Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bahagian Ipoh Barat menyelar kecuaian serta sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta kontraktor terbabit berikutan insiden runtuhan bangunan di Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park Jumaat lalu.
Ketuanya, Fauzi Muda berkata, ketiga-tiga pihak berkenaan harus dipertanggungjawabkan pada tragedi yang mengorbankan dua nyawa selain mengakibatkan kecederaan kepada seorang mangsa.
Menurutnya, tragedi berkenaan tidak seharusnya berlaku jika pihak yang terlibat bagi melaksanakan proses merobohkan bangunan berkenaan mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang disediakan.
“Pihak berkenaan juga perlu peka dengan keadaan persekitaran terlebih dahulu kerana bangunan itu berada di tengah-tengah bandar raya yang sibuk dengan pelbagai kenderaan serta orang ramai.
“Mereka perlu menyegerakan pemberian pampasan dan ganti rugi kepada semua keluarga mangsa terbabit,” katanya dalam satu kenyataannya berkaitan tragedi runtuhan bangunan baru-baru ini.
Fauzi turut menggesa pihak berkenaan (MB, MBI serta pihak kontraktor)tidak lagi membuat kenyataan-kenyataan di media-media massa berhubung perkara berkenaan.
Menurutnya, mereka ini juga diharap agar tidak menjadikan insiden itu sebagai modal bagi menunjuk-nunjuk kepada rakyat bahawa mereka bersimpati dengan menghulur bantuan yang berbaur politik kepada mangsa.
“Zambry juga seharusnya meletak jawatan berikutan prestasi kerjanya yang dilihat gagal mentadbir serta mengurus jentera pentadbiran Perak dengan baik,” katanya.
Fauzi mewakili PKR Ipoh Barat mengucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa yang terlibat dalam tragedi runtuhan bangunan yang lalu sehingga mengorbankan dua nyawa dan seorang mendapat kecederaan.

1 ulasan:
tanda-tanda keruntuhan BN...
Catat Ulasan