11 Jul 2009

MANEK URAI : Perhimpunan Pemborong Dan Penjaja Ikan Kelantan

Satu perhimpunan telah di adakan di Pasar Laloh oleh Persatuan Pemborong dan Peniaga Ikan berikutan pihak Umno-BN telah memperlekehkan profesyen sebagai peniaga ikan.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dalam ceramah kempen pilihan rayanya sebelum ini telah memperlekehkan dan mempersendakan calon PAS, Saudara Fauzi Abdullah yang merupakan seorang peraih ikan.

Berikutan itu, ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga ikan dan perhimpunan diadakan selepas solat asar petang tadi. Satu perhimpunan pemborong dan penjaja ikan negeri kelantan turut sertai wakil dari negeri kedah, di Kg.Laloh PRK MURAI, mereka menyatakan bersyukur dan menyokong penuh kerana wakil mereka di pilih menjadi calon PAS PRK DUN Manek Urai, mereka juga terkilan dengan penghinaan olih TPM terhadap kerjaya mereka.

Mursyidul Am PAS, TGNA, Calon PAS, Hj Hussam, Dr Hatta, turut memberi ucapan dan sokongan kepada calon rakan mereka, ialah Zulkifli Bidin pengurusi peniaga dan penjaja ikan negeri kedah, Tarmizi salleh pengurusi pemborong dan penjaja ikan negeri kelantan. - foto : guanomanikurai












1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

09 July 2009
MANEK URAI PUNYA CERITA
Dua malam Mat merayau-merayau dalam kawasan pilihanraya kecil Manek Urai. Semalam Mat jumpa ceramah anjuran PAS, salah seorang penceramahnya ialah Lim Guan Eng. Masa tu Mat dalam motokar hendak ke Lalok.

Dalam perjalanan itu, kami tiga orang dalam kereta berbincang, apa tajuk Lim Guan Eng bercakap di sebuah peraempungan Melayu seperti itu. Mat sangat pelik, Lim Guan Eng dengan lantang bercakap dalam Dewan Rakyat, menolak undang-undang Islam, tiba-tiba parti yang kononnya kuat memperjuangkan Islam menjemput dia berceramah. Yang kami pasti, Lim Guan Eng akan menghentam para pemimpin UMNO, dan para pemuda PAS pula akan bertempik Allahhuakbar.

Inilah nilai politik Melayu sekarang, bila bukan Melayu hentam Melayu lain, ada orang Melayu akan bertepuk sorak kegembiraan, sedangkan berita yang di bawa belum tentu betul.

Di Manek Urai, Mat nampak isu besar tidak ada. Isu kelayakan calun PAS banyak diperkatakan, tetapi bukan ceramah umum BN. Penceramah BN dinasihatkan supaya jangan memperlekehkan kelayakan calun PAS. Mat menemui ramai orang, Mat tanya, “calun PAS macam mana”. Depa jawab, “ macam mana nak jadi Tok Wakil (YB), tulis pun tak tahu.

Isu-isu lain adalah seperti biasa, umpamanya, undi PAS masuk syurga, tengok muka Tok Guru pun dapat pahala, orang UMNO semua rasuah, kalau BN amal Islam, jenayah akan turun, tuntutan royalti minyak. Pokoknya kempen di Manek Urai tidak panas.

Sementara di pihak BN, fokus mereka ialah perpaduan Islam. Mengapa PAS menolak cadangan perpaduan yang wajib dalam Islam, mengapa dengan DAP boleh pakat, dengan UMNO tak boleh, BN juga bangkitkan fatwa-fatwa Tok Guru yang bercanggah dengan Islam seperti, Tuhan samseng, Dengan Syaitan pun kita boleh minta tolong, boleh telanjang dalam rumah, beza pendapat Tok Guru dengan Taib Azamuddin mengenai penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam dan Anwar sebagai pengkhianat bangsa.

Suasana agak seronok, tidak ada ketegangan macam pilihanraya kecil kawasan Mat di Pendang tahun 2002 dulu. Macam nak perang. Nampaknya orang kita dah bertambah matang berpolitik. Tak payah bergaduh pasai tempat tampal poster, menghina dan mengejek antara satu sama lain. PAS nampaknya dalam keadaan bertahan menjawab serangan penceramah-perceramah UMNO.

Kita lihatlah kesudahannya.