Dia ditemui mati sehari selepas dia dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di tingkat 14 bangunan tersebut untuk disoalsiasat sebagai saksi dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.
Inkues tersebut didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam. Seramai 97 dijangka dipanggil memberi keterangan berhubung kematian Teoh.
Peguam dari Majlis Peguam tiba pada kira-kira jam 9.10 pagi di Plaza Masalam untuk memeriksa tempat kejadian. Manakala pegawai penyiasat kes tersebut, ASP Ahmad Nazri Zainal tiba sepuluh minit kemudian.
Sepuluh minit kemudian, peguam yang mewakil keluarga Teoh - Gobind Singh Deo, Ram Karpal dan Lim Lip Eng - tiba di Plaza Masalam.
Turut kelihatan ialah para wartawan dan jurugambar yang berhimpun di depan pejabat SPRM di tingkat 14.
Kira-kira 25 minit, para peguam, pegawai mahkamah dan polis kelihatan menuju ke pejabat SPRM di tingkat 14.
Manakala Koroner Azmil Muntaha tiba di Plaza Masalam lima kemudiannya dan terus menuju ke tingkat 14 di mana peguam, pegawai mahkamah sedang menunggu di pejabat SPRM.
Manakala Tan Hock Chuan, yang mewakili peguam negara, tiba sejurus kemudian.
Kira-kira jam 10.05 minit pagi, wartawan dapat melihat koroner dan peguam menjenguk keluar dari tingkat di tingkat 14 - tempat Teoh didakwa jatuh.
Koroner Azmil Muntapha meninggalkan bangunan tersebut pada kira-kira jam 11.15 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan