7 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Wabak H1N1 Semakin Serius

Angka kematian akibat wabak selesema A (H1N1) terus meningkat apabila seorang lagi disahkan meninggal dunia hari ini.

Sementara Oriental Daily dalam khidmat berita ringkas melalu mesej SMS menyebut dua orang menjadi korban virus wabak itu.

Seorang kanak-kanak 9 tahun dan lelaki 37 tahun dilaporkan meninggal di Hospital Kluang, Johor.

Semalam 14 orang dilaporkan menjadi korban virus pandemik itu - sehingga kini belum ditemui vaksin.

Seorang lelaki 57 tahun menjadi korban ke-14 dan kanak-kanak enam tahun pula ke-13 sejak dua minggu lalu.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata wabak influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.

Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat kepada 14 sehingga semalam dan banyak sekolah dan institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.

"Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di sini pada hari Jumaat.

Selain menangguhkan kegiatan di kawasan umum, Najib berkata langkah pencegahan daripada segi kebersihan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada atau hadir dalam majlis yang terbuka.

Di dalam satu perkembangan berasingan PAS Kelantan malam tadi telah mengadakan solat hajat memohon supaya dijauhi penyakit selesema babi atau influenza A (H1N1) daripada terus merebak.

Solat hajat itu diimamkan Adun Demit, Ustaz mohamad Mustafa diadakan di Dewan Zulkefli Mohamad, pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Selain itu solat hajat juga mendoakan Adun Galas, Chek Hashim Sulaima yang akan menjalani pembedahan kanser paru-paru di China esok supaya selamat.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, solat hajat juga turut mendoakan supaya tuntutan royalti minyak berjaya menjadi kenyataan.

"Taklimat khusus berhubung rawatan Adun Galas di China diberikan Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Judoh yang baru pulang dari menziarahi Chek Hashim," katanya di sini.



Tiada ulasan: