Akhirnya, Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO, Najib Abdul Razak terpaksa mengakui bahawa krisis MCA semakin serius dan buruk. Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), dan Pelan Perpaduan kemudiannya berakhir dengan tangisan dua orang ketua sayap MCA, Wee Ka Siong (Pemuda) dan Chew Mei Fun (Wanita) pada 18 November 2009.
Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan termasuklah EGM kedua dan pemilihan semula dalam parti, seperti yang didesak oleh puak Liow Tiong Lai sebelum ini. Jikalau dilihat senario terkini, iaitu insiden "pancungan kepala 9 orang" dari Majlis Presiden, maka tuntutan ini nampaknya hanya boleh dipenuhi dengan campur tangan Najib Razak.
Persoalannya, apakah EGM kedua dan pemilihan semula itu bakal menyelesaikan kemelut MCA dengan 100%?
EGM dan pemilihan semula
Senario terkini menyaksikan bagaimana Presiden MCA, Ong Tee Keat berganding dengan musuhnya sebelum ini, Chua Soi Lek untuk bertempur dengan puak yang mendesak kedua-dua mereka berundur. Liow Tiong Lai menjadi pemimpin yang "ditonjolkan" (bukan menonjol) oleh puak ini untuk berperang dengan Ong-Chua.
Sebaliknya, Ong Tee Keat pula menyatakan bahawa dirinya bersedia untuk melapangkan dada agar "menerima semula" Liow, dengan mendakwa bahawa Liow sebenarnya dihasut oleh "orang-orang tertentu" untuk menentang Pelan Perpaduan. "Keterbukaan" Ong ini juga boleh dibaca sebagai strategi untuk memecah-belahkan antara Liow Tiong Lai, Wee Ka Siong dengan Chew Mei Fun. Gambaran semakin jelas apabila Wee dan Chew disingkir oleh Ong Tee Keat dari Majlis Presiden, sementara Liow dikekalkan pada 18 November.
Di samping itu, EGM kedua yang cuba dipanggil oleh "kumpulan pendesak" turut digagalkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 18 November, dengan 23 undi menentang 10 undi (2 undi berkecuali). Dengan kata lain, puak Liow menemui jalan buntu untuk merombak semula pucuk pimpinan tertinggi, malah semakin ramai orang Ong-Chua dimasukkan ke dalam Majlis Presiden dan Jawatankuasa Pusat MCA.
Mengapa EGM kedua digagalkan? Jawapannya mungkin boleh ditemui seandainya pertanyaan ditujukan kepada "siapa yang paling berisiko seandainya EGM dan pemilihan semula diadakan?"
Perubahan lanskap kuasa
Jawapannya, Ong Tee Keat. Ong yang pada mulanya ingin mencantas Timbalannya, Chua Soi Lek, kini perlu berdepan dengan realiti bahawa "tiada jalan lain kecuali bekerjasama dengan Chua". Retakan yang berlaku dalam puak Ong sendiri, menyebabkan Ong semakin bergantung kepada Chua untuk mempertahankan kedudukannya.
Asas yang menyokong Ong sebagai Presiden MCA ialah Pelan Perpaduan, hasil muafakat antara Ong dengan Chua. Maka, beberapa rombakan pucuk pimpinan selepas Pelan Perpaduan menyaksikan bagaimana orang-orang Chua, seperti anaknya, Chua Tee Yong, Tan Chai Ho, Gan Ping Sieu dan lain-lain lagi dimasukkan ke dalam pucuk pimpinan, sama ada Majlis Presiden mahupun Jawatankuasa Pusat.
Percaturan sedemikian bukan sahaja untuk menghakis pengaruh puak Liow, tetapi pada masa yang sama mengukuhkan pengaruh Chua. Chua Soi Lek sebelum 26 Ogos 2009 dilihat keseorangan sebagai Timbalan, kehilangan segala-galanya pada 26 Ogos, dan hanya mampu mengembalikan keahliannya pada 10 Oktober. Namun, kuasa Chua kini bertambah selepas rombakan demi rombakan, malah kembali menguasai Johor sebagai Pengerusi MCA di negeri itu.
Jelas, Chua memilih untuk bekerjasama dengan Ong atas kepentingan bersama. Hakisan kuasa pada puak Liow tidak menjejaskan kepentingan Chua. Senario terkini memperlihatkan bagaimana kuasa Chua semakin berkembang, sementara puak Ong (pada asalnya) semakin meretak.
Maka, jika EGM kedua atau pemilihan parti diadakan dalam masa terdekat, siapa pula yang akan memperolehi kelebihan? Ong sememangnya akan berwaspada kepada Chua, kerana "kawannya" kini adalah "bekas musuh", dan berpotensi menjadi "bakal musuh". Chua mungkin menjadi calon yang menentang Ong, ataupun sabotaj Ong pada saat terakhir, seandainya pemilihan parti diadakan.
Ong pula tidak dapat berdiri atas kaki sendiri, lebih-lebih lagi anak buahnya telah meninggalkannya. Ong sebelum ini bangkit kerana "imej moral"-nya, dilihat oleh akar umbi sebagai pemimpin yang lantang bersuara dalam isu kepentingan kaum. Namun, kemelut parti yang berlanjutan untuk beberapa bulan ini sedikit sebanyak mencalar imejnya itu.
Oleh itu, pemilihan parti semestinya bukan jalan penyelesaian dari kaca mata Ong.
Campur tangan Najib
Kemungkinan perundingan antara Ong-Chua dengan puak Liow dimatikan begitu sahaja. Pendek kata, kepentingan Ong menghadapi risiko jika diadakan pemilihan semula, sementara kepentingan puak Liow tidak terjamin dalam struktur kuasa yang sedia ada.
Maka, Najib (gambar kiri) terpaksa mencampur tangan pada saat-saat yang genting ini. Persoalannya, apakah campur tangan Najib bakal menyelesaikan kemelut MCA?
Ketika puak Liow bernaung di bawah Ong Tee Keat, salah satu tuduhan terhadap Chua adalah cubaannya untuk mengundang kuasa dari luar parti untuk mencampur tangan dalam hal ehwal dalaman parti. Maka, jikalau puak Liow kini mengangguk kepada campur tangan Najib, mereka semestinya akan dilempar dengan tuduhan yang sama.
Malah, jikalau sentimen ini dimainkan, mereka semestinya akan dilabel sebagai pengkhianat parti. Misalnya, Ti Lian Ker, pemimpin muda yang terserlah sebagai penyokong setia Ong, telah menuduh Wee dan Chew seolah-olahnya disokong oleh "political godfather". Maksud tersiratnya terlalu nyata untuk dibaca.
Dalam keadaan sebegini, Najib menghadapi kesukaran untuk meleraikan kemelut ini, lebih-lebih lagi jikalau kesudahannya tidak memenuhi tuntutan semua pihak.
Misalnya, jikalau EGM kedua dibatalkan dengan syarat pemilihan semula diadakan, Ong akan bangkit menentang; jikalau Liow dikekalkan jawatan parti dan dalam kabinet, dengan syarat pemilihan dibatalkan, puak Liow akan meretak kerana Wee dan Chew akan menganggap dirinya dikhianati Liow; jikalau pemilihan diadakan dalam tempoh yang dipersetujui ketiga-tiga pihak, iaitu Ong-Chua-Liow, kemelut ini akan berlanjutan sepanjang tempoh ini.
Ringkasnya, tiada penyelesaian sebenarnya untuk kemelut MCA!
Punca kemelut gagal diselesaikan
Najib semestinya menyedari bahawa seandainya pemilihan diadakan, maka MCA akan berperang lagi sesama sendiri. Persoalannya, apakah puncanya yang menjadikan kemelut ini gagal diselesaikan?
Melihat kepada senario terkini, secara kasar, MCA kini berpecah kepada tiga puak, yang masing-masing diketuai Ong Tee Keat, Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai. Tiada antara mereka yang mampu menguasai MCA secara 100%. Senario ini lumrah di setiap parti kerana tiada orang yang boleh menguasai 100% parti.
Masalah wujud apabila mereka yang gagal menguasai 100% itu, mahu tuntutan mereka dipenuhi 100%. Ini yang menyebabkan kemelut MCA gagal diselesaikan sehingga hari ini. Kerana dahagakan penguasaan 100%, maka Ong cuba mencantas Chua. Kerana mahukan penguasaan 100%, ganding Ong-Chua kini memancung kepala puak Liow. Selagi pemimpin MCA terperangkap dengan mental sedemikian, kemelut MCA gagal diselesaikan.
PAS mungkin mengambil iktibar daripada EGM MCA untuk menggagalkan Muktamar Khas. Ironinya, MCA kini mungkin boleh mencuri konsep "Kerajaan Perpaduan" yang sudah dikunci ketat oleh PAS, untuk digunakan dalam pengagihan kuasa dalam partinya itu. -Lim Hong Siang (Merdeka Review)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan