Tindakan Bekas ADUN Kota Siputeh dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat rayuan ke mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar amat membimbangkan akan menambah parah penghormatan rakyat dan dunia terhadap institusi kehakiman Malaysia.
Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mengesahkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong berikutan ADUNnya, Abu Hasan Sharif hilang kelayakan sebagai ADUN setelah gagal hadir ke ersidangan DUN dua kali bertutur-turut tanpa memaklumkan dan kebenaran speaker.
Memperdebatkan perkara berkaitan keputusan speaker DUN dan Parlimen di mahkamah adalah tindakan yang mencabul demokrasi berparlimen ala westen Master dan boleh menggugat kepercayaan awam terhadap mahkamah.
Ini kerana mahkamah sebagai badan kehakiman tidak boleh mencampuri urusan badan eksekutif, begitulah sebaliknya. Kedua badan ini dalam kuasa berbeza. Demikian ditegaskan oleh Ahli MPT KeADILan juga bekas Ketua Perhubungan KeADILan Sabah, Hj Ansari Abdullah yang telah 30 tahun lebih terlibat sebagai pengamal undang-undang.
Menurut Hj Ansari, apabila badan eksekutif seperti DUN atau Parlimen membuat keputusan, maka SPR kena akur dan hormati keputusan yang telah dibuat oleh Speaker Dewan yang melaksana kuasa di bawah arahan tetap standing order.
Beliau kecewa apabila melihat Speaker DUN Perak dan Kedah terpaksa turun naik mahkamah untuk mempertahankan keputusan mereka. Sepatutnya perkara ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terutama SPR menghormati bidang kuasa masing-masing.
Namun demikian, beliau menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar tepat kerana mengembalikan kuasa pemutus kepada speaker DUN dan mengikut undang-undang sedia ada. Hj Ansari juga menyokong penuh kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakan-tindakan yang mencemar institusi kehakiman.
Institusi kehakiman kita terus merudum semenjak pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988 dan telah mendapat teguran pedas Bapa kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra yang menyatakan tahun 1988 merupakan tahun terburuk dalam institusi kehakiman semenjak merdeka. Keputusan-keputusan mutakhir ini juga menunjukan bagaikan ada campurtangan dalam membuat keputusan.
Kes Video Linggam, Menteri Besar Perak, ADUN katak Perak dan Persiangan memperlihatkan keputusan akan menyebelahi BN sekiranya kes dibawa ke mahkamah Rayuan. Tidak mustahil kes Kota Siputeh akan menjadi seperti kes Persiangan dan akan menambah hitamkan lagi institusi kehakiman. -FAIZAL OKADAU (sabahkini)

1 ulasan:
1. Rayuan SPR membuktikan kepada rakyat bahawa SPR sedang gigih berusaha mempertahankan kuasa ADUN BN yang pemalas. Perlembagaan Kedah memperuntukan mana2 ADUN yang tidak hadir sidang DUN (malas menjalakankan tugas ) tanpa kebenaran speaker adalah terlucut jawatan ADUN. Tindakan SPR seolah-olah mempertahankan penjawat awam atau mana2 pekerja syarikat yang telah dibuang kerana tidak hadir bekerja tanpa kebenaran bosnya. Mana2 undang didunia pun meletakkan bhw pekerja yang tidak hadir bekerja tanpa kebenaran bosnya wajar dipecat.
2. Tindakan SPR ini adalah bertentangan dengan norma kemanusiaan yang waras. Sepatutnya SPR akur menerima keputusan speaker (tanpa prejudis) dan melaksanakan tugas yang ditentukan oleh perlembagaan negara iaitu melakukan pilihanraya supaya bos (rakyat) memilih semula wakil DUN mereka. Jika ADUN Kota Seputeh sedia ada masih layak dan diterima rakyat berkenaan, maka dia akan dipilih semula. Dalam kes ini, peranan SPR seumpamanya Bahagian Sumber Manusia sebuah syarikat atau JPA. JPA atau BSM akan membuat iklan dan melakukan proses pengisian jawatan pekerja atau penjawat awam yang telah dipecat kerana tidak hadir bertugas tanpa kebenaran ketuanya.
3. Jadi SPR yang diketuai oleh bekas KSU KDN sepatutnya amat memahami terma tugas dan tanggungjawab pekerja awam. Kita tidak mahu kes ini menjadi bahan gelak ketawa penjawat awam apabila SPR bersungguh mempertahankan ADUN yang ponteng kerja.
Catat Ulasan