Beliau berkata, pihak-pihak inilah yang dahulunya menuntut agar sebuah suruhanjaya sebegini ditubuhkan dengan kuasa bebas menyiasat sesiapa tetapi apabila ia diwujudkan mereka tidak berpuashati pula.
Katanya, pihak-pihak ini ingin menjatuhkan imej dan maruah pegawai SPRM agar apa yang dilakukan oleh institusi ini nanti tidak diyakini rakyat.
Kita ingin memberitahu kepada Muhyiddin dengn tegas bahawa keredibiliti SPRM memang sudah sedia tercemar dan ini adalah disebbkan dari sikap Pengerusi Suruhanjaya SPRM sendiri yang telah menjadikan dirinya sebagai lembu kepada kerajaan dan parti UMNO BN.
SPRM pula adalah buah tangan Abdullah Badawi semasa hayat keperdanaannya memimpin negara. SPRM diwujud menggantikan BPR bagi meningkatkan integriti kerajaan, menampakkan keterbukaan institusi penguatkuasaan dalam menjalankan tugas mereka, menggambarkan yang usaha pembasmian rasuah adalah bebas, tidak berpihak dan tiada campurtangan dari belakang. Namun itu semua adalah harapan belaka yang tidak bernjejak di bumi nyata.
Ketika ini, yang wujud dalam persepsi rakyat adalah, SPRM membuat kerja dalam gelap. Biarpun HINDRAF pasca penahanan ISA kelihatannya berpecah, menandakan bahawa undi kaum India terhadap Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang juga mungkin akan tidak sebulat seperti 2008, namun perkembangan ini bukan lagi khabar gembira buat Najib selepas kematian Teoh.
Paling tidakpun, asas penahanannnya iaitu berhubung siasatan dakwaan salahguna wang peruntukan oleh empat orang ADUN Pakatan Rakyat Selangor akan dijaja dengan hebatnya sebagai bukti siasatan terpilih oleh SPRM yang didalangi oleh Umno dan BN pimpinan Najib, soal mengapa Khir Toyo selepas setahun tidak bergelar MB berjaya membina rumah agam berpuluh juta akan diungkit, mengapa SPRM menutup mata?
Kebetulan pula yang mati adalah dari kaum Tionghua, ADUN-ADUN yang disiasat juga semuanya dari kaum Tionghua. Dengan dakwaan siasatan terpilih dan cubaan menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor, jelas DAP bakal menarik undi simpati dari pengundi Tionghua dalam pilihanraya umum akan datang, PKR juga akan merasa laba dari tempiasnya.
SPRM telah mengabaikan sebilangan besar laporan dan aduan mengenai salahlaku pemimpin kerajaan UMNO BN yang jelas melakukan penyelewengan serti aduan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo yang penuh dengan skandal yang melibat jutaan ringgit.
Tetapi SPRM begitu pantas untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat sekali belum jelas tuduhan yang berkisar hanya kepada RM2,500.
Kini di dalam kes Teoh Beng Hock, sudah ada ciri-ciri kerajaan melakukan pembelaan terhadap SPRM oleh Perdana Menteri dan timbalannya sekalipun rakyat masih menunggu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat Tatacara Pegawai Penyiasat SPRM sewaktu menjalankan tugas-tugasnya dan
Malah alian sekrakyat mengikuti isu kematian Teoh dengan teliti dan mendapati ada usaha untuk melakukan "cover-up" tertentu terhadap kes ini dengan pembentukan sekadar sebuah inkues yang mengikut kehendak dan telunjuk orang tertentu.
Muhyiddin seharusnya mengeluarkan kenyataan yang mendamaikan, yang menyelesakan perasaan setiap rakyat, bukan yang semakin merohokkan.
Sudah pasti 1Malaysia Najib akan tersangkut pada tarikh 17 Julai 2009, tarikh kematian tragik Teoh Beng Hock, tambah pula tragedi yang menimpa Teoh bukanlah kes kematian dalam tahanan yang pertama. Soalnya bergunakah untuk diwujudkan sebuah lagi Suruhanjaya Bebas bagi menyiasatnya, kalau kesudahannya tetap sama, hanya sebuah buku laporan tebal yang berharga mahal?
Yang rakyat mahu lihat adalah tindakan drastik, bukan permintaan menghentikan tuduh-menuduh seperti yang disuarakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan.
Yang Ahmad Said perlu buat adalah menggantung serta-merta pegawai yang terlibat dengan sesi soal-siasat Teoh, atau paling bermaruah, Ahmad Said sendiri mengambil tanggungjawab meletak jawatan kerana kematian Teoh berlaku di”rumah”nya.
Mengatakan bahawa dia sendiri pun secara peribadi ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku adalah keadaan yang makin merohokkan, tidakkah pelik ketua keluarga tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumahnya?
Tidakkah janggal bila Ahmad Said pun perlu menunggu hasil siasatan polis tentang apa yang berlaku? Tidakkah biasanya sesebuah jabatan mempunyai instrumen siasatan dalamannya yang tersendiri? Sudah tentu Ahmad Said patut tahu apa yang sebenarnya berlaku di dinihari 17 Julai di bangunan SPRM Selangor itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan