2 Jul 2009

chegubard Isytihar Batal Kerjasama Dengan Dewan Pemuda PAS

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian dalam isu memastikan kelansungan kekuatan Pakatan Rakyat.

Pimpinan DAP Pusat seharusnya mengambil tindakan terhadap pimpinan DAP Kedah yang terlibat membuat kenyataan terbuka di media tanpa perbincangan yang sempurna dalam Majlis Pakatan Rakyat. Semua tindakan yang melibatkan dasar harus dibuat diperingkat pusat.

Tindakan Ketua Pemuda PAS membuat pertemuan 'rasmi' dan 'terbuka' dengan Pemuda Umno dilihat sebagai usaha terkebelakang dalam memastikan kekuatan pakatan.

Nampaknya ada kalangan pimpinan PAS seolah tidak memahami isyarat keputusan Pilihanraya Umum lalu. Mereka juga terus menerus melakukan tindakan memberikan 'talian hayat' kepada Umno - Bn yang makin melemah.

Ini mungkin berlaku kerana banyak alasan, namun alasan - alasan tersebut ialah alasan dangkal yang ingin menghalalkan tindakan mereka semata - mata demi kepentingan kelompok tertentu sahaja.

Jika dakwaan ini salah sila jawab apa yang berlaku apabila rakyat menolak Bn di Selangor tetapi sebaliknya ada pimpinan PAS yang duduk berbincang dengan Bn dengan membawa kemungkinan membentuk kerajaan campuran PAS-Umno di Selangor, tetapi akhirnya gagal kerana dua - dua pihak berkeras hendak jadi Menteri Besar..... Sila jawab dakwaan terbuka Tuan Guru Ust. Hj Ahmad Awang yang menyatakan ada pimpinan PAS Pusat yang menghubungi beliau meminta pertimbangan semula agar diadakan pakatan Umno - Pas dalam membentuk kerajaan Perak.

che'GuBard dengan ini selaku anak muda yang bergelumang dengan aktivis 'bawahan' dan melihat derita rakyat dizalimi dan ditinds regim serta mepelajari sejarah bahawa regim ini pewaris penjajah negara, maka dengan ini mengecam tindakan Dewan Pemuda Pas yang masih terhegeh-hegeh memberikan talian hayat kepada Umno.

Selaku anak muda che'GuBard mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Demuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir.

Tindakan ini bukan mewakili parti tetapi mewakili kekecewaan aktivis 'bawahan' yang tidak diendahkan suara mereka. Apa yang kita dapat hari ini bukan atas kekuatan parti kita semata - mata tetapi atas penolakan kuat rakyat terhadap Bn dan harapan sedikit yang ada terhadap gabungan kita. Bila ada sikit kuasa kita lupa dan nak lebih dengan ajak entiti yang ditolak rakyat untuk duduk semeja.... percayalah teruskanlah perkara ini rakyat akan terus mencampak kita dalam longkang dalam PRU yang akan datang.....

Wahai Yb atau sesiapa yang mendapat apa juga tempat hasil PRU lepas, ketahuilah keputusan itu bukan dicipta begitu sahaja dalam sehari pada 8 Mac yang lepas ia merupakan hasil perjuangan panjang...... sanggupkah kita kianati semua sejarah perjuangan panjang tersebut. -chegubard

20 ulasan:

abukhuzaifah berkata...

dewan pemuda pas memalukan.tak pikir langsung pengorbanan rakyat dan parti pakatan lain.ikut suka hati ja nak buat apa pun.dan juga memalukan rasulullah.buang la serban tu kalau tindakan tidak bijak itu menyebabkan org pandang rendah pd islam!!!!

Tanpa Nama berkata...

Itu Pemuda PAS punya 'political strategy' la 'kunun'..strategi yang berpotensi memakan diri, atau backfire PAS balik! Baru padan muka nanti. Strategi yang tak seberapa cerdik. Maaf cakap!

Tak payah nak beritahulah "Islam tidak menutup pintu",orang kampung pun tahu. Kita terbuka untuk musyawarah, berbincang, berkerjasama ke arah kebaikan. Tapi yang dok gatal nak sua tengok tanpa dipelawa ni..aku rasa belum masanya.
The timing is not right. WE come if we are invited. But you go without being invited, it is uncalled for! Furthermore..it is against what we all decided at the last Muktamar in Ipoh. When we decide something (at the Muktamar, bahkan di tepi jalan atau di mesjid sekalipun) itu bermakna KITA TELAH BERJANJI (BERJANJI KOMITMEN KITA NAK KUKUHKAN PAKATAN RAKYAT). Bolehkah kita musnahkan janji ? Tolong jawa wahai pemuda yang belum dewasa !

Kalu kena bom kat TGNA sekali lagi baru reti!

KIta boleh terima, tadak masalah jika mana2 pihak ingin bermuzakarah, berbincang dengan syarat majoriti ahli parti dan kepimpinan setuju.
Ada tak persetujuan sebegitu ?

Karut. Ridiculous. Stupid politicians (of PAS).

lim berkata...

Memeningkan Kepala TGNA ,baru aja disekehnya Ust Nasha KINI ada lagi yg nak kena sekeh plak.Tindakan Cekgu Bad tu mmg bagus dan saya amat bersetuju benar.Dalam kita menghadapi PRK M.Urai tiba2 perbuatan yg akn menggoncangkan PR terjadi,nampak sangat Ketua Pemuda PAS ni nk main kayu tiga.Ingatlah kamu bahawa tindakan ini akn merencatkan perencanaan kita menuju Putra Jaya.Diharap ada lagi kumpulan yg Pro PAS ambil tindakan yg sama..

double event berkata...

aku hairan betul budak -budak yang mengetuai pas sekarang ni..tak paham-paham lagi ke amaran yg dah dikeluarkan oleh TGNA dan penyokong akar umbi pas..camana ketua pemuda pas ni boleh menang ye...meyampah aku tenguk barua ni...

Tanpa Nama berkata...

masa TGNA ajak umNO berdebat , chegubad xda pun nk boikot pas masa tu .. nape x boikot .. boikot la br org tau sapa chegubad.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
masa TGNA ajak umNO berdebat , chegubad xda pun nk boikot pas masa tu .. nape x boikot .. boikot la br org tau sapa chegubad.

*****************
Salah satu contoh species melayu totok yg hanya layak hidup bawah tempurung.

Nik Aziz ajak berdebat sebab dia dah dilanyak oleh UMNO yang buat laporan polis.

Yang Ketua Pemuda PAS sibuk2 panggil untuk wacana tu apa ke hal?

Tanpa Nama berkata...

mmg btl la aku sbgai org muda nmpk sgtla pemuda pas skarang x pndai la berpolitikla,x reti nk gunakan strategi politikla...x reti aku nk msk ngan pemuda pas nie,mcm anggp diri jer btl,cuba la berpolitik ikut suasana n zaman,x fhm aku susah btl diaorg nie nk dgr ckp org....

muslim berkata...

memang bebal tantawi ni...
siap pegi mengadap lagi tu... terang2 dengan alasan nak berdebat.... persilakan tantawi persilakan....

aku sokong tindakan ko tu... bukan apa, hanyalah supaya ko cepat ditendang dari jadi sampah dalam perjuangan ni... buat lagi tindakan2 lain.. yang boleh tanbah lagi kesampahan ko tu...

kalau ko x buat tindakan sperti itu, x der bukti ko ni memang dan sebenar2nya x layak jadi pemimpin... ko hanyalah layak jadi penceramah sbb ko dulu2 dah habiskan masa dok berlatih ceramah dalam bilik.. bukan aku x tau, kita pernah tidur sebantal

kalau ko ingat taklif yang diamanahkan ke atas bahu ko itu dengan berdebat, ko sememangnya dah tergelincir banyak....

ingatlah tantawi,
ko tu pemimpin pemuda, jadi perkasakan pemuda... perkasakan pemuda, mantapkan keimanan dan ilmu agama mereka, jangan dok fikir nak berharaki jer...

Khair berkata...

Betul ka maklumat yang kita baca dan dengar dari orang fasik? Cepatnya kita melatah. Kalau PR dah memerintah Malaysia nanti macam mana lah agaknya sikap chegubad waktu itu. Jangan-jangan tiap minggu ugut nak keluar PR pula. Jangan jadi penyebar fitnah yang bakal menghancurkan PR.

remy berkata...

Khair said...

*******************

species UG yang terasa dirinya tak fasiq tetapi menuduh org lain faqiq

Tanpa Nama berkata...

ak setuju 100% dengan khair...nape kite semua x dgr dulu pjelsan pihak yg berkaitan?TGNA pun x ckap ape2 lagi...jgn kite terlalu cepat terpedaya dgn dakyah politik umno....

************
Ini bukan dakyah politik UMNO tetapi dakyah politik kumpulan UG (UMNO GROUP) dalam PAS sendiri.

Tanpa Nama berkata...

ini lg sekor hantu.. jgn libatkan TGNA

psl apa xlibatkan bos korang je, kalau syg sgt kt DAP tu, masuk je DAP..senang

kudus berkata...

Anonymous said...

ini lg sekor hantu.. jgn libatkan TGNA

psl apa xlibatkan bos korang je, kalau syg sgt kt DAP tu, masuk je DAP..senang

++++++++++

kenapa awak ni benci sgt dap? kerana ia cina awak melayu? dap tak islam awak islam?

Jika ditakdir dahulu awak lahir dari perut seorang cina, mungkin hari ini awak dah jadi pejuang dap. dan lebih byk makan babi dari mana-mana org cina.

pengajarannya: jgn membenci orang berbangsa dan beragama lain daripada awak sebab Allah telah melahirkan awak dan mereka berbeza2.

Ittaqullah.

Tanpa Nama berkata...

pemuda pas patut tukar kepada budak-budak pas, lepas tu khatan sekali lagi.....TGNA jadi mudin

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...

ini lg sekor hantu.. jgn libatkan TGNA

psl apa xlibatkan bos korang je, kalau syg sgt kt DAP tu, masuk je DAP..senang

++++++++++

kenapa awak ni benci sgt dap? kerana ia cina awak melayu? dap tak islam awak islam?

Jika ditakdir dahulu awak lahir dari perut seorang cina, mungkin hari ini awak dah jadi pejuang dap. dan lebih byk makan babi dari mana-mana org cina.

pengajarannya: jgn membenci orang berbangsa dan beragama lain daripada awak sebab Allah telah melahirkan awak dan mereka berbeza2.

Ittaqullah.

++++++++++++++++
bkn soal bkn melayu atau soal bkn Islam..

soalnya, kandang tu kandang haram.. LAW tau x?
kalau xtau p duk dlm hutan, jd Tarzan lg senang..

mengugut tu kaedah berpakat ker? silap sket cerai..kalau semua mcm ni, tiap2 kurang 100 org bekas bini..bijak ker?

Tanpa Nama berkata...

Salah satu contoh species melayu totok yg hanya layak hidup bawah tempurung.

Nik Aziz ajak berdebat sebab dia dah dilanyak oleh UMNO yang buat laporan polis.

Yang Ketua Pemuda PAS sibuk2 panggil untuk wacana tu apa ke hal?

................................................
memang puak ni x tau berpolitik dan berdakwah .. ni la puak yg takut org islam bersatu dgn semua org ... dgn dap dah , dgn pkr dah .. dgn umno la plk .. depa tu bukan semua yg jahat. dlm pkr pun sama bukan semua baik masih ramai lagi spesis2 umno dlm pkr tu ..

memang hampa bangang dlm berpolitik .. memang bangang makan taik kut.

Tanpa Nama berkata...

bkn soal bkn melayu atau soal bkn Islam..

soalnya, kandang tu kandang haram.. LAW tau x?
kalau xtau p duk dlm hutan, jd Tarzan lg senang..

mengugut tu kaedah berpakat ker? silap sket cerai..kalau semua mcm ni, tiap2 kurang 100 org bekas bini..bijak ker?

*****************

orang PAS tau LAW tak dulu masa surau BUjal dan Berembang kena roboh. apasal melenting macam babi dulu?

+++++++++++++++++

sejak bila lak org Cina beribadat dlm kandang babi?

palastin berkata...

Saudara-saudara,
Katanya bahtera UBN dah nak tenggelam. Selamatkan penumpang bahtera UBN, bawa mereka ke bahtera PR. Kalau Pemuda Pas cerdik, dakwah saja kepada orang ramai diantara mereka ada yang UMNO dan tidak. Cara kamu berdakwah kepada UMNO terus umpama dakwah MUSA kepada Firaun hanya memberi talian hayat kepada UMNO untuk menekan PR satu masa nanti. Medan dakwah terbuka sekarang. PR sama taraf dengan BN. PAS, DAP UMNO PKR sama taraf dari segi perlembagaan negara. Tiada siapa MUSA atau FIRAUN dlm kontek ini. Susah saya nak ungkapkan bagi nak beri faham Pemuda PAS yang sorang dua ni. Nak buat apa-apa yang luar dari kebiasaan sepatuknya rujuk dulu Tuan Guru, jangan syok sendiri. Tanyalah dan bincanglah dengan sahabat Pemuda dalam PR. Saudara fikir ahli PAS dan ahli PKR tak perlu kepada dakwah ke..? Perbetulkan dan beri tumpuan kepada dalaman dahulu.. Begitu juga dengan Dewan Ulamak, apakah program kita yang menonjol dari segi tarbiyah. Jangan asyik nak berebut jawatan sehingga membuat cadangan supaya mesti ulamak menerajui jawatan Presiden, Tim Presiden serta seorang Naib Presiden. Mana ada orang buat macam ini. Ahli PAS tidak buta dan bodoh untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak, apa salahnya kalau seorang profisional yang sudah diulamakkan. Atau juga Ulamak yang sudah diprofesionalkan. Dan tuduh lagi ada politik wang dalam PAS. Ahli PAS tak akan pilih mereka yang mengamalkan politik wang. Bila diselidik tak dapat bagi bukti. Buat busuk parti sahaja. Tuan-tuan kalau nak tahu...POLITIK WANG DALAM PAS TELAH WUJUD MENDAHULUI UMNO. SEMUA AHLI PAS MENGAMALKAN POLITIK WANG. SETIAP KALI CERAMAH MEREKA AKAN MENGELUARKAN WANG DERMA UNTUK PARTI.