26 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Rakyat Tolak Kezaliman Polis dan SPRM

Kemenangan PAS PR di Permatang Pasir memang diduga, namun kemenangan besar sehingga mampu mencecah angka majoriti ribuan adalah umpama satu mimpi.

Menteri dari segala kementerian dikepalai PM dan TPM sendiri telah melakukan serangan bertubi-tubi sehinggalah ke minit terakhir dengan kejayaan mereka membawa seorang ahli exco Kedah dari PKR untuk keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat.

Namun bagi rakyat, UMNO BN tetap serupa itu. Zalim tak terperi sekalipun semakin hampir memasuki tahun kedua selepas pilihanraya umum ke 12, dan setelah segala kerja dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin untuk memenangi hati rakyat, keputusan Permatang Pasir jika boleh dijadikan ukuran bererti gelombang tsunami rakyat masih menjulang tinggi untuk menghantar UMNO BN ke pintu kehancuran.

Kezaliman polis dan SPRM tidak boleh dinafikan menjadi salah satu faktor utama kekalahan UMNO BN di Permatang Pasir.

Malah sehingga di hari penamaan calon, Polis telah bertindak kejam dan zalim ke atas seorang Ahli Parlimen, N. Gobalakrishnan sehingga ke tahap mendedahkan sikap kebinatangan para polis Malaysia. Ia pula menerima sokongan dan pembelaan dari menteri yang bertaraf binatang juga yang menjaga hal-ehwal keselamatan dalam negeri.

Rakyat mengetahui sangat bahawa polis bertindak kasar pada hari tersebut, polis yang menzalimi Gobala, polis yang menanggalkan seluarnya, polis yang melacak bahu dan tangannya, polis yang cuba menunjukkan mereka paling berkuasa di negara ini.

Sebelum darinya, rakyat telah mengharungi siri kezaliman polis di merata-rata tempat. Himpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Anti-PPSMI adalah contoh aksi kezaliman polis di dalam dunia realiti yang sekali lagi di bela dan disokong oleh menteri binatang!

Dan masyarakat Permatang Pasir membuka mata seluas-luasnya agar polis itu dihukum di peti undi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula telah kita dedahkan berkali-kali tentang pelbagai corak dan bentuk siasatan terpilih yang mereka lakukan sehingga rakyat menjadi muak dan jemu terhadap sikap lembu mereka yang dicucuk hidung oleh UMNO BN.

Kita pernah menyatakan, SPRM telah melakukan pelbagai tindakan untuk menekan kerajaan Pakatan Rakyat. Di Selangor umpamanya, kenyataan Pengerusi SPRM stau ketika dulu mengenai kononnya "ada bukti kukuh di dalam isu lembu korban", siasatan ke atas ahli dewan undangan negeri Selangor di dalam isu pembelian bendera bernilai RM2,400 sehingga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock dan yang terbaru mengasari seorang lagi pembantu khas exco sehingga terpaksa dirawta di hospital kerana kecederaan di kaki jelas menunjukkan sikap SPRM yang melampau terhadap Pakatan Rakyat.

Namun siasatan ke atas pemimpin UMNO Selangor tidak dilakukan sekalipun berpuluh aduan telah dibuat di atas salahlaku yang ketara dilakukan oleh mantan Mentreri Besar Selangor, Mohd. Khir Toyo yang melibatkan rtusan juta ringgit.

Tak cukup dengan itu ada dalang disebalik semuanya iaitu Peguam Negara yang bertindak seperti seorang maharaja di belakang tabir, memperbodohkan kabinet yang sememangnya bodoh dibawah Najib dan Muhyiddin, sehinggakan konspirasi Peguam Negara terus berjalan untuk melaksanakan grand designnya. Kesemuanya dihidu oleh rakyat Permatang Pasir!

Dan memang wajar UMNO BN dikalahkan, diaibkan sekalipun mereka berhempas pulas untuk meraih kemenangan demi untuk mengembalikan maruan UMNO BN di persada politik negara.

Rakyat tidak memberi laluan. Allah tidak mengizinkan selagi Polis dan SPRM terus bersikap zalim dibawah menteri yang bersikap binatang.

Jika tidak yakin apa yang GB katakan ini, sila buat undian/bancian dan tanyalah rakyat, benarkah Polis, SPRM, Peguam Negara dan menteri KDN itu zalim? Nanti akan diketahui segera lebih 51% bersetuju dengan pendapat itu. Tetapi jangan jadi seperti polling di lamanweb KDN baru-baru ini yang menipu rakyat melalui pengubahan statistik dan pengkalan data. Rakyat tidak bodoh sebodoh menteri itu.

Go ahead jika ingin teruskan kezaliman, lebih cepat UMNO BN dihantar ke lembah kehancuran.


"Orang-orang yang zalim itu akan mengetahui di mana tempat mereka akan dijatuhkan" - Surah Al-Syuara : 227





Tiada ulasan: