26 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Inkues Beng Hock: Saksi SPRM Di Kritik

ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah hari ini hadir ke mahkamah untuk mendengar keterangan yang diberikan oleh saksi ke 16, Mohd Anuar Ismail berkaitan empat dokumen yang diambil dari komputer riba milik Teoh Beng Hock.

Ean Yong diwakili oleh peguam Salim Bashir.

Malangnya perjalanan inkues yang sepatutnya berkisar kepada empat dokumen yang dinyatakan sebelum ini seolah-olah bertukar kepada prosiding kes rasuah apabila saksi menerangkan butiran siasatan yang diperoleh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berkenaan dengan operasi mereka membanteras rasuah yang di dakwa dilakukan ADUN-ADUN Selangor.

Peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo kemudiannya membuat permohonan kepada mahkamah supaya prosiding diteruskan dengan meneliti dokumen-dokumen yang telah disebutkan oleh Anuar apabila disoal oleh peguam pemerhati SPRM, Abdul Razak Musa semalam.


Gobind dalam hujahnya berkata, Abdul Razak seolah-olah menjadikan inkues ini sebagai platformnya untuk mendedahkan hasil siasatan SPRM.

"Adakah prosiding ini perbicaraan keatas DAP dan Teoh Beng Hock atau prosiding mencari punca kematian mangsa? Kami tidak ada apa-apa yang ingin disembunyikan, kami boleh bawa saksi-saksi kami untuk menentukan tuduhan yang dibuat oleh Anuar. Tuduhan Anuar adalah tidak berasas. Ia tidak adil bagi anak guam saya iaitu si mati," kata Gobind.

Gobind mahu mahkamah membatalkan keseluruhan testimoni itu, kerana Razak telah melampaui batas. Majlis Peguam Malaysia dan peguam Ean Yong Hiah Wah juga berpendapat tindakan Razak adalah tidak wajar..

Koroner Azmil Muntapha Abas bersetuju dengan hujah mereka dan memutuskan kes akan diteruskan dengan empat dokumen yang dipersetujui pada sesi inkues sebelum ini.

Bagaimanapun permohonan Gobind untuk meneliti kesemua dokumen tersebut dibantah oleh Azmil.

Inkues bersambung petang ini.

Azhar juga memberitahu mahkamah bahawa beliau juga telah diarahkan bersama dengan seorang lagi pegawai SPRM lain iaitu Mohd Hafiz Idris yang membawa CPU milik Beng Hock menaiki kereta yang dipandu oleh Beng Hock menuju ke SPRM.

Dalam perjalanan ke pejabat SPRM, Azhar mendakwa Beng Hock telah menerima dua panggilan telefon dan beliau bercakap dalam bahasa Mandarin.

Apabila ditanya oleh Razak bagaimana nada percakapan Beng Hock dengan individu yang menghubunginya, Anwar menjawab mendiang bercakap dengan tenang.

Bagaimanapun Azhar mendakwa, Beng Hock kelihatan gelisah semasa berada di pejabat SPRM.

Azhar juga memberitahu mahkamah, beliau telah diarahkan oleh Anuar untuk menemubual Beng Hock berkenaan latar belakang pekerjaan dan juga adik-beradiknya.

Selepas itu tiada lagi sebarang soal jawab yang dilakukan ke atas Beng Hock sehingga jam 10 malam.

Azhar juga mendakwa ketika dia bergerak pulang ke ibu pejabat di Putrajaya, dia melihat Beng Hock masih berada di sofa di ruang pendidikan masyarakat.

"Ya saya rasa dari apa yang dicakapkab menunjukkan Teoh berada di situ. Teoh memang dalam keadaan biasa. Dia kata dia nampak gelisah. Memang la, kita seorang saksi yang tidak biasa dibawa ke pejabat SPRM. Pukul 10 malam diminta duduk di sofa 2 jam. Kita tak tahu ini semua menghala ke mana" kata Gobind. -TVA


Tiada ulasan: