Sasterawan Negara, Tan Sri A Samad Said berkata, kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sekarang telah melanggar undang-undang negara dan tidak mustahil akta-akta lain akan menerima nasib yang sama.
Berceramah di atas pentas Pas, A Samad berkata, kerajaan telah mencabul Akta Bahasa kerana memperkenalkan dasar Pembelajaran, Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Menurutnya, pilihan raya seperti di Bagan Pinang inilah peluang terbaik kepada rakyat yang cintakan bahasa menunjukkan mereka tidak menyokong kerajaan yang ternyata tidak membela dan mengangkat bahasa ibunda sendiri.
“Perlukah kita menyokong kerajaan yang melanggar Akta Bahasa sendiri? Jika kita menyokong mereka bererti kita turut berdosa kerana membenarkan perlanggaran undang-undang berterusan,” katanya, malam tadi.
Selain itu, beliau turut mengkritik kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memperkenalkan PPSMI tanpa kajian mendalam dan ternyata dasar tersebut tidak mencapai matlamatnya.
Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din mendakwa UMNO sejak dulu lagi tidak memartabatkan Bahasa Melayu.
"Contohnya nama UMNO itu sendiri. UMNO, singkatan daripada United Malay National Organisation itu pun datangnya dari bahasa Inggeris. Mereka memang mengangkat bahasa Inggeris dan tidak membela bahasa Melayu, tidak seperti Pas dan Pakatan Rakyat,” katanya. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan