8 Sep 2009

Era Najib Altantuya : Demonstran Kepala Lembu Akan Didakwa Di Mahkamah

Penunjuk perasaan dan kalangan mereka yang bercakap sambil memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 28 Ogos lepas akan didakwa.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau berpuas hati dengan fakta dan bukti yang dikumpul oleh polis bahawa penunjuk perasaan terbabit perlu dihadapkan ke mahkamah.

Dalam satu kenyataan Isnin, beliau berkata polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung bantahan oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam kepadanya tengah hari ini.

Abdul Gani berkata mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan secara pilihan menurut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Salah seornag yang paling utama bercakap ialah Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf, yang mengaku dirinya ahli PAS untuk memburukkan PAS walhal beliau ialah bekas Bendahari Pemuda UMNO Shah Alam.

Mereka dan penunjuk perasaan yang lain juga akan berdepan satu lagi pertuduhan mengikut seksyen 27 (5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

Pada 28 Ogos lepas, penduduk Seksyen 23 Shah Alam mengadakan bantahan berikutan cadangan menempatkan semula sebuah kuil Hindu di kawasan berkenaan.


Tonton semula:





1 ulasan:

CUPING MERAH berkata...

betul ke nak dakwa ni?
atau saja nak ambik hati penganut hindu..