
Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil bermula dengan calon Pakatan Rakyat dari PAS, Salleh Man dan calon BN, Rohaizat Othman menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Institut Kemahiran Belia Bukit Mertajam.

Turut hadir ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Ab Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Hj. Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Rohaizat menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.03 pagi ini, diikuti oleh Salleh sejurus kemudiannya. Pegawai SPR Roslan Yahya berkata sebanyak 15 bantahan yang dibangkitkan hari ini telah ditolak seraya membolehkan 2 calon ini bertembung pada 2 0gos nanti.

Manakala Rohaizat tiba tidak lama kemudian dengan 400 penyokong diketuai Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC S Samy Vellu dan Ahmad Zahid Hamidi.
Kamarul Ramizu Idris, calon bebas yang bertanding di Bukit Gantang, Penanti juga turut menyatakan hasrat untuk menjadi Adun di Permatang Pasir. Beliau bagaimanapun menarik diri pada minit-minit terakhir ekoran tersesat jalan lalu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.
Pilihan raya DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negerinya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lepas akibat diserang sakit jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Ogos ini sebagai hari pengundian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan