17 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Patologi Tak Siasat Pegawai SPRM (updated)

Inkues hari ini menyaksikan mahkamah kecoh dengan pertelagahan antara barisan peguam yang mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock dan peguam dari pejabat Peguam Negara.

Pertelagahan berlaku apabila peguam keluarga mangsa, Gobind Singh Deo mendapati bahawa pakar patologi yang membedah-siasat tubuh mangsa, Dr Khairul Azman Ibrahim, hanya menyiasat keluarga mangsa tetapi tidak melalukan sebarang siasatan terhadap mana-mana pegawai SPRM.

Gobind mengasak Dr Khairul mengapa dia dengan sengaja tidak menyoal siasat mana-mana pegawai SPRM untk mengetahui kejadian yang menimpa si mati. Dr Khairul beralasan bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian kerana itu tugas polis.

"Memadai pada saya untuk tanya pada pegawai penyiasat dan saya tertanya- tanya mengapa tidak balik selepas disoal siasat," kata Khairul.

Asakan tidak dapat diteruskan selepas dihalang oleh peguam mewakili Pejabat Peguam Negara.

Khairul semasa disoal-siasat berkata ahli keluarga mengsa dan tunang mendiang tidak mengemukakan sebarang jawapan yang menyokong teorinya sebelum ini. Khairul sebelum ini berangapan bahawa mangsa telah membunuh diri.

"Tidak ada masalah psikologi, tidak ada masalah perubatan, tidak minum dan tidak berhutang," katanya. Malah si mati juga disifatkan keluarga sebagai seorang yang bersikap terbuka dan mudah berbincang.

Inkues kemudian menjurus kepada adakah si mati mengalami tekanan psikologi ketika soal siasat dan adakah terdapat kemungkinan kesan kecederaan yang dialami bukan disebabkan hentakan ketika jatuh tetapi kerana dipukul menggunakan objek seperti paip PVC, cota atau pembaris besar.

Dr Khairul juga menyatakan kesan patah pada tulang rusuk kanan si mati juga menunjukkan kesan patah yang sama. Katanya juga, kesan patah pada paha dan kecederaan pada punggung si mati juga adalah disebabkan oleh akibat kesan jatuh.

Namun, Gobind bertanya pendapatnya sama ada kesan patah tersebut boleh disebabkan akibat dipukul dengan objek keras, Dr Khairul tidak menolak kemungkinan itu, namun beliau menegaskan bahawa hasil pemeriksaannya mendapati kesan kecederaan lutut tersebut adalah akibat terjatuh.

Dia juga menerangkan keretakan pada tengkorak si mati adalah disebabkan impak daripada kesan terhentak ketika jatuh dari tempat yang tingi.

Dr Khairul juga menyatakan bahawa kesan retakan pada tengkorak si mati boleh disebabkan akibat dipukul dengan alat tumpul ataupun benda leper. Namun dia tetap menegaskan bahawa dalam pemeriksaannya dalam kes ini, dia percaya keretakan tersebut adalah akibat dari kesan jatuh dari tempat tinggi.

Dr Khairul memaklumkan bahawa dalam hasil bedah siasat si mati beliau mendapati perut si mati kosong, tidak mempunyai makanan tetapi terdapat cecair berwarna coklat. Katanya, perut seseorang akan kosong setelah 4 jam selepas makan.

Mahkamah kemudiannya berhenti rehat. -TVA



Tiada ulasan: