7 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Samseng Bagan Pinang

Beberapa akhbar pada hari Ahad lepas melaporkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, membuat laporan polis mendakwa ditumbuk sembilan orang samseng dari penyokong parti lawan ketika masuk ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

Beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, di sini ditemani oleh menteri yang jaga polis, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan menteri petrol RON95, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Keesokannya pula menteri yang jaga polis itu memberitahu Polis sudah mengenal pasti individu samseng yang menyerang dan memukul Datuk Abdul Azeez. Beliau berkata imej individu terbabit diperoleh daripada rakaman video polis serta gambar yang diserahkan orang ramai serta pihak media.

Kalau benar samseng sudah dikenalpasti dan ada rakaman video serta gambar, kenapa tidak disiarkan di dalam akhbar-akhbar harian dan di stesen-stesen tv supaya rakyat 1Malaysia dapat tengok dan kenal samseng Pakatan Rakyat?

Jika tidak didedahkan gambar-gambar yang dimaksudkan, pengundi Bagan Pinang akan mengatakan bahawa Datuk Abdul Azeez hanya berlakon dan memegang watak utama, manakala Hishamuddin dan Ismail pula sebagai pelakon tambahan.

Tapi sayang tiada sekeping gambarpun didedahkan untuk membuktikan kejadian itu.

Sebaliknya hari ini Harakahdaily menyiarkan 3 keping gambar Datuk Abdul Azeez berjalan melalui kawasan penyokong Pakatan Rakyat, yang mana gambar-gambar itu menjadi bukti bahawa tidak berlaku kejadian beliau dipukul. Memang sah itu lakonan!

Sementara itu sebuah badan bukan kerajaan NGO, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menawarkan sejumlah RM 1000 bagi setiap keping gambar kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez ditumbuk pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Sabtu lalu. Mereka yang menyerahkan gambar tersebut akan menerima bayaran tersebut secara tunai serta merta kata Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid.

Seakan-akan sudah sinonim setiap kali berlaku pilihanraya kecil akan ada tuduhan samseng terhadap parti yang bertanding yang berlawan dengan BN. Seolah-olah Pas dan sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat ini jahat dan pengganas. Adakah penyokong Umno semua baik ?

Lihatlah gambar di bawah. Walaupun Stesen Esso telah diisytihar oleh SPR sebagai tempat perhimpunan bagi penyokong PAS, tetapi Umno dan BN tidak menghormatinya dan melakukan provokasi untuk mengundang kemarahan penyokong Pakatan Rakyat iaitu dengan menaikkan bendera Umno dan BN di tempat perhimpunan penyokong Pakatan Rakyat.


(sebelum perarakan bermula)



SIAPA SAMSENG?
(Pihak Polis tidak berbuat apa-apa bila penyokong BN
melakukan provokasi dan memaki hamun penyokong Pakatan Rakyat)


Melihat kepada gambar-gambar ini, pengundi di Bagan Pinang dapat menilai sendiri siapakah sebenarnya yang samseng. Kumpulan yang berada di atas bukit ini jugalah yang membaling botol-botol air mineral ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berada di kaki bukit.


(Puak-puak Umno cuba merempuh halangan yang dibuat oleh Polis)


Sesungguhnya pengundi di Bagan Pinang sudah tahu siapa sebenarnya samseng pilihanraya. Mereka juga tahu siapakah yanga layak menerima anugerah trofi Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik!

Bagan Pinang oh Bagan Pinang… - DAP Melayu/PE

1 ulasan:

.anesh. berkata...

setiap parti ada baik dan buruk . jangan fikir bahawa semua bias kepada BN . cuba fikir . kalau semua bias kepada BN . mcm mana boleh PKR DAP PAS conquer 5 negeri ? kalau betul semua nampak keburukan BN dan PAS PKR DAP tu bagus . biar rakyat tentukan mas PRU . tak perlu memburukkan satu sama lain :) kita kan sama sama rakyat malaysia . tak guna bergaduh sesama sendiri ok ? bawa bertenang