Penemuan ikan berkepala buaya oleh dua saudara mengemparkan masyarakat di sekitar kawasan ini menyebabkan rumah mereka tidak henti dikunjungi tetamu.
Mohd Shaiful Azhar Amin, 16 dan Mohd Razali, 25 menemukan ikan itu di Sungai Klang berhampiran Jalan Enggang yang berhadapan dengan Kilang Texas dekat sini pada pukul 6 petang, kelmarin.
Penemuan ikan itu menimbulkan pelbagai persoalan dari mana datangnya spesis ikan yang pelik ini.
Menurut Shaiful, dia dan Razali baru sahaja habis bermain bola dan memancing sememangnya menjadi hobi mereka berdua.
“Pada petang itu, saya dan Razali tidak berhajat untuk memancing tetapi sudah menjadi rutin harian ke sungai itu untuk memancing atau melihat orang memancing. Ketika saya duduk di tepi tebing sungai saya melihat seolah-olah ada biawak yang menggelupur di celah daun di tebing sungai itu,” katanya.
Katanya, Razali yang turun melihat memberitahu, bahawa itu adalah ikan, dan dia turun ke tebing untuk membantu Razali menangkap ikan itu.
“Saiznya juga besar, kepalanya seakan-akan kepala buaya tetapi badannya seperti ikan dan ia juga mempunyai dua pasang sirip,” katanya yang berasal dari Ipoh.
Kedua-dua saudara ini masih tiada sebarang cadangan apakah yang akan dibuat dengan ikan ini, tetapi mula menyayanginya kerana ini merupakan satu pengalaman yang menarik buat mereka.
Sementara itu, Ibu Shaiful, Zaleha Dollah berkata, anaknya memang gemar memancing sehinggakan ada jiran yang membeli ikan yang dipancingnya.
“Pada petang itu, saya sangat bimbang kerana sehingga Maghrib mereka tidak pulang lagi, dan sama sekali tidak menyangka yang mereka menemukan ikan yang pelik,
“Selalunya dia akan membawa pulang ikan Talapia dan jika ada permintaan, Shaiful akan menjualnya dengan harga RM5 satu kilogram,” jelasnya. -SH
Ulasan GB
GB, seperti sebahagian sahabat-sahabat semua, suka merenung tentang "hakikat" sesuatu yang tersurat.
Ikan berkepala buaya - satu isyarat dari Allah tentang kehadiran makhlukNya yang luarbiasa.
Ikan adalah manusia-manusia di lautan syariat sementara buaya adalah reptil bertubuh besar menghuni habitat perairan tawar seperti sungai, danau, rawa dan lahan basah lainnya. Buaya dapat bergerak dengan sangat cepat pada jarak pendek, bahkan juga di luar air. Buaya menyerang mangsanya dengan cara menerkam sekaligus menggigit mangsanya itu, kemudian menariknya dengan kuat dan tiba-tiba ke air.
Ikan berkepala buaya - sungguh dasyat. Dia ada di kalangan manusia. Ada di dalam kalangan kita juga. Badannya bersama-sama jemaah, tetapi kepalanya tak sama dengan kita. Kepalanya serupa musuh yang suka membaham. Dan kisah ini tidak jauh, di negeri Selangor adanya.
Anda kajilah sendiri di dalam politik kontemporari ini tentang petunjuk yang Allah bagi itu.. sepastinya dengan meminta petunjuk dariNya juga.
Berangkat dari penegasan Allah dalam surah Ali Imran ayat 191 yang menegaskan “orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”.
Ayat tersebut lebih lanjut menegaskan bahawa manusia dengan segala penelitiannya tentang alam semesta ini akan memberikan nilai kesempurnaan bagi Penciptanya, iaitu Allah. Maka, manusia harus mahu meneliti dengan memahami ingatan Allah tentang apa saja, termasuk tentang alam semesta agar memperoleh keyakinan yang sempurna terhadap keagungan dan kesempurnaan Allah dengan segala ciptaannya.
I’tibar yang paling besar adalah, Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita termasuk hal-hal yang kita tempuhi di dalam hidup sehari-hari. Kerana sesungguhnya Allah punya peringatanNya tersendiri yang tidak sia-sia di dalam setiap kejadianNya.

9 ulasan:
Tak dak gambaq jelas ka. close up sikit
kepada penulis,ikan kepala buaya adalah ikan peliharaan.ikan spesis ini banyak dijual dikedai ikan perhiasan.kemungkinan pemiliknya membuang didalam sungai kerana ikan kepala buaya makan ikan2 kecil.nama sebenarnya aku tak pasti.cubalah tanya kedai ikan perhiasan.
Kalau ia ikan peliharaan sekalipun, kalau ia dibuang ke sungai oleh pemiliknya sekalipun, ia tetap dari Allah s.w.t. jua.
Hanya manusia ingkar (kufur) yang tidak pernah mahu tunduk atau belajar dari apa yang Allah ciptakan dan datangkan.
Bagi orang beriman, TIDAK ADA SESUATU PUN YANG SIA-SIA DI DALAM SEBARANG PENCIPTAAN ALLAH S.W.T. HATTA SEBUTIR DEBU SEKALIPUN.
Ikan berkepala buaya ialah spesis dari Amerika Selatan. Apabila ia masuk ke sungai-sungai di Malaysia dan membiak boleh menyebabkan ketidakseimbangan ekologi. Kejadian ini menunjukkan agensi-agensi yang berkaitan tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik sehingga spesis asing boleh berada dalam sungai kita. Adalah diharapkan apabila PR diberi peluang memerintah, kejadian yang sama boleh dielakkan. Sungai-sungai perlu dipelihara supaya apa sahaja haiwan dan tumbuhan yang mendiaminya sesuai dengan habitat yang ada serta ekologinya seimbang.
Ada ke terdapat diterengganu juga?
Nama saintifik ikan itu ialah Atractosteus Spatula. Ia banyak dijumpai di Selatan Amerika Syarikat iaitu di Texas, Florida, Lousiana dan sebagainya. ia juga boleh didapati di Pantai Timur Amerika Syarikat seperti Missouri, Mississippi, Tennessee, Alabama, South Carolina dan Arkansas. Ia boleh hidup di darat selama dua jam. Ia suka hidup bersendirian. Ia makan rumpai yang terdapat dalam sungai dan juga ikan lain. Ia suka air sungai yang mengalir perlahan. Pembiakan ikan itu terjejas apabila terdapat sistem menebat banjir seperti empangan dan daik. Di Texas, Oklahoma, Arkansas dan Lousiana, ikan itu menjadi spesis ikan riadah. Pemancing suka dengan sikap melawannya apabila ia terlekat pada mata kail. Sebenarnya, spesis ini bukan pertama kali ditemui di Malaysia. Dalam bulan Januari tahun 2008, seorang penduduk kampung di Bera, Pahang Darul Makmur menemui ikan itu tersangkut pada jalanya. Berat ikan yang ditangkap itu ialah 3 kg.
GB, ada juga diantara kita buaya berkepala ikan walau realitinya di sungai belum terdapat spesis buaya mcm ikan. Buaya berkepala ikan amat merbahaya kerana ramai menyangka ia ikan yg tidak kelihatan merbahaya, tp dengan senyap2 sifat buaya yg membaham dengan ganas tanpa kasihan boleh merosakkan jemaah. Dan ia terdapat dimana2 dalam PAS. Sama2 kita muhasabah diri dan perbaiki kerosakan yg telah dibuat oleh buaya ini dan tidak menambah lg kerosakan yg sedia ada.
-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt
Kita sedang perkatakan apa yang 'sedang berlaku' dan penemuan yang sedang dialami oleh dua saudara di Selangor.
Justeru itu hadkan perbincangan di situ. Sebab itu yang Allah turunkan dan tunjukkan. Jangan pula berlebihan dan memandai-mandai untuk mereka, meneroka dan cuba mentafsir perkara yang tidak ditunjukkan Allah.
didalam monster river discovery channel..ingat nie x leh makan manusia..gigi dia tajam macam gergaji
Catat Ulasan