7 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Siapa Malapkan Negara? Pembangkang Atau Perasuah?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Katanya, ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi). Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, fasal nak setuju juga dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, kampus Dungun, di sini hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah.
Utusan Malaysia - 6 Oktober 2009.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir lantang menyeru agar menolak pemimpin rasuah kerana pemimpin sebegini yang akan membawa kehancuran kepada negara. Namun begitu bermula dengan naiknya Khairy Jamaluddin yang telah diberikan amaran oleh Lembaga Disiplin Umno kerana kesalahan politik wang sebagai Ketua Pemuda Umno dan yang terbaru terpilihnya Isa Samad yang pernah dihukum kerana kesalahan politik wang sebagai calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, ternyata bahawa suara bekas PM keempat ini tidak diendahkan oleh pemimpin dan ahli Umno. Dan alih-alih pembangkang pula yang dikatakan akan memalapkan negara jika berkuasa. Bukan lagi pemimpin rasuah yang banyak dalam Umno dan Barisan Nasional itu.

Jika kita teliti pada petikan akhbar di atas ini mungkin ada benarnya juga jika dikatakan bahawa Dr Mahathir sudah nyanyuk. Kenyataan yang merapu dan diulang kembali skrip lama. Pas tidak pernah kata orang Islam boleh menternak dan menjual daging babi. Pas hanya benarkan orang bukan Islam untuk menternak dan menjual daging babi untuk keperluan mereka. Jika begitu lepas ini bolehlah Tun dan anaknya Mirzan Mahathir masuk Pas, agar Pas halalkan orang Islam jadi pengarah syarikat arak khususnya San Miguel Corp.
-lindunganbulan

Tiada ulasan: