8 Okt 2009

Era Najib ALtantuya : Undi Pos Bermula Hari Ini

Hari ini Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Si Rusa di sini akan menjadi pusat pengundian bagi undi pos untuk 4,571 anggota tentera bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Manakala 31 lagi pengundi pos polis akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

Pengundian bagi undi pos akan berlangsung esok dari 8 pagi hingga pukul 5 petang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu pihaknya hanya membuka saja pusat pengundian (untuk pengundi pos tentera) atas permintaan pihak tentera yang bertanggungjawab ke atas kem-kem tersebut.

Apa di beritahu Wan Ahmad :

- Proses pengeluaran dokumen undi pos yang turut dihadiri agen calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson.

- Hanya seorang wakil untuk setiap calon sahaja dibenarkan berada di pusat pengundian di dalam kem itu.

- SPR beritahu itu adalah peraturan dia ATM, SPR hanya mengeluarkan prosedur pentadbiran, pihak ATM mempunyai asas kuat, dan mereka ada dasar tentang keselamatan dalam kem.

- SPR kata satu wakil untuk seorang calon adalah mencukupi untuk memantau proses pengundian, atas sebab ia diadakan di kawasan lapang, iaitu padang kawad di pusat itu dan bukannya di dalam dewan.

- Proses pengundian yang akan dipantau oleh lapan pegawai tentera dan pegawai SPR itu akan berlangsung selama dua hari jika tidak habis hari ini.

-Tapi karung undi pada hari pertama itu akan dibawa ke pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya petang esok dengan diiringi pihak polis dan tidak akan disimpan dalam kema.

- SPR kata, semua kertas undi mesti sampai di pejabat pegawai pengurus sebelum 5 petang Ahad ini, yang juga merupakan hari pengundian bagi pengundi biasa, dalam pilihan raya kecil itu.

- Jika lewat kertas undi itu tidak akan dikira. Pilihan raya kecil kali ini melibatkan calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon Pas Zulkefly Mohamad Omar.


Dalam perkembangan berkaitan naggota tentera yang terlatih dengan semangat keberanian dan keperwiraan perlu berani mencetus suasana politik ke arah lebih adil dan harmonis di negara ini.

Impian itu hanya akan menjadi kenyataan apabila mereka memilih PAS pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keberanian tentera yang mempunyai kemahiran menggunakan peluru dan bom harus juga diterjemahkan dalam menegakkan demokrasi di Malaysia.

"Seharusnya perwira kita perlu berani memberi sokongan padu keada perjuangan mendaulatkan Islam pada 11 Oktober ini.

"Tanggungjawab hendaklah dilaksanakan selaras mengikut syariat dan tidak memberi peluang kepada pihak lain mempergunakan kebolehan mereka," katanya di sini.

Anggota tentera merupakan tiga suku daripada 13,664 pemilih yang berdaftar di Bagan Pinang. Mereka menyumbang sebanyak 4,604 undi yang didaftarkan sebagai pemilih pos.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, anggota tentera yang diamanahkan menjaga keselamatan negara seharusnya sentiasa berada di landasan yang betul selari dengan kehendak Islam.

Katanya dalam sejarah Islam peranan tentera bermula sejak zaman Rasulullah saw, di mana setiap pendokong perjuangan Islam terdiri daripada tentera.

"Rasulullah saw seorang peniaga, ahli politik, hakim dan juga seorang panglima tentera.

"Sekiranya tuan tuan seorang askar, tuan tuan telah berada di landasan yang betul kerana menjaga tanah air agar tidak diganggu gugat musuh," ujarnya.

Beliau juga berkata, sistem pengundian pos yang ada sekarang telah dipergunakan untuk kepentingan pemerintah sewenang-wenangnya.

Menurutnya banyak kes yang dilaporkan ada pihak yang mewakili seseorang anggota tentera mengundi bagi pihaknya, sedangkan ia bertentangan dengan amalan demokrasi.

Beliau juga berkata, anggota tentera boleh menjadikan Kelantan yang dipimpin gerakan Islam sejak hampir 20 tahun lalu sebagai contoh sebuah pentadbiran yang bersih.

"Segala bentuk rasuah, penyelewengan, perjudian atau seumpamanya diambil tindakan tegas kerajaan negeri bagi melahirkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri yang bersih," ujarnya.

Tiada ulasan: