11 Jul 2009

MANEK URAI : Ustaz Nasharuddin Tampil Juga Sekalipun Uzur

Tiada isu halangan untuk Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa turun berkempen di Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, ujar Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media petang tadi.

"Tiada makluman apa-apa untuk menghalang Ustaz Nasharudin datang ke sini(Manek Urai)," ujarnya pada sidang media petang ini.

Sejurus kemudian, Nasharudin menjelaskan bahawa sekiranya beliau terkesan dengan segala khabar angin yang sengaja dibuat media bagi memecah belahkan kesepaduan dalam PAS.

"Jika sekiranya saya kecil hati, ada silap faham sudah tentu saya tidak datang," katanya.

Nasharudin menceritakan bahawa beliau menjalani pembedahan minor akibat masalah usus pada Khamis lalu, mengakibatkan pergerakan beliau menjadi terbatas atas nasihat doktornya.

Beliau yang pulang pada petang tadi sempat menyertai beberapa program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang hari bermula daripada Solat Dhuha Perdana di Masjid Sungai Perial pagi tadi.

Sejak kebelakangan ini, Timbalan Presiden PAS itu menjadi isu selepas berlaku propaganda yang cuba dimainkan pihak media arus perdana bagi menggambarkan kononnya terdapat masalah dalam kepimpinan tertinggi PAS khususnya apabila isu kerajaan perpaduan dimainkan.

Walau bagaimanapun kemunculan beliau pada hari ini menjawab segala persoalan tersebut sekaligus menafikan desas-desus bahawa masalah tersebut masih belum selesai. -prkn41



Tiada ulasan: