11 Jul 2009

MANEK URAI : Rakyat Kelantan Bijak Berpolitik - Presiden PAS

Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa rakyat Kelantan merupakan rakyat yang pandai berpolitik berbanding rakyat di negeri lain.

Beliau menerangkan bahawa ajaran Islam yang diturunkan oleh Allah kepada nabi dan rasul bukanlah hanya beribadat kepada Allah semata-mata, tetapi juga memerintah negeri dengan mengikut syariat Islam.

Tambah beliau lagi, cara untuk menegakkan agama Allah adalah berjuang melalui parti Islam dan parti Islam di Malaysia adalah parti PAS .

"Mengapa kita (PAS) boleh memerintah Kelantan? Ini kerana rakyat di Kelantan sedar bahawa memilih PAS adalah satu kewajipan untuk mendirikan agama Allah", katanya.

PAS memerintah Kelantan dari tahun 1959 hingga 1978. Kemudian pada tahun 1990 PAS mengambil semula tampuk pemerintahan negeri Kelantan hingga sekarang.

Di Manek Urai, PAS memerintah sejak awal (1986) hingga kini melainkan pada tahun 2008 kalah ke tangan Barisan Nasional (BN). Ia membuktikan PAS di Kelantan boleh memenangi kerusi yang dipertandingkan tidak kira di bandar atau di kawasan pedalaman.

"Ianya membuktikan bahawa rakyat di Kelantan merupakan rakyat yang faham, bijak dan pandai berpolitik berbanding rakyat di negeri lain kerana mereka faham dengan perjuangan yang di bawah oleh PAS adalah menegakkan agama Allah dan inilah kelebihan rakyat di negeri Kelantan", ucap beliau dalam ceramahnya malam tadi di Chuchoh Puteri.

Beliau akhiri ceramah beliau dengan menegaskan bahawa memilih pemimpin dalam Islam adalah satu amanah yang sangat besar. Beliau berharap rakyat Manek Urai masih kekal menyokong calon PAS, Saudara Fauzi Abdullah yang merupakan seorang yang patuh dengan ajaran Allah dan juga seorang yang pemurah dan boleh dipercayai.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Trengganu & Kedah baik belajar dengan rakyat Kelantan.

Jangan jadi bodoh sombong..