7 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Skop Kajian Polis Terlalu Terhad, Hanya Tumpu Kepada Jatuh Atau Terjun.

Plaza Masalam Shah Alam menjadi tumpuan inkues hari ini dengan koroner Azmil Muntapha Abas bersama semua yang terbabit mengambil masa kira-kira dua jam di bangunan ini.

Plaza ini seperti umum tahu ialah tempat kejadian yang turut menempatkan pejabat SPRM. Tumpuan inkues ialah di tingkat 14 dan tingkat 5 dimana mayat Teoh ditemui.

Tumpuan juga merangkumi bilik Teoh disoal siasat, sofa yang Teoh dikatakan merehatkan diri diatasnya serta tingkap di tingkat 14 darimana mendiang dikatakan jatuh.

Bercakap kepada media selepas inkues, Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga Teoh, memberitahu beliau mahu Polis menyiasat penemuan dua perkara baru yang ditemui semasa rombongan Mahkamah Koroner mengadakan lawatan ke Plaza Masalam hari ini.

Gobind bagaimanapun enggan menggulas lanjut mengenai penemuan berkenaan sebaliknya berkata ia akan dikemukakan di mahkamah.

“Kami melihat secara teliti tempat kejadian iaitu tingkat 14 pejabat SPRM dan juga tingkat 15 yang dikatakan ada sebahagian pejabat SPRM. Kami juga mengadakan lawatan ke tempat mayat dijumpai. Dalam masa itu kami telah pun memohon agar polis menyiasat dua atau tiga perkara baru yang kita lihat dan saya rasa pihak polis akan memberikan bantuan dan kerjasama.

“Saya tidak boleh beri sebarang butir kerana kita harap siasatan lanjut dapat dilaksanakan kita akan beritahu di mahkamah kemudian,” katanya.

Dalam pada itu Gobind berkata, kesan sompek tingkap yang masih baru ditemui pakar terletak di ruang legar pejabat SPRM bersebelah dengan bilik pegawai penyiasat.

“Kita lihat ia sebagai ruang kosong, ruang legar yang tidak mempunyai apa-apa di situ. Ia bersebelahan dengan bilik pegawai penyiasat,”katanya.

Beliau juga menjelaskan siasatan polis setakat ini dihadkan atau berkisar terhadap dua teori iaitu Teoh terjatuh atau membunuh diri. Kata beliau siasatan polis tidak mencakupi teori kemungkinan Teoh dibunuh atau ditolak.

Teori itu kata beliau akan terus diikuti dan jika perlu beliau akan memohon koroner mengarah polis meluaskan skop siasatan.

Prosiding inkues akan disambung isnin ini.

“Isnin ini mahkamah akan diteruskan keterangan daripada patologi yang melakukan pembedahan. Selain itu saya difahankan tiga pakar termasuk seorang pakar pembedahan forensik, saya rasa ia akan mengambil masa keseluruhan Isnin dan Selasa. Hari Rabu kita akan teruskan dengan pakar forensik polis yang telah membuat siasatan di bangunan ini, mereka akan memberikan gambaran yang lebih teliti berhubung gambaran dan juga hasil siasatan dalam kes ini,” katanya. -TVA

Tiada ulasan: