Suspek ditangkap dipercayai menerima imbuhan dari sebuah syarikat yang diberikan projek oleh beliau. Suspek kini ditahan reman.
Abdul Rahman mencabar UMNO-BN supaya mengikuti langkah Parti Keadilan Rakyat yang tidak sesekali bertolak ansur dengan ADUN PKR sekiranya terlibat dalam politik wang.
"Saya selaku Ketua Cabang PKR Kemaman mendesak supaya dia meletakkan jawatan kerana sebagai wakil rakyat beliau tidak lagi mempunyai kredibiliti untuk menjalankan tanggungjawabnya bagai wakil rakyat. Dan juga beliau telah melanggar amanah sebagai wakil rakyat kerana menyalahgunakan kuasa untuk mendapat habuan daripada projek-projek yang diagihkan oleh kerajaan negeri kepada masyarakat di sini"
Pada 3 Ogos lalu, ADUN BN di negeri penyu bertelur itu ditahan oleh SPRM kerana dikatakan menerima wang sogokan dari sebuah syarikat kontraktor.
ADUN berkenaan bersama dua lagi rakannya ditahan reman sehingga 7 Ogos sebelum dihadapkan ke mahkamah.
ADUN tersebut ditahan SPRM kira-kira jam 9.20 pagi di Hotel Kijal. Beliau dilaporkan berada disitu untuk mengambil 10 hingga 13 peratus wang habuan dari projek landskap bernilai RM2 juta dari syarikat yang berkenaan. -TVAntara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan