2 Jul 2009

Dosa Apa Bangunan Itu Dirobohkan?

Apakah hujah yang digunakan bagi menjustifikasikan perobohan bangunan penyembelihan babi di Mergong Kedah?

Belum ada di dalam sejarah Islam, sebuah kerajaan Islam merobohkan bangunan-bangunan semata-mata beralasankan dengan politik perkauman sempit kecuali apa yang dilakukan di negeri Kedah.

Seandainya bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan, pihak yang melakukan aktiviti berkenaan TELAH PUN menghentikan mereka sejak 26 Jun lalu. Justeru itu dosa apa sehingga bangunan itu pula menjadi mangsa perobohan sedangkan ianya boleh dimenafaatkan untuk tujuan-tujuan yang lain?

Seperti yang kami katakan bangunan itu tidak sepatutnya dirobohkan. Ia telah memberhentikan kegiatan menyembelih sejak seminggu yang lalu, maka kewajaran merobohkan bangunan tersebut oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) adalah sesuatu yang tidak menasabah dan tidak Islamik dipandang dari sudut apa sekalipun.

Bangunan itu sendiri tidak mendatangkan apa-apa kemudharatan dan merobohkannya adalah sikap terburu-buru meniru sikap kerajaan UMNO BN yang melakukan perobohan bangunan di dalam tragedi Berembang dan Bujal.

Bangunan yang kosong itu boleh dimenafaatkan untuk tujuan kebaikan apabila ianya dibersihkan dan diubahsuai dan tidak perlu memusnahkan satu bangunan yang tentunya memerlukan kos lain untuk dibina semula apa juga bangunan lain di atasnya. Satu pembaziran yang sangat tidak digalakkan di dalam ugama kecuali sewaktu itu sudah ada perancangan untuk projek lain ang lebih mendatangkan menafaatnya kepada rakyat.

Apakah bangunan yang tegak berdiri itu mencemarkan pandangan Mergong setelah masalah aktiviti penyembelihan itu yang dikatakan mencemarkan bau dan kesihatan telah pun diberhentikan?

Sejarah Kaabah sendiri yang telah dicemari dengan beratus-ratus patung berhala yang diperbuat daripada ukiran batu dan kayu, yang memenuhi di dalam dan di luar Kaabah selain yang boleh didapati disetiap rumah masyarakat Arab Jahiliah pada masa itu tidak dirobohkan oleh Nabi-nabi sebelum Rasulullah s.a.w.

Bagaimana dalam keadaan ‘sekotor’ seperti itu membolehkan Nabi Muhammad mampu untuk menerima Kaabah sebagai tempat ibadah.

Dan baginda dalam usaha untuk mengumpulkan kekuatan iman, sekental moyangnya, Nabi Ibrahim yang mampu memusnahkan kesemua berhala-berhala itu seorang diri di depan Namrud yang berkuasa tidak pula meruntuhkan Kaabah semata-mata di atas alasan ianya mencemarkan bukan sahaja pandangan malah aqidah orang pada masa itu.

Di New York sebuah kelompok Muslim telah membeli sebuah bekas gereja katolik 'Queen of Peace' berikut biara dan sekolahnya, di jalan Genesee di kawasan Buffalo pinggiran kota New York AS dan berencana untuk menggunakan kompleks bekas gereja tersebut menjadi pusat komuniti Muslim dan masjid.

Gereja tersebut dirubah menjadi masjid dan dinamakan masjid Jami', yang artinya tempat untuk berkumpul bersama, kata Dr Hatim Hamad yang menjadi pimpinan kelompok orang tua Islam, serta yang mendanai pembelian masjid tersebut.

Masjid Jami' itu difokuskan pada pembinaan anak-anak dan kegiatan-kegiatan ke Islaman serta menawarkan berbagai program kegiatan untuk pemuda.

Justeru itu, dosa apa bangunan itu perlu sangat untuk dirobohkan?

Kita berharap ia tidak akan mendatangkan natijah yang serupa akibat tindak-tanduk yang serupa supaya nanti jangan ditempelak orang PAS dan UMNO 2 x 5.

24 ulasan:

abukhuzaifah berkata...

lor..apa kebendenya ang merapu nih!!!

Tanpa Nama berkata...

abukhuzaifah said...
lor..apa kebendenya ang merapu nih!!!

Kalau kamu tak der hujjah tak payah ler bagi komen.

abuseman berkata...

Isu ini mungkin kecil dan boleh diselesaikan oleh pimpinan PR tetapi tindakan kerajaan Kedah itu masih boleh dipertikaikan berdasarkan persoalan yang dikemukan oleh penulis blog ini.

Apakah kewajaran yang sebenar tindakan merobohkan bangunan berkenaan setelah ianya memberhentikan aktiviti berkenaan?

Tindakan kerajaan Kedah amat tidak logik dan tidak bersandarkan kepada apa-apa hujah yang konkrit selain dari menampakkan "malay chauvinisme".

Tanpa Nama berkata...

kalau rasa nak hidup tanpa undang2, sila duk dalam hutan.. bagi betis nak peha, bg peha nak punggung..

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...

kalau rasa nak hidup tanpa undang2, sila duk dalam hutan.. bagi betis nak peha, bg peha nak punggung..

******************

PAS sendiri banyak yg x ikut undang2, sila duduk dalam hutan.. bagi betis nak peha, bg peha nak punggung..

Tanpa Nama berkata...

Bangang punya penulis blog,..Apa yang kau perjuangkan ni? Kau tau tak tempat tu haram, senang cakap setinggan, dah tak berpenghuni.. roboh je lah.. tulah taksub sgt ngan Dog And Pig tu..

+++++

cuba bagi hujjah yang ilmiah sedikit spt penulis blog ini.

hujjah kamu menampakkan kamu yg bangang sebenarnya.

nampak sgt kamu yg beremosi dan taksub.

ibnu jahr berkata...

Saya bersetuju dengan GB.
Jika beginilah sikap Kerajaan PR Kedah tak mustahil ia akan tumbang di dalam PRU akan datang.

Saya kesal dan fed-up dengan keangkuhan pemimpin2 PAS Kedah terutama MB semasa tonton TV tadi. Kesombongan seorang yg dah menang... "DAP nak keluar, keluarlah.." katanya.

Ingatlah, Bukit Selambau dimenangi tempohari apabila permuafakatan PR kuat. Jika berlakulah byk PRK di Kedah waktu ini, bungkus kerajaan PR Kedah.

DAP mungkin cuma ada satu kerusi, tetapi bangsa Cina dan India di dalam PKR juga terasa hati dengan kebongkakan MB Kedah itu.

Tanpa Nama berkata...

bangunan tu atas tanah kepunyaan siapa? bangunan tiada dosa, tapi tuan punya bangunan macam mana? macam babi tiada dosa, tapi orang yang makan babi?

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...

bangunan tu atas tanah kepunyaan siapa? bangunan tiada dosa, tapi tuan punya bangunan macam mana? macam babi tiada dosa, tapi orang yang makan babi?
**********

Maka dendanya kepada orang2nya bukan kepada bangunannya.

kenapa bebal sgt?

Tanpa Nama berkata...

BANGANG PUNYA PENULIS BLOG. APE PUNYA BRANG YG DIA CAKAP NI. MEEAPU TAK ABIS2. POKOKNYA "UNDANG2" BANGANG! DIA NI TAK IKUT UNDANG2 DH 30 TAHUN DAH. ORG KELILING DH TAK TAHAN. MINTAK PENULIS BLOG YG "AMAT PRIHATIN" KAT PENTERNAK BABI NI PEGI BERMASTAUTIN KAT SITU. TAK TAU JUGAK TAK TAU NAK CAKAPLAH APA PUNYA BANGANG PUNYA MAKHLUK PENULIS BLOG NI. HUJAH! HUJAH APA! HAPRAK PUNYA THREAD.

rakyatceria berkata...

Bila masa pulak datang hukum mengharamkan merobohkan apa-apa bangunan yang tidak sesuai, yg buruk, yang kotor... Nak roboh robohlah. Taknak roboh sukahatilah. Setaiap bangunan yang kotor haram merobohkannya? Hukum baru ker nih?

++++++++++

Org tu dah berhenti menjalankan kegiatan peneymbelihan babi di situ, nak apa lagi? tak puas hati apa lagi? sampai bangunan mereka pun nak dirobohkan!

Nasihatlah mereka untuk gunakan bangunan itu untuk tujuan lain. tak boleh ker?

kenapa nak uwjudkan sentiment perkauman macam UMNO BN?

Tanpa Nama berkata...

rakyatceria said...

Bila masa pulak datang hukum mengharamkan merobohkan apa-apa bangunan yang tidak sesuai, yg buruk, yang kotor... Nak roboh robohlah. Taknak roboh sukahatilah. Setaiap bangunan yang kotor haram merobohkannya? Hukum baru ker nih?
***********
Tak pernah baca hadith ker?

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Sesiapa yang menzalimi seorang kafir yang telah berada di bawah kerajaan Islam, atau mengurangi haknya atau memaksanya melakukan sesuatu yang diluar kekuasaannya atau mengambil sesuatu yang menjadi miliknya tanpa kerelaannya, maka aku adalah penentangnya di hari kiamat."

ibnusabil berkata...

Yang nyata, orang bukan Islam dah nampak kerajaan pas kedah ini ultra malay yang begitu perkauman.

Jangan harap mereka undi lagi pas di dalam pilihanraya akan datang.

menangis tak berlagu nanti. roda berputar, bila pas angkuh setelah menang, Allah akan kalahkan semual sebagai pengajaran.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...

BANGANG PUNYA PENULIS BLOG. APE PUNYA BRANG YG DIA CAKAP NI. MEEAPU TAK ABIS2. POKOKNYA "UNDANG2" BANGANG! DIA NI TAK IKUT UNDANG2 DH 30 TAHUN DAH. ORG KELILING DH TAK TAHAN. MINTAK PENULIS BLOG YG "AMAT PRIHATIN" KAT PENTERNAK BABI NI PEGI BERMASTAUTIN KAT SITU. TAK TAU JUGAK TAK TAU NAK CAKAPLAH APA PUNYA BANGANG PUNYA MAKHLUK PENULIS BLOG NI. HUJAH! HUJAH APA! HAPRAK PUNYA THREAD.

___________

Semasa UMNO BN robohkan suarau Bujal yang tak ikut undang2 tu dulu kenapa org PAS marah?

____________________

kandang babi tu rumah ibadat org cina ker?

qurtubyy berkata...

Anonymous said...
kandang babi tu rumah ibadat org cina ker?

masalahnya undang2 be. kandang babi ke surau ke...
tak ikut undang2 roboh.. adilkan?

apa pasal mahu bezakan undang2 pada bangunan yg berbeza?

Tanpa Nama berkata...

Kedah bebas babi, bebas DAP, hampa org kedah, nak tunggu apalagi? sampai bila nak jadi pencacai depa??

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
kandang babi tu rumah ibadat org cina ker?

masalahnya undang2 be. kandang babi ke surau ke...
tak ikut undang2 roboh.. adilkan?

apa pasal mahu bezakan undang2 pada bangunan yg berbeza?

++++++++++++++++

kalau bkn Islam, layak ckp mcm ni..
kalau org Islam.. amat malang la..

sb tu la PAS xunite dgn UMNO..
kalau PKR pn sama dgn UMNO, buang karan je.

qurtubyy berkata...

kalau bkn Islam, layak ckp mcm ni..
kalau org Islam.. amat malang la..

sb tu la PAS xunite dgn UMNO..
kalau PKR pn sama dgn UMNO, buang karan je.

***************

Dasar kejahilan sendiri terdedah
tak tahu yang Rasulullah dah berpesan supaya tidak disakiti hati org kafir sekalipun

jgn hanya pentingkan kaum sendiri.

Tanpa Nama berkata...

salam.

puak penokong UG mmg suka perkara ini terjadi...

tunggulah PRU13 nanti....kedah akan jatuh pada BN.

diwktu itu tiada guna lagi penyesalan...

berpolitik tapi bodoh dlm ilmu politik..

bodoh kerana semangat perkauman dan kerana tamakkn pangkat dan harta dunia...

terima kasih kerana berbohong pada pengundi....

Tanpa Nama berkata...

korang tu semua kena tipu dgn permainan politik umno bn.. unmo bn tu tak habis2 nak pecah belahkan PR.. macam2 modai lapok diaorang adakan..
isu mcm tu pun diaorg nak perbersarkan ape tujuan???.. umno bn ni ibarat mcm buaya menunggu kambing msk kolam je.. msk je dia ngap.. tak dpt byk? sikitpun jadilah... dpt kaki? kaki punkakilahhh...

Tanpa Nama berkata...

salam. kau org tau tak bangunan tu kat mana. kenapa nak dirobohkan... kawasan tu dalam kawasan pekan sehari hari jumaat. kena roboh sebab kawasan tu nanti nak dijadikan kawasan lapang tempat org berniaga, bukan salah bangunan tapi perancangannya nak dibuat tempat org berniga... sebelahnya dulu kawasan tempat parking lori sampah MBAS telah dipindah dan diturap sebab nak jadikan tempat berniaga pasar sehari dan pasar malam.. kalau tak tahu cerita jangan cerita tengok la dulu... kenapa bangunan kat stesen bas lama depan bank muamalat dorobohkan walhal masih elok sebab nak buat komplek yg lebih selesa.. lagipun bangunan tu dah uzur berbahaya kan elok doroboh dan diganti dengan baru....