Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan kes kepala lembu dan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam berlaku di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat tetapi dua insiden itu dikaitkan dengan BN.
Sedangkan realitinya semua orang tahu bahawa UMNO merupakan dalang kepada kedua-dua kes berkenaan dan kini cuba dinafikan oleh Muhyiddin.
Muhyiddin juga berkata bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid yang patut bertanggungjawab atas dua insiden di Shah Alam itu dan tidak ada sebab pembangkang menuduh kerajaan BN yang mahu mewujudkan dasar integrasi nasional.
Benarkah BN mahu mewujudkan dasar integrasi nasional sedangkan Muhyiddin sendiri adalah seorang rasis yang mana satu kenyataannya pernah dibelasah oleh pemimpimpin kaum Cina yang tidak berpuas hati mengenai pendirian dan sikap perkaumannya yang tebal itu?
Pemimpin-pemimpin parti berbangsa Cina telah melahirkan bantahan mereka terhadap kenyataan Muhyiddindi dalam satu wawancara yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam bertajuk "Kuasa penentu Melayu hilang jika terus berpecah".
Muhyiddin dibidas oleh pemimpin kaum masyarakat Cina yang mereka sifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai rasis dan adalah amat tidak wajar ia dikeluarkan oleh pemimpin nombor dua negara.
Apatah lagi tatkala Perdana Menteri menyeru ke arah konsep "Satu Malaysia" yang dilihat hanya sebagai satu slogan kosong tetapi rupa-rupanya tidak dihayati oleh pemimpin UMNO sendiri.
Muhyiddin diantara lain telah menyatakan:
"Walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan.
Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apa tah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi Timbalan Ketua Menteri, Speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti"
Timbalan Presiden Gerakan, Dato' Chang Ko Youn telah secara terbuka melahirkan rasa tidak bersetuju beliau terhadap kenyataan Muhyiddin.
"Adalah benar ramai (kaum Cina) yang mengundi Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau; namun kita mesti menyiasat mengapa mereka lakukan demikian,” kata Chang.
"Kaedah konvensional menggula-gulakan peruntukan tidak lagi diterima lantaran ia dilihat sebagai cara tidak jujur untuk memancing undi. Masalah mereka perlu diberikan perhatian secara berterusan dan pemberian peruntukan sewaktu berlakunya pilihanraya kecil sudah tidak berkesan dan meyakinkan mereka lagi.
Isu yang lebih utama untuk ditangani ialah rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan ekuiti di kalangan pemimpin negara serta sistem penyampaian," tambah Chang lagi.
Sementara itu jurucakap MCA yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Sdr. Lee Wei Kiat menganggap kenyataan Muhyiddin berhubung isu Bukit Gantang bahawa "(sokongan kaum Cina) mencatatkan penurunan, macam tidak ada penghargaan terhadap apa yang kita lakukan" memerlukan kajian dan penjelasan lebih terperinci.
Beliau telah menggaris pelbagai isu yang menyebabkan kaum Cina menolak BN di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Selambau. Sebagai contohnya di dalam isu tempatan, nelayan di Kuala Sepetang tidak berpuashati terhadap layanan terhadap mereka contohnya subsidi diesel, birokrasi untuk mendapatkan lesen atau penguatkuasaan secara terpilih oleh polis marin beberapa hari sebelum mengundi.
Begitu juga keangkuhan UMNO dengan isu menunjukkan keris disamping ucapan-ucapan yang berapi-api konon ingin 'bermandikan darah' yang boleh mwujudkan ketegangan masih belum dapat dimaafkan.
Sementara itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan pengundi-pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak memperdayakan BN seperti yang dituduh tetapi BN yang sebenarnya telah memperdayakan mereka sejak 52 tahun yang lalu.
Adalah tidak wajar Muhyiddin menuduh kaum Cina atau India di malaysia ingin menjadi kuasa penentu setelah kelompok masyarakat Melayu berpecah di dalam konteks senario politik baru kini.
Di samping itu ramai para ahli akademik tidak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan Muhyiddin tersebut yang disifatkan mereka terlalu perkauman serta menunjukkan tahap mentaliti yang rendah dari seorang pemimpin nombor dua negara.
"Masalah utama Muhyiddin ialah beliau mungkin terlalu teruja dapat duduk kerusi Timbalan Perdana Menteri. Beliau banyak bercakap berbanding dengan PM sendiri.
Beliau tidak sepatunya bersikap sombong yang mendedahkan ciri kaduk naik junjung yang ada pada dirinya ketika ini," selar seorang pensyarah Sains Politik di sebuah universiti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan