Bekas Naib Presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa ramai pemimpin Umno yang terlibat jika didedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Umno, dakwanya lagi, tidak puas hati dengan dengan cara Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat mendedahkan skandal tersebut.
Bekas Menteri Kesihatan itu juga membayangkan apa yang dihadapi oleh Ong kini sebagai konspirasi Umno untuk menjatuhkannya.
Dakwaan Chua itu tampil selepas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam “payroll” Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.
KDSB ialah pemaju PKFZ.
Sejak Ong bergelut dengan pendedahan Tiong yang mendakwa memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA itu, tidak ada pemimpin Umno yang kelihatan bersimpati kepadanya.
“Pernahkah anda melihat Perdana Menteri tampil mempertahankan Ong? Pernahkah anda dengar Timbalan Perdana Menteri mempertahankan Ong berkaitan skandal PKFZ?
“Atau di mana para pemimpin Umno lain untuk mempertahankan Ong mengenai isu itu? Tidak ada”.
Perkara sedemikian, katanya, tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Dahulu, wujud keakraban yang kukuh di mana para pemimpin BN akan mempertahankan satu sama lain tetapi perkara sedemikian tidak berlaku.
“Presiden parti komponen yang kedua terbesar dalam BN diserang dan tidak ada sesiapa pun dari Umno yang tampil mempertahankannya,” kata Chua ketika bercakap kepada para pemberita selepas majlis makan malam yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang di Bukit Mertajam Ahad lalu.
Menurut beliau lagi, apa yang berlaku itu, ditambah pula khabar angin yang tersebar luas di dalam BN yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berpuas hati melihat Ong menjadi Presiden MCA dan lebih suka Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memimpin parti itu, telah melemahkan kedudukan Ong.
“Kesemua ini menunjukkan dakwaan Ong bahawa beliau diserang dari dalam dan luar adalah benar,” kata Chua.
Semalam, Ong hari ini menfailkan saman dengan tuntutan RM500 juta terhadap Tiong, tetapi apa yang popular sebagai kehendak hatinya yang mahu dilihat bersih dan telus telah banyak tercemar.
12 Ogos lalu, Tiong mendakwa beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.
Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
“Saya tawarkan cek tetapi Ong mahu (dalam bentuk) tunai kerana ia lebih cepat,” kata Ahli Parlimen Bintulu itu yang juga bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP).
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan ‘berhutang’ kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.
Ketika menafikan dakwaan Tiong itu dalam perjumpaan MCA Selangor, Ong berkata: “Kalau saya mengambil duit, saya sepatutnya menjadi kawan baik beliau tetapi mengapa saya menjalankan siasatan ke atas Tiong dan syarikatnya, KDSB?
“Kalau saya mahu, anda fikir dia tidak akan beri lebih banyak lagi?”
Walaupun sebelum ini Ong memberi amaran kepada Tiong bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang, tetapi Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.
Beliau malah mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.
“Beliau boleh teruskan dan saman saya,” tegas Tiong.
Tidak cukup dengan itu, beliau mencabar Ong bersemuka serta mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya kepada umum.
“Saya mempunyai saksi rahsia yang boleh mendedahkan niat sebenar Ong apabila beliau mengarahkan siasatan ke atas isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ),” kata Tiong.
Beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jumlah wang dalam akaun bank peribadi Ong dan isterinya.
Ong pula tidak kelihatan memberikan jawapan yang meyakinkan kepada cabaran Tiong itu.
“Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan,” katanya.
Muhyiddin pula kelihatan seolah-olah mahu isu pemberian RM10 juta itu disembunyikan apabila menyatakan, pertengkaran terbuka Ong dan Tiong itu telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).
“Mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan,” katanya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan