6 Ogo 2009

Najib Altantuya Tak Serius SIasat Kematian Teoh

Angkatan Muda Keadilan kesal kerajaan tidak bersungguh-sungguh menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Teoh Beng Hock.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata Perdana Menteri Najib Abdul Razak hanya memperluaskan skop siasatan Suruhanjaya Diraja meliputi punca kematian Beng Hock setelah dikritik, dikecam dan ditekan rakyat.

Walaupun kerajaan seolah akur dengan desakan rakyat, namun AMK melihat langkah-langkah yang diambil kerajaan masih menimbulkan pelbagai tanda-tanya.

"Sebab itu kita merasakan bahawa Najib berada dalam keadaan politik yang terdesak sebab itu beliau terpaksa akur dengan tuntukan pakatan rakyat dan NGO yang untuk memberikan kuasa yang sepatutnya kepada suruhanjaya diraja dan sepatutnya telah dimulakan lebih awal,"

Kes berprofile tinggi yang melibatkan kematian Teoh Beng Hock masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Tidak cukup dengan berita kematiannya yang begitu meruntun hati keluarga, kesedihan itu ditambah dengan pelbagai masalah untuk mengetahui punca kematian mendiang.

Setelah banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan campurtangan, barulah sedikit demi sedikit pihak polis dan kerajaan menampakkan usaha untuk menghurai kematian Beng Hock.

Kerajaan akhirnya bersetuju untuk memperluaskan skop siasatan Suruhanjaya Diraja meliputi punca kematian Beng Hock, namun arahan ini hanya berkuatkuasa selepas siasatan inkues selesai.

Mengulas perkara ini, Shamsul menambah kes kematian ini sepatutnya ditangani dari awal oleh Suruhanjaya Diraja, bukannya diberi kepada sebuah jawatankuasa kecil yang berkuasa terhad.

Shamsul berkata sekiranya Najib mahu siasatan yang telus dan teliti, maka kerajaan jangan lagi bertangguh.

"Apa yang menjadi kebimbangan kita sekarang ialah inkues untuk menyiasat punca kematian teoh beng hock sedang berlangsung. ini saya lihat ada kecelaruan yang berlaku. kalau benar najib umum untuk beri kuasa kepada suruhanjaya diraja maka inkues yang berlangsung di mahkamah mejistret perlu dihentikan serta merta supaya tidak berlaku pertindangan dan dalam masa yang sama boleh mempengaruhi hasil sisatan Suruhanjaya Diraja".


Tiada ulasan: