26 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Benar Muhyiddin, Undi BN Tak Berubah

Kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang menyatakan bahawa sokongan kepada BN tidak berubah adalah benar.

Hanya 34% sahaja undi yang diperolehi oleh UMNO BN dari jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi, yang bererti hanya satu pertiga sahaja rakyat Permatang Pasir yang "meminati" UMNO BN manakala 66%, iaitu dua pertiga pengundi menyokong Pakatan Rakyat.

Muhyiddin berkata BN menerima kekalahannya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan calon BN, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi.

"Bagi kita, walaupun peratusan yang keluar undi adalah rendah berbanding pilihanraya umum 2008, daripada pemerhatian kita, ada sedikit sahaja perubahan di beberapa peti undi, tapi tidak begitu ketara," kata Muhyiddin.

"Di Permatang Pasir, sikap pengundi nampaknya tidak banyak berubah walaupun masa lawatan-lawatan kita, nampak adalah sedikit sebanyak minat mereka untuk mengundi BN.

Muhyiddin yang beberapa hari sebelum kempen pilihanraya Permatang Pasir mendakwa Pakatan Rakyat umpama retak menanti belah jelas satu pendustaan. Yang nyata BN lah sebenarnya sedang menghadapi fenomena "retak menati belah" itu apabila parti-parti komponen di dalam BN sedang bergelandangan dengan pelbagai masalah.

MCA berhadapan dengan kemelut PKFZ, MIC diambang perpechan sebelum pemilihan jawatankuasa berlansung manakala PPP kini sedang menghadapi krisis yang begitu tenat melibatkan kepimpinan M.Kayveas dan Murugiah.

Muhyiddin yang terkenal dengan mulut celuparnya kini menanggung aib yang besar apabila menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa dan tuduhan itu kini telah kembali kepada dirinya sendiri apabila terbukti kes penggadaian tanah Johor kepada Singapura sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor.

1 ulasan:

Yusni berkata...

yahoooo!!!kita merayakan kemenangan PRK PERMATANG PASIR DALAM BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI