Mengikut maklumat dari team risikan Perisik Rakyat, Naib Ketua UMNgOk Bahagian Kuala Krai, Che Jalal Muda telah terpilih untuk mewakili UMNgOk/Barisan Nasiyonal dalam satu pemilihan yang telah diadakan awal minggu ini oleh UMNgOk Kelantan setelah berjaya mendapat sebanyak 95% undi dari ketua-ketua bahagian yang memilih.
Tidak banyak maklumat yang diterima mengenai calon tersebut (Che Jalal Muda) setakat ini tetapi apa yang menariknya ialah, Pilihanraya Kecil Manek Urai bakal mencatat sejarah yang unik bilamana calon-calon yang mewakili parti masing-masing mempunyai latar belakang yang hampir sama.
PAS menampilkan Fauzi Abdullah, seorang peniaga ikan atau "taukeh ikan" yang terkenal di Kuala Krai manakala UMNgOk pula menampilkan Che Jalil Muda, seorang peraih getah atau "taukeh getah" yang juga dikenali di Kuala Krai.
Setakat ini, jika dilihat secara kasar, ke 2-2 calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Manek Urai mempunyai pengaruh masing.
Pihak kami juga telah mengadakan 1 survey di ke 2-2 kem iaitu PAS dan UMNgOk dan hasil survey kami didalam kem PAS berkeputusan bahawa penyokong-penyokong PAS tidak peduli siapa yang dicalonkan, asal sahaja menggunakan lambang Bulan Purnama, maka itulah pilihan mereka.
Di kem UMNgOk pula, kebanyakan survey tidak yakin UMNgOk boleh menang di Manek Urai dan ada juga yang mengatakan bahawa agak sukar untuk UMNgOk menang tetapi peluang untuk menang tetap ada.
Dalam satu perkembangan yang lain, pimpinan UMNgOk Kelantan masih tidak yakin bahawa calon yang dinamakan (Che Jalal Muda) akan mendapat sokongan menyeluruh dari para penyokong dan jentera UMNgOk sehingga calon UMNgOk diisytiharkan secara rasmi petang ini.
"ketika ini semua jentera kelihatan amat komited dengan kerja-kerja kempen pilihanraya, semua jadual yang diatur setakat ini, dapat diselesaikan dengan bantuan para petugas tetapi ini adalah situasi sebelum calon diisytiharkan. kita risau sekiranya selepas calon diisytiharkan dan ianya (calon tersebut) bukan pilihan akar umbi, maka jentera-jentera yang biasa bertugas akan menarik diri sebagai protes."
Hal ini ada benarnya juga kerana kami mendapat maklumat, berlaku kegiatan melobi calon oleh ketua-ketua bahagian yang memilih dan jika maklumat ini benar, maka jelas bahawa calon yang mendapat 95% undi ketua bahagian yang memilih bukan pilihan akar umbi sebaliknya pilihan mereka-mereka yang berkepentingan.
Apapun kita tunggu sehingga jam 4 petang ini dan perkembangan selanjutnya adakah calon UMNgOk diterima atau tidak oleh akar umbi akan diketahui sekurang-kurangnya petang esok.
Angin sepoi-sepoi bahasa dah mula bertiup membawa suara tidak puas hati dalam kem UMNgOk...
Salam dari Manek Urai. - perisik rakyat
1 ulasan:
Menariknya penyiaga ikan dalam Islam ialah contoh pengelibatan golongan umat Islam amanya ustaz /ustazah khasnya yang berusaha mengelak perniagaan yang diharamkan syarak dengan hanya menceburi bidang perniagaan dari jenis jual beli mutlak, dengan maksud prinsip kontrak jual beli yang diharuskan oleh semua mazhab atas hujah barangan yang hendak ditransaksi antara si penjual dan si pembeli itu wujud ketika akad.
Catat Ulasan