2 Jul 2009

MANEK URAI : Isu Kedah - Proses Mematangkan PR dan Pengajaran Utk Kerajaan Kedah

Pakatan Rakyat hari ini mebatalkan perjumpaan kerana menganggap bahawa masaalah kecil berkaitan dengan pusat penyembelihan babi di Kedah akan di selesaikan dengan kebjaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan Pas Kedah.
Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan ia tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.
Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan."Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1 kerusi tu pun dh mcm nk rak. Biarlah dia keluar. Kita tak perlu dap, dap sebenarnya memerlukan kita. Mari kita tunggu dan lihat. Tahniah kpd MB Kedah. Jgn jd mcm MB umno. Tguk melaka apa jd. Sampai bila kita nk tunduk tguk hujung jari saja. Ini satu kemenangan moral kpd MB pas berbanding MB umno. Ini bukan soal rasist atau tidak. Kita bercakap hak asasi setiap penduduk disitu, tak kira bangsa dan agama. Dah berpuloh tahun nasib mereka tidak siapa yg hiraukan. Siapa yg suka kekotoran dan bau busuk ? Tak tau lah jika yg "kuat berkokok" tu suka agaknya. Satu lagi, apa hebat sangat pengusaha pusat sembelihan tu sampai kita heboh2. Mereka tu adalah kriminal. Org yg melanggar undang2 dan sepatutnya dihukum dgn berat, bukan dipertahankan. Bawa mengucap banyak2!!

remy berkata...

Anonymous said...
1 kerusi tu pun dh mcm nk rak. Biarlah dia keluar. Kita tak perlu dap, dap sebenarnya memerlukan kita. Mari kita tunggu dan lihat. Tahniah kpd MB Kedah. Jgn jd mcm MB umno. Tguk melaka apa jd. Sampai bila kita nk tunduk tguk hujung jari saja. Ini satu kemenangan moral kpd MB pas berbanding MB umno. Ini bukan soal rasist atau tidak. Kita bercakap hak asasi setiap penduduk disitu, tak kira bangsa dan agama. Dah berpuloh tahun nasib mereka tidak siapa yg hiraukan. Siapa yg suka kekotoran dan bau busuk ? Tak tau lah jika yg "kuat berkokok" tu suka agaknya. Satu lagi, apa hebat sangat pengusaha pusat sembelihan tu sampai kita heboh2. Mereka tu adalah kriminal. Org yg melanggar undang2 dan sepatutnya dihukum dgn berat, bukan dipertahankan. Bawa mengucap banyak2!!

****************

Jangan membawa semangat assabiyah UMNO ke sini.

Naruto Sensei berkata...

Salam

Sibuk kita di Kedah jangan kita lupa pula ye..

Apa khabar Babi di Melaka yang BN perintah ye..

Senyap je cerita lawat sini...

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/apa-khabar-babi-di-melaka.html

Naruto alu2 kan..

Tanpa Nama berkata...

isu pusat penyembelihan babi yg dah ditingalkan kat Kedah tu? PERSANAN SAYA RAKAN2 jangan t'pengaruh dgn propaganda UNMO BN.. nak pecah belahkan PR.. diaorang ada media.. ada wang.. ada kuasa.. diaorg boleh buat ape saje diorg suka.. tangkap org msk isa.. bunuh org kat mamali.. m'pinah org isu liwat ds anwar ibrahim.. beli 3adun kat perak sampai huru hara perak jadinya.. dan byk lagi la.. semua itu kerja biasa umno bn..
jadi kita sebagai rakyat yang cerdik jgn mudah p'caya dgn p'mainan mereka..

Kasturi berkata...

Bila sesuatu isu meletup, media disalahkan, dikata memperbesarkan isu. Itu adalah kaedah untuk mempertahankan diri dan redakan keadaan saja. Kalau memang benarpun apa masalahnya. Politik sememangnya kena sentiasa mempermainkan isu untuk mendorong dan mempengaruhi rakyat. DAP mainkan isu babi utk. test pengaruhnya kpd. kerajaan pas dalam pakatan. Kalau tak makan juga depa akan test yang lain pula! Pemimpin dap pun senyap saja, kalau orang pas, baru buka mulut nak muzakarah dgn. umno dah kena jerkah dengan nik aziz.

Tanpa Nama berkata...

Sabar jer lar.

Tok Pambu berkata...

PAS sudah buat satu kesalahan besar terhadap DAP khasnya kaum cina. Sepatutnya PAS kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu sebelum bertindak dengan perkara yang ada kaitan kaum cina.

Tindakan PAS membiarkan rumah potong babi itu dirobohkan sepatutnya tidak berlaku. PAS sepatutnya tahu membalas budi kerana kaum cina lah yang banyak menolong PAS. YB MB PAS sudah lepas tangan dan berdaleh memberi alasan yang tidak logik langsung.

PAS jangan anggap sudah kuat berkuasa dan boleh buat apa yang dia suka sesuka hati nya. PAS kena ingat, kekuatan PAS cuma bergantung kepada kaum cina dan india sahaja. Jika PAS gagal menurut kehendak kami, kami akan berhenti menyokong PAS.

Tanpa Nama berkata...

slm nalapambu..cuba dgr betul kenyataan mb kedah..bukan tutup terus cari tempat yg lebih sesuai...bergantunglah pada kau org lah k pasal babi pun mauk gaduh...kan x cerdik...p\org melayu dah byk berkorban..tkanlah benda macma ni pun mau gaduh..kan cari tapak baru itu kenyataan MB..u buleh fahamkah