21 Nov 2009

Wartawan Utusan Hina Mahkamah

Wartawan Noraini Abdul Razak dari Utusan Malaysia telah menulis di akhbar berkenaan yang boleh disifatkan "menghina mahkamah".

Di dalam rencananya bertajuk "Bertambah lambat siasatan SPRM bila waktu dihadkan", Noraini telah mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang menafsirkan penggunaan perkataan 'sehari ke sehari' tidak boleh 'dibaca' sebagai 24 jam, sebaliknya adalah waktu bekerja serta tidak boleh mendatangkan kesan terhadap seseorang.

Di dalam tulisannya, beliau ada menyebutkan bahawa:

Kita tidak menolak hujah hakim Mohamad Ariff Md. Yusof, malah keputusan mahkamah itu membuka ruang untuk semua pihak berfikir perihal prosedur siasatan SPRM - apa yang boleh dan apa yang sepatutnya dielakkan.


Ia menjelaskan bahawa penulis telah menerima keputusan Hakim berkenaan. Dan kemudian dijangka beliau hanya membuat ulasan mengenai kenyataan Karpal Singh:

Namun kenyataan peguam Karpal Singh yang menyusul selepas keputusan tersebut dibuat mengundang sedikit tanda tanya dan menuntut perbahasan mengenainya dibuat.

Semacam ada yang tidak kena apabila peguam veteran itu menyimpulkan bahawa keputusan mahkamah itu bukan sahaja mengikat mahkamah malah memberi kesan kepada penyiasatan polis.

Ini kerana jika penyiasatan polis juga mahu dihadkan kepada waktu pejabat, tentunya ia bukan sesuatu yang bijak.


Tetapi selepas itu, beliau tidak menumpukan tulisannya kepada mengulas kenyataan peguam Karpal Signh, tetapi telah mula mempertikaikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pula:

Mengehadkan siasatan SPRM kepada lapan jam - ketika semua orang sibuk dengan tugas masing-masing juga dari satu sudut membataskan fungsi SPRM itu sendiri.

Paling dibimbangi adalah kreativiti rakyat Malaysia menggunakan keputusan mahkamah itu sebagai alasan utama untuk tidak memberi kerjasama kepada SPRM ketika menjalankan siasatan.


Ini adalah satu bentuk penulisan yang cuba mengelirukan pembaca untuk menghasut rakyat untuk tidak menghormati keputusan Mahkamah.

Noraini cuba untuk melakukan pembelaan ke atas tindakan SPRM yang selama ini telah jelas mencabuli undang-undang yang mengambil kesempatan tehadap ungkapan penggunaan perkataan 'sehari ke sehari' untuk menyoal-siasat saksi-saksi sekalipun lewat malam sehinga berlakunya kejadian tragedi kematian Teoh Beng Hock.

Alasan berbuat demikian kononnya jika dibataskan waktu SPRM menyoal-siasat, maka nantinya akan berlakulah kelambatan siasatan SPRM.

Kita ingin persoalkan setakat ini, berapa banyak kes yang soal-siasatnya dilakukan di waktu pejabat. Kita juga ingin bertanya wartawan berkenaan, berapa ramai pula sakasi-saksi yang enggan untuk berkerja-sama dengan pihak SPRM di waktu pejabat.

Ayatnya "keputusan mahkamah itu sebagai alasan utama untuk tidak memberi kerjasama kepada SPRM" adalah persangkaan semata-mata yang tidak mempunyai sebarang justifikasi dan bukti.

Justeru itu sewajarnya pihak-pihak berkenaan seperti Majlis Peguam sendiri atau mana-mana peguam yang terlibat dengan kes ini mengheret wartawan tersebut untuk didakwa di mahkamah kerana telah melakukan penghinaan yang ketara terhadap keputusan mahkamah untuk disiarkan di akhbar tempat beliau bertugas bagi menghasut rakyat mempertikaikan keputusan hakim berkenaan.

2 ulasan:

sydeen aka saidin berkata...

abis tu penulis ni di pihak yang mana sebenarnya?

azman kamarul berkata...

Siapa pemberita tersebut kita tak berapa kenal dan tak ingin nak tahu lebih-lebih lagi akhbar utusan ini hanya merupakan lidah biawak saja.
Kita cuma nak komen sikit pasal pemberita yang rasa hebat tu....
DIA SIAPA NAK KOMEN KEPUTUSAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI TU...PEMBERITA TU LULUSAN DEGREE MANA?..SIAPA PROFESSORNYA?...SIAPA PENYELIA TESIS Phd NYA?....wahai sekelian....sendiri pikirlah...SIAPA PEMBERITA TU...