Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah kempennya di Taman PD Utama, 4 Okt baru-baru ini yang mengatakan bahawa Kes kematian A.Kugan dan Teoh Beng Hock sebagai kesilapan kecil dalam sistem Kerajaan.
Ucapan beliau ini merupakan satu pengakuan lisan terhadap dakwaan rakyat yang melihat A.Kugan dan Beng Hock sebagai mangsa kepada keganasan Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Pastinya ini akan menakutkan rakyat kerana dengan kesilapan kecil bagi pemimpin Umno ini, beberapa nyawa sudah tergadai. Inilah bukti begitu lemahnya sistem yang ada dalam Kerajaan yang ditadbir urus Barisan Nasional.
Rakyat, khususnya di Bagan Pinang harus memastikan kejadian serupa tidak berulang lagi dan menolak Barisan Nasional. Gunakanlah undi anda untuk menolak pemimpin yang tidak prihatin dan selalu memandang rendah akan nilai nyawa setiap rakyatnya.
PAS juga mendesak agar Muhyiddin meminta maaf dan membayar ganti rugi kepada keluarga mendiang A.Kugan dan Teoh Beng Hock. -Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat

1 ulasan:
TPM boleh cakap cam tuh..!
Rakyat dah dikerjakan oleh UBN hingga mati pun pemimpinnya boleh selamba je kata itu hanya kesilapan kecil..?? ulang tulis, KESILAPAN KECIL..???
Rakyat terutama pengundi di Bagan Pinang WAJIB mengajar pemimpin serta parti yang langsung tidak mahu menyedarkan diri itu...
Pengundi Bagan Pinang lakukanlah pula 'kesilapan kecil' dengan memangkah calon PR daripada paeri PAS itu... Apabila dipersoalkanya nanti jawab selamba juga iaitu 'sorry la datuk, kami terbuat 'kesilapan kecil' hari itu...
Buatlah demi mendidik mereka yang sangat rendah rasa kebertanggungjawabannya terhadap rakyat jelata.
Catat Ulasan