasi sekular. Jawatannya dipilih secara demokrasi. Di dalam sistem khalifah Islam yang ditunjukkan di dalam khalafau Ar-Rasydin, tidak digunakan konsep demokrasi itu. Ia ditetapkan oleh syura.

PAS sebagai sebuah jemaah Islam perlu akur bahawa Perlembagaan PAS telah meletakkan Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am, sebagai badan tertinggi parti. Oleh itu Jawatankuasa Pusat PAS perlu akur dengan kedudukan mereka bahawa di dalam konteks PAS sebagai organisasi politik sekular yang duduk dibawah Pendaftar Pertubuhan, mereka adalah badan tertinggi, tetapi di dalam konteks PAS sebagai jemaah Islam, mereka perlu akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama yang menetapkan dan menerima Mursyidul Am PAS sebagai pemimpin tertinggi.


Menyentuh soal "penasihat TGNA, tak pernah saya kata TGNA silap, penasihatnya juga tidak silap, cuma kurang cermat dlm memberi nasihat antara yg baik dan yg terbaik.". Kalau dapat saya katakan ia "fitnah yang benar" tetapi tidak perlu disebarkan kepada orangramai kerana ia mengundang perpecahan. TGHH sendiri faham mengenai ucapannya. TGHH perlu adil untuk membuat perkara yang beliau sendiri telah tetapkan prinsipnya.

Allah Maha Mengetahui - dan Allah memberikan kurniaan apa-apa ilmu pengetahuan kepada sesiapa yang Dia kehendakinya.

wassalam.

December 23, 2009 1:00 PM


wirautama said...
maaf saya tidak pernah mendengar samada Anuar Ibrahim ataupun Karpal Singh mengaku kesilapannya. Pernahkah dlm mana2 ceramah Anuar Ibrahim beliau mengakui kesilapan beliau terhadap PAS semasa dlm kerajaan dahulu dan pernah kah Karpal Sing memohon maaf kepada Umat Islam ttg kenyataan beliau itu? entahlah saya tak pernah jumpa.. namun bergitu saya percaya keputusan pimpinan adalah suatu yg terbaik bila telah diputuskan.

Entahlah.. apa yg saya dengar sendiri dari TGHA tidak sedikit pun Kerajaan Perpaduan itu menyetuh dasar PAS, dan tidak sedikit pun menyetuh pengabungan antara PAS dan UMNO. Dan saya tidak arif ttg muzakharah PAS-UMNO, sekiranya ada maka baguslah. Dan apabila Ust Abd Halim Abd Rahman menegaskan ianya tidak perlu dipanjangkan, tetapi mengapa diungkitkan lagi? Jawatankuasa disiplin sekarang telah dibentuk dan org yg berkaitan telah/akan dipanggil. Apalagi yg kita mahu? Atau kita pun tidak mempercayai jawatankuasa tersebut. Yg kemudiannya bagi saya tak perlu saya sentuh mengenai peranan presiden dan majlis syura.

mana yg lebih besar mengundang perpecahan antara tulisan saudara yg menghentam presiden anda sendiri didunia cyber dengan kenyataan TGAH yg ditanya wartawan kemudian beliau membela TGNA sebagai seorg yg jujur kemudian meletakan sedikit beban kesilapan itu kepada penasihat beliau (yg aku percaya kebanyakanya adalah pegawai kerajaan termasuk dgn LA yg berkhidmat dgn kerajaan negeri).

Ginilah.. klu ikhlas nak cari kebenaran.. saya mintak print dan bawak semua artikal saudara dan rakan2 sewaktu dgn saudara kemudian bawa berjumpa dgn Mursyidul Am PAS tanya pendapat Tuan Guru setujukah dia dgn tindakan ini.. cuba lihat apa pendapat beliau.. adakah dia akan mengatakan ini lah yg mengukuhkan parti.. try ah tanya.. apa salahnya klu nak kebenaran. kemudian kita nilai sendiri siapa yg lebih adil dlm kenyataannya.


December 23, 2009 1:51 PM
greenboc said...

1) maaf saya tidak pernah mendengar samada Anuar Ibrahim ataupun Karpal Singh mengaku kesilapannya.

Anwar mengakui kesilapannya malah menubuhkan Keadilan dan melawan UMNO yang pernah disertainya. Anwar kini menjadi Ketua Umum PKR serta menjadi penggerak utama Pakatan Rakyat.

Karpal Singh pernah mengakui setelah ditemui pemimpin-pemimpin DAP untuk tidak menggunakan media sebagai saluran berbeza pendapat. Hasilnya berlakulah pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PR untuk "iron out all kinks" yang ada dalam isu yang dibangkitkan. Sehinggalah di Konvensyen yang lalu, dunia menyaksikan Karpal duduk diantara TGNA dan TGHH.

So apa masalah awak bangkitkan hal tersebut?

2) "tidak sedikit pun Kerajaan Perpaduan itu menyentuh dasar PAS"

Membentuk sebuah "Kerajaan" tak menyentuh dasar?

Itu ilmu politik darjah berapa?

3)"Dan apabila Ust Abd Halim Abd Rahman menegaskan ianya tidak perlu dipanjangkan, tetapi mengapa diungkitkan lagi?"

Tak siapa yang ungkit, tetapi peranan dan tindakan pendokong dan penyokong mereka mendedahkan missi Kerajaan Perpaduan masih ada.

4) "Jawatankuasa disiplin sekarang telah dibentuk dan org yg berkaitan telah/akan dipanggil. Apalagi yg kita mahu? Atau kita pun tidak mempercayai jawatankuasa tersebut."

Boleh baca entri terbaru saya di blog ini

5) "mana yg lebih besar mengundang perpecahan antara tulisan saudara yg menghentam presiden anda sendiri didunia cyber dengan kenyataan TGAH yg ditanya wartawan kemudian beliau membela TGNA sebagai seorg yg jujur kemudian meletakan sedikit beban kesilapan itu kepada penasihat beliau"

Sdra memesongkan intipati perbincangan. Saya merujuk kepada jawapan TGHH yang disiarkan di dalam Sinar Harian mengenai PAS tidak memusuhi UMNO yang menjadi tajuk kepada seluruh artikel ini.

Walau apapun saya, bersedia menjawab. Jujurkan jawapan TGHH apabila beliau memuji TGNA sebagai seorg yg jujur dalamasa yang sama meletakan sedikit beban kesilapan itu kepada penasihat Ni Aziz yang kemudiannya saya menyatakan bahawa yang kenyataan dua baris itulah yang diperbesarkan oleh media tempatan?
Jika TGHH jujur, sudah tentu beliau membuat kenyataan yang menyokong kenyataan Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa TGNA boleh dijadirkan Ketua Umum Pakatan Rakyat. Tetapi apa kenyataan TGHH? Terserahkalah kepada pimpinan PR yang lain!



6. "saya mintak print dan bawak semua artikal saudara dan rakan2 sewaktu dgn saudara kemudian bawa berjumpa dgn Mursyidul Am PAS tanya pendapat Tuan Guru setujukah dia dgn tindakan ini.. cuba lihat apa pendapat beliau.."

Saya adalah blogger, TGNA adalah blogger. Malah beliau pun tidak pernah menyekat anaknya Nik Abduh dan Nik Amalina menulis sebagai blogger sekalipun tulisan kedua-dua anaknya itu menjejaskan reputasi beliau dan parti.

Saya yakin saya benar. Dan TGNA sebagai blogger pasti termaklum kebebasan ahli-ahli untuk menulis sepertimana diberikan kebebasan kepada anakandanya itu.

Tetapi hairan, semua pemimpin tertinggi parti-parti politik di dalam negara ini ada blog. Saya mencari dan ingin sekali membaca blog TGHH dan Ust Nasha tetapi tidak ada. Mungkin lebih afdhal sdra membantu mereka berdua.

TAMBAHANHarakahdaily melaporkan, sedangkan TGHH turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini. Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju 99% apa yg GB tulis, mudah faham dan jelas maksudnya untuk huaikan kekusutan parti.

aljo berkata...

Dah puas bersangka baik dengan TGHH tapi setiap hari ada saja statement yang meragukan.

Kalau dah gian sangat dengan microphone aku cadangkan bukak serban tu, masuk karaoke yang bersepah kat Malaysia ni.

Melalaklah sampai puas. Kalau nak glamor lagi boleh jemput wartawan sekali.

Susah sangat ke korang nak faham apa yang kami nak?

sb dehlawi berkata...

SB Dehlawi kata,
Salam Pakatan Rakyat kepada wira utama. Apa maksud sebenar wirautama menyuruh GB komen TGNA. Adakah wirautama anggap kata-kata nik Aziz yang memuji Najib kesannya sama dengan kata2 hj Hadi di mana kedua-duanya berminat dengan UG?. Saya kata, wirautama perlu belajar psikologi politik dahulu sebelum mengulas agar pandangan kita bertepatan dengan lojik akal. Tindakan TGNA memuji Najib tidak menimbulkan pemberontakan minda di kalangan ahli Pas kerana ia tidak kena mengena dengan Isu yang menjadi kemarahan semua ahli iaitu UG. Sebaliknya, Kenyataan hj hadi yang mengatakan pas tidak bermusuh dengan umno memberi perspektif negatif di kalangan ahli kerana isu itu masih lagi belum dimuktamadkan secara sah melalui tindakan. Kalau arahan menutup mulut seperti dakwaan stopa ali, tidak memberi kesan diingini. Malah orang yang dituduh masih lagi belum dibicara (Hasan ali), dengar-dengar timbul kenyataan seperti itu. Jadi secara automatik, minda ahli pasti mengganggap kenyataan hadi mempunyai maksud negatif.

SB Dehlawi kata, isu sebenar diutarakan GB, bukan untuk menghukum hj hadi tetapi menegur agar tidak cuba melakukan bias-bias ke arah matlamat UG.

SB berkata lagi, Sebagai pemimpin politik, seorang mesti pakar dalam merancang perjalanan parti supaya tiba ke matlamat dengan sempurna dan pada masa sama, dia juga mesti bijak membaca strategi parti lawan yang sentiasa mencari ruang memecahbelahkan kestabilan jemaah. Dalam negara kita banyak pertubuhan yang berkaitan orang ramai adalah menjadi agen BN. Dalam isu kenyataan hj hadi, tindakan presiden Pas mengulas pertanyaan wartawan adalah satu kesilapan. Kalau betul-betul hj hadi mahu isu UG ditutup, mana-mana kenyataan yang berbaur perpaduan dengan Umno/BN perlu dielak. Dalam hal ini, haji hadi secara sedar atau pun tidak telah terperangkap dalam jerat agen umno, sekalipun niatnya benar-benar-benar mahukan UG atau sebaliknya.

hussin berkata...

saya percaya ia lebih dari microphone. sudah tentu sesuatu yang bernilai, lebih bernilai dari microphone. kebarangkalian setiap kali dicapai microphone ada ganjarannya. itu pun bersyarat. justeru kita tidak terlepas dari kenyataan2 yang mengelirukan tetapi yang diharapkan oleh "bukan musuh".

itu hanya pemerhatian serta pembacaan saya dari siri2 ucapan hadi. tidak perlulah bagi kita sibuk mempersoalkan pasal anwar atau karpal. yang pentingnya hadi. orang nak sokong pas tidak melihat kepada anwar atau karpal tetapi mereka melihat kepada hadi.

wallahu'alam

wirautama berkata...

itula silapnya GB patut klu nok suruh org baca komen saya letak lah semua komen saya biar akhirnya org tahu semua komen saya.. kan ada lagi tu..

bukan niat saya suruh komen TGNA, mintak jauh, niat saya ialah semua yg dikomen adalah drpd benda yg dok soheh, hanya dari rasa tidak yakin dgn niat kenyataan dibuat, tidak percaya pemimpin kemudian menghentam habis habisan dlm dunia cyber, persoalannya adakah itu memberi implikasi yg terbaik.

saya tidak timbulkan wala mana yg lebih utama antara TGNA atau TGHH, cuma saya memberi contoh ucapan2 yg mengelirukan org ramai, tetapi tidak pada saya, samada ucapan TGNA ataupun TGHH. Yg kena hanya TGHH seorang, patutnya dua2 tak kena hentam oleh ahli sendiri.

contoh saya beri itu hanya menunjukkan sikoh kita pada pimpinan dlm membuat keputusan walaupun tidak bersetuju dihati kita pada awalnya tetapi kerana ianya keputusan pimpinan maka kita percaya itu keputusan terbaik daripada org yg lebih ilmu nya dari kita. Tidak lah kita yg tak setuju dari awal itu membuka blog macam GB menghentam didunia cyber, yg sudah barang tentu boleh dibaca semua lapisan msyarakat. wajar kah itu.. itu persoalan saya.. dok tahu lah kemana pulok GB nok pesongkan apa yg saya cuba utarakan.. baca lah semua komen saya itu..

persoalan saya wajarkah memaki hamun pemimpin sendiri pada umum jadi sama naik dengan musuh? tiadakah ruang dlm PAS untuk ahli bermuzakarah bersama pemimpin membincangkan pembezaan pendapat?

Unknown berkata...

Sila perhatikan pukul berapa saya siarkan posting ini dan pukul berapa posting terakhir sdra.

Posting saya: December 23, 2009 10:32 AM

Posting sdra : December 23, 2009 11:09 PM

"cuma saya memberi contoh ucapan2 yg mengelirukan org ramai, tetapi tidak pada saya, samada ucapan TGNA ataupun TGHH. Yg kena hanya TGHH seorang, patutnya dua2 tak kena hentam oleh ahli sendiri. "

Bukan tugas kami para blogger untuk menghentam pimpinan. Kami hanya cuba menegur, tetapi ia disalahfahami oleh mereka yang taksub yang kemudiannya menyerang-balas hingga ke tahap menggunakan bahasa makian ke atas blogger yang tidak disenanginya.

Pergi ke TKO sendiri, disana anda akan dapati tulisan yang mencerca TGNA lebih banyak.

"Tidak lah kita yg tak setuju dari awal itu membuka blog macam GB menghentam didunia cyber, yg sudah barang tentu boleh dibaca semua lapisan msyarakat. wajar kah itu"

Menghentam? Itu istilah yang sdra gunakan. Bagi kami pimpinan itu wajar ditegur , edangkan imam solat boleh malah wajib ditegur bila melakukan kesalahan supaya solat itu sah dan diterima.

Inilah masalah apabila ada konsep wala membabi-buta. Sekalipun imam dah salah, si jahil dibelakangnya tak berkemampuan untuk menyebut "subhanallah". Akhirnya terimalah "fawailulil musallin"

"persoalan saya wajarkah memaki hamun pemimpin sendiri pada umum jadi sama naik dengan musuh?"

Buktikan saya ada memaki hamun mana-mana pimpinan. GB mungkin ada menggunakan perkataan yang keras dan tajam, tepai tidak sekali-kali mencaci, memaki atau mencarut seperti apa yang penyokong UG lakukan ke atas TGNA.

Tanpa Nama berkata...

pernah rasulullah SAW ditanya apabila baginda menetapkan supaya tentera islam berkhemah sebelum telaga pada perang badar, adakah ia satu wahyu atau ijtihad baginda. jawab baginda, ia adalah ijtihad sahaja. lalu sahabat tersebut mencadangkan supaya berkhemah selepas telaga dan menimbus telaga telaga yang lain.

wajhul isytisyhadnya adalah selagimana keputusan itu adalah ijtihad semata mata ia masih boleh dipersoalkan. POLITIK PERPADUAN adalah ijtihad TGAH dan kawan kawannya. Jadi, apa masalahnya kita tegur.

GB dan sahabat lain tegur. mula mula lembut, taknak dengar. jadi keraskan sikt nak tunjuk ketegasan. benda ni pun ada dalam agama. (takda maki hamun pun macam dalam tranungkite)

satu lagi Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat suka bermesyuarat dengan para sahabatnya. kerajaan perpaduan ni ada ke dimesyuaratkan????

Wira Utama....
Terimalah hakikat yang maksum hanyalah Allah dan rasulNya sahaja. Susah sangat ke nak faham??

Kat mana awak nak buang hadis "AdDin Nasihat" tu??

tarbiyah PAS yang kami dapat, membuatkan kami tegur pemimpin kami kalau di tersilap.

wirautama berkata...

GB kata "Bukan tugas kami para blogger untuk menghentam pimpinan. Kami hanya cuba menegur, tetapi ia disalahfahami oleh mereka yang taksub yang kemudiannya menyerang-balas hingga ke tahap menggunakan bahasa makian ke atas blogger yang tidak disenanginya."

cuba menegur tiada salahnya.. Islam itu nasihat, tapi sekiranya tidak mahu terlibat dgn makian pada pemimpin kenapa perlu letak link pada Perisik Rakyat, yg jelas menghentam, memaki malah pernah berani mengata soalah2 TGHH tidak takut pada dosa dan melanggar arahan tuhan. Saya tak tahu sapa cedok sapa, tapi nada ayat antara blog ini dgn tulisan TB hampir senada, malah ada antara blog itu yg mengaku ahli PAS tapi mengata pemimpin itu bodoh lah dengu lah.. dan macam2 lagi.. elok ke bergitu?

Saya jarang gok masuk TKO, tak bertemu lagi artikal yg mencerca THNA, mungkin tidak kebetulan, tapi klu dlm forum almaklum lah, macam2 org ada, UMNO ada PAS pun ada, tapi sekiranya ada tolong beri link pada saya, (sekiranya SP yg buat senang saya dok payah nok taip panjang2 gi tonyoh pala je.)

Saya tak pernah kata tidak boleh menegor pemimpin, tiada siapa pun saya dengar berkata bergitu, yg dikesal macam saya kata diatas lah.

dakwaan saudara mengatakan penyokong UG mencaci mencarut dan memaki TGNA, dimana? dan sapa penyokong UG? pernahkah mereka kata mereka menyokong UG (seperti UG yg saudara maksudkan) atau cuma anggapan sahaja apabila mereka cuba membela TGHH supaya tidak di caci maki, dan direndahkan peribadinya. lihat saja komen kedua diatas, GB tuan rumahnya, pernahkah GB menghalang org bergini drpd komen demikian rupa? malah klu tengok tempat lain lebih teruk dari itu pun ada... cara PAS ke bergitu? membawa kebaikan ke pada PAS dgn cara itu? atau GB tiada kuasa nok halang komen bergitu?

Unknown berkata...

"kenapa perlu letak link pada Perisik Rakyat,"

sebuah negara Islam tak usir atau bunuh orang kafir yang mendiami di negaranya.

Begitulah, blog. Kita tak buang link untuk tunduk dengan dasakan pihak yang berbalah dengan mereka.

"pernahkah GB menghalang org bergini drpd komen demikian rupa? malah klu tengok tempat lain lebih teruk dari itu pun ada... cara PAS ke bergitu? membawa kebaikan ke pada PAS dgn cara itu? atau GB tiada kuasa nok halang komen bergitu?"

Kebencian ahli PAS terhadap TGHH lantaran sikapnya sendiri yang mengundang sedemikian. Beliau patut bermuhasabah, dan kepada para penyokongnya pula ia hanya sekadar membawa ia rebah.

Kalau dulu Pak Lah di belasah orang (tak kira dari parti apa) perkara yang sama mungkin berlaku ke atas TGHH. Pak Lah akhirnya jatuh terkulai kerana tidak mendengari kritikan orang. Itu evolusi kepimpinan - setidak-tidaknya di dalam parameter demokrasi.

TGHH naik dengan pilihan ramai. Justeru itu beliau perlu akur dengan suara kritikan dari ahlinya sendiri. Jika tidak beliau akan diturunkan dengan sendirinya di dalam sistem yang telah menaikkan dirinya sebagai Presiden.

Berbanding dengan TG Nik Aziz, ia dinaikkan dengan sistem syura. Beliau tidak boleh digugat dengan suara ramai. Itu sebab mengapa apabila suara ramai (sekitar 100 orang UMNO) meminta beliau meletak jawatan, Allah membelanya dengan kebangkitan rakyat yang lebih ramai (puluhan ribu) menyokongnya yang bangun secara spontan tanpa arahan sesiapa.

"Baca"lah dan renungkanlah "kalam" Ilahi yang jelas itu.

wirautama berkata...

Anon December 24, 2009 1:28 AM ulas kenyataan saya seolah2 saya berkata TGHH itu maksum, sedangkan saya kata tak salah nasihat, nasihatlah islam itu kan nasihat, pah tu mengulas seolah2 saya pulak yg mempuak2 antara TGHH dgn TGNA dgn membawa haraiki dlm parti, tak pernah pun saya komen, tak berani saya menegor org alim (bukan maksud saya TGNA & TGHH ada buat silap) kalu pun ada silap biarlah org yg alim juga menegornya sekiranya saya tegor juga maka hujjah saya nanti hanya berpandukan nafsu dan rasa hati sedangkan org alim mengunakan ilmu mereka, adakah sama darjat saya dgn darjat org alim. sudah tentu tidak.. dan sekiranya berlaku nescaya tersungkur saya.. mintak tuhan jauhkan saya dari demikian itu..

komen akhir GB tu faham lah saya apa yg GB hendak. sekiranya berjaya saya rasa umno akan berterima kasih pada saudara.

lastly kenyataan GB "kenapa perlu letak link pada Perisik Rakyat,"

sebuah negara Islam tak usir atau bunuh orang kafir yang mendiami di negaranya.

Begitulah, blog. Kita tak buang link untuk tunduk dengan dasakan pihak yang berbalah dengan mereka"

kata saya
sekali lagi saudara GB silap dlm membuat kias.

saudara kata saudara tak pernah maki hamun pemimpin, tetapi membenarkan rumah saudara digunakan sebagai tempat org maki hamun pemimpin. samalah macam tuan rumah membenarkan org menggunakan rumahnya untuk mengupat, dia tidak mengupat. hukumnya sama macam org mengupat itu.

Unknown berkata...

InsyaAllah, maki hamun di dalam ruang komentar blog GB terkawal. Tidak keterlaluan, tidak banyak dan tidak sampai mendominasi blog. Itu pun tangjwb masing-masing dan "negligible".

Berbanding di TKO sendiri di mana webmasternya sendiri melulusterbitkan dengan begitu banyak sekali, malah adakalanya menyamar dan melakukan memberi komen berbentuk cacian, makian dan seumpamanya. Itu tak masuk ruangan forum yang dah tak ubah jadi pasar untuk memperdagangkan kata nista dan caci-cerca.

Saya tegaskan kamu tidak akan berjaya mempertahankan TGHH dan TGHH tidak akan berjaya menolak kritikan yang insyaAllah GB yakin

"al-haqqu ahaqqu 'ai yuttabaq"

Tanpa Nama berkata...

sudahlah wirautama, kami semua tengok hujjah anda seperti menegakkan benang basah jek

kami meluat dah dgn tulisan2 kump UG ni dan akhirnya mereka tak nak mengaku mereka UG sebab mereka tahu ahli2 pas majoritinya tak menyokong UG.

sampaikan GB atau mana-mana ahli PAS tak boleh tegur TGHH. Hanya orang alim saja boleh tegur. Siapa orang alim, bagitahu kami....

cukup bebal pendirian camtu.